banner-2017-mcj IKLAN SEWA UA SIGNATURE

Senin, Maret 26, 2018

Adobe Photoshop Di Bulan Mac

Terima kasih kepada peserta yang hadir di kelas adobe photoshop pada 24 Mac 2018 yang lalu, alhamdulilah semua peserta berjaya menyiapkan tugasan akhir yang di berikan, di dalam kelas ini, peserta di dedahkan dengan setiap penggunaan tools dan fungsinya...banyak perkara yang boleh di buat di adobe photoshop contohnya seperti membina laman web, gambar beranimasi , manipulasi foto dan sebagainya..

Tidak terlalu asas semasa kelas ini di jalankan dan aku memfokuskan kepada tujuan perniagaan, dan satu perkara yang paling penting, kena banyak refer design artwork yang sedia ada sama ada di internet ataupun artwork yang sediaada cetak...seperti majalah, buku, brosure dan sebagainya...bukan apa, tujuannya untuk memberikan idea dan yang paling utama ialah, mesti kreatif! nasihat aku kepada peserta yang telah hadir, kena selalu praktis dan teruskan praktis...usaha tangga kejayaan, idea atau ilham tu akan datang dengan sendiri, apabila kita sentiasa terdedah dengan sumber sumber dari internet ataupun dari sumber lain seperti buku atau sebagainya..

Teringat Kenangan Lama

Haha tiba tiba teringat kenangan pelik semasa waktu kecik dahulu...sebab nya terjumpa syiling bentuknya seperti syiling RM 0.20 sen di area parking kereta...tapi tulisan di syiling tu dah tak nampak...! tu yang bila nampak je syiling ni teringat zaman kecik dulu dulu...! 

Kisahnya...masa kecik dulu, selalu dapat mimpi pasal syiling....RM 0.20 sen..masa dulu, RM 0.20 sen ni dah kira besar dah..boleh beli, tora dan dindang dan main mesin kacang...! kandungan dalam mimpi tu, selalu kata di 'kawasan' tu ada syiling RM 0.20 sen..tapi kena korek lah sikit...keesokannya aku pun korek lah sikit tanah tu...eh apa yang pelik! memang betul ada....! dan esok nya..aku mimpi lagi benda yang sama...so, hari hari lah aku collect RM 0.20 sen...! tapi sekarang, dah tak mimpi lagi! haha...

jumpa duit_syiling


Kamis, Maret 22, 2018

Jangan Sampai Salah Faham

Takut tengok flyers untuk event besar di negeri melaka, anjuran syarikat penyiaran yang telah bertapak lama, pengisian program nya bagus dan berkonsepkan edutainment , aku sokong, cuma bila terpandang flyers ini, antara artis artis yang di jemput, nama band antaranya yang sertai, adui! cadangan aku, bagus lah di letakkan singkatan sahaja, ada ke letak full name, apa pun apa apa artis sudah okay, bagi aku lah, rata rata peminat setia bagi syarikat penyiaran lama, terdiri daripada orang orang tua atau veteren, cuba kau bayangkan, kalau dia nampak nama band ini ? haha

Apa pun, aku tak salah kan band itu, nama pun band indie...mestilah gila gila! kan ? aku pun dulu main band gak...nama band guna bahasa english, kalau pakai nama melayu, karang takut orang salah faham! haha....

Selasa, Maret 20, 2018

Kenapa Perlu Mempertahankan

Kenapa perlu mempertahankan sesuatu yang tidak betul hanya semata mata untuk menjaga nama baik ? Itulah senario di zaman sekarang, lebih menelan pahit hari ke hari, dan perkara yang tidak betul itu berleluasa malah makin merebak, sepatutnya bunuh (kill) virus itu dahulu, berikan sesuatu yang mana boleh memberi pengajaran kepada yang lain, bukan nya hanya mendiamkan diri dan dalam masa yang sama bercakap tanpa tindakan.

Aku tak faham dengan perangai manusia begini, di mana hanya bersikap tunggu dan lihat, lepas tu, mula lah menimbulkan persepsi negatif dari orang orang sekeliling. Benda yang tak baik, kena cantas segera sebelum terlambat..!

Biar apa orang nak kata, biar tegas bertempat, jangan jadi hipokrit, depan lain belakang lain....macam duit syiling...kalau tak suka buat cara tak suka...bukan cakap belakang...! yang mendengar ni sakit hati, silap silap, yang mendengar tak bersalah ni, mati dulu, ...huhu

Senin, Maret 19, 2018

Adobe Photoshop Giat Mara

Pada 14 Mac 2018 , aku mengajar pelajar  dari Giat Mara Simpang Ampat adobe photoshop, pelajar yang menyertai dari jurusan beauty spa. Ermm , dan apa expectation mereka bila menyertai kelas ini? Untuk membina flyers bagi 'mempromosikan kursus' spa yang di anjurkan mereka. Kerana sebelum ini, mereka terpaksa hired freelance untuk membuat flyers....! Ada kos di situ...

Di dalam kursus ini, aku ajar seperti pengenalan asas kepada setiap tools di adobe photoshop, fungsi layer, dan measurement for printing dll. Apabila menggunakan Adobe Photoshop, maka kena peka dengan resolution, itulah perbezaan antara adobe illustrator dan adobe photoshop, based vektor dan bitmap.

Adobe photoshop giat mara simpang ampat

Pada 24/3/2018 (sabtu), aku di jemput oleh kerajaan negeri melaka untuk kelas adobe photoshop, kalau berminat boleh lah join dan whats app aku di http://wasap.my/60166474201 untuk mendaftar....! banyak pengetahuan yang boleh di dapati di kelas ini...jom!


Jumat, Maret 16, 2018

Boleh Di Manipulasi

Bahaya zaman teknologi kini, ramai manusia yang yang menggunakan teknologi hebat untuk perkara perkara yang tidak baik.

Perkara yang tidak baik itu adalah seperti menyebarkan serta mengadu domba kerana untuk cepat di naikkan pangkat dan anugerah, dan menyebarkan untuk mendapat perhatian, padahal sikap seperti ini sangat menjelikkan dan hina.

Dan untuk mengelakkan dari mendapat dosa dosa kering tak pasal pasal, ada lah lebih baik fokus pada keluarga, game, dan kembali pada fitrah kita dan sujud kepada Nya. 

Elakkan dari bercampur gaul dengan orang yang negatif. Biar tak ramai kawan, asalkan kita bahagia. Cari kawan yang positif dan jangan mudah percaya dengan berita yang tidak betul. 

Hati hati dengan zaman screen shot yang mana boleh di manipulate bila bila masa...segala galanya tidak mustahil di zaman milennium ini. 

Sabtu, Maret 10, 2018

Semakin Pelik Manusia

Semakin pelik perangai manusia sekarang ini, entah apa yang mengangu fikiran mereka sampaikan sudah tidak menghormati orang di sekeliling. Hendak di tegur,karang berkecil hati, nak marah depan orang ramai, karang takut mengaibkan, kesudahan nya kita angkat kaki jalan!

Contoh perangai pelik yang berlaku minggu ini, ialah, ketika di kedai makan, orang di sebelah meja makan aku, potong kuku, tangan dan kaki..terus putus selera aku nak makan, dengan terpelanting kuku nya..dah le masa mengetip tu, kuat bunyinya..! agak agak dah berapa lama tak potong tu sampaikan kuku sudah menjadi keras ? haha

Perkara pelik seterusnya ialah, berkahak di kedai makan....kalau sekali tu tak apa, ini 2-3 kali....rasa aku lah, mungkin orang itu, tercekik tulang ayam kot..!

Apa pun, sebagai manusia yang punyai adab ....! belajar lah menghormati orang lain, kalau dah tak boleh tahan sangat tu, pergi lah cari tempat lain untuk melepaskan hajat di hati tu! di sekolah pun kita dah belajar sivik....jangan lah sampai tak ada kesedaran sivik...!

Selasa, Maret 06, 2018

Terpaksa Melepaskan

Rasa sedih sebab terpaksa melepaskan benda yang aku sayang,  selepas 7 tahun bersama, susah senang, segala yang pahit manis, semuanya bersama dengan nya, siapa 'beliau' itu ? hehe...itulah kekasih aku, iaitu Perodua Alza.

Bukan sengaja nak melepas kan begitu sahaja, ada berberapa faktor, dan salah satunya adalah faktor ekonomi, di sebabkan value kereta yang semakin jatuh. Masa beli 75K dan kini jual, used car ambil pun 28K..sedih betul! Tak apa lah, yang penting tutup hutang....! 

Zaman kini, keadaan sungguh mencabar, kena kurangkan gaya hidup keterlaluan dan dahulu kan keperluan berbanding kehendak...! apa pun beruntung, tuan-puan baru dak alza....! sebab aku memang jaga alza tu...cukup time service di perodua centre...! biar mahal, asalkan tahan lama...!

PENAFIAN

Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan,Mulut Berbuih, Kematian, Pengsan atau Sebarang Kecelakaan dan Penyakit Berjangkit. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Terima Kasih

Artikel di dalam blog ini, boleh di ubah, dari semasa ke semasa, bergantung kepada situasi