blogbanner2020betul skytech2020new iklansewa latihanICT

26 Mar 2018

Kerap Mimpi Duit Syiling

Teringat kenangan pelik semasa waktu masa kecil dahulu, Kerap Mimpi Duit Syiling yang berada di suatu tempat, bila ke tempat tu, ada duit syiling, teringat semula, sebabnya terjumpa syiling seperti syiling RM 0.20 sen di area parking kereta, tapi tulisan di syiling tu dah tak jelas. tu yang bila nampak je syiling ni teringat zaman kecik dulu dulu.

Begitulah kisah nya, nampak lucu kan ? tapi itulah kebenaran nya..hanya menceritakan semula kisah kisah waktu kecik dahulu...! selalu juga mimpi syiling emas.


Anda Mungkin Meminati :

22 Mar 2018

Jangan Sampai Salah Faham

Takut tengok flyers untuk event besar di negeri melaka, anjuran syarikat penyiaran yang telah bertapak lama, pengisian program nya bagus dan berkonsepkan edutainment , aku sokong, cuma bila terpandang flyers ini, antara artis artis yang di jemput, nama band antaranya yang sertai, adui! cadangan aku, bagus lah di letakkan singkatan sahaja, ada ke letak full name, apa pun apa apa artis sudah okay, bagi aku lah, rata rata peminat setia bagi syarikat penyiaran lama, terdiri daripada orang orang tua atau veteren, cuba kau bayangkan, kalau dia nampak nama band ini ? haha

Apa pun, aku tak salah kan band itu, nama pun band indie...mestilah gila gila! kan ? aku pun dulu main band gak...nama band guna bahasa english, kalau pakai nama melayu, karang takut orang salah faham! haha....


Anda Mungkin Meminati :

19 Mar 2018

Adobe Photoshop Giat Mara

Pada 14 Mac 2018 , mengajar perisian grafik adobe photoshop kepada pelajar pelajar dari Giat Mara Simpang Ampat, pelajar yang menyertai latihan photoshop ini daripada jurusan Beauty Spa. kenapa mereka terlibat di dalam kelas grafik ini? Tujuan utama adalah untuk mempelajari teknik teknik mempromosi beauty spa mereka dengan cara menyebarkan flyers seterusnya dapatlah mempromosikan kursus spa yang mereka anjurkan. Langkah dan usaha yang bagus, menimba ilmu dan dalam masa yang sama, menambah pendapatan.

Di dalam kursus ini, mereka diajar bagaiamana menggunakan setiap tools,cara cara membina banner, bunting, majalah dan flyers mengikut ukuran sebenar, dan cara cara membuat layout design di adobe photoshop. Banyak kebaikan dan kelebihan apabila mempelajari perisian photoshop ini.


Anda Mungkin Meminati :

PENAFIAN

Ini adalah Blog Peribadi Penulis. Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan,Mulut Berbuih, Kematian, Pengsan atau Sebarang Kecelakaan dan Penyakit Berjangkit. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Artikel boleh di ubah, mengikut situasi semasa, Terima Kasih