Safirul Amar Azmi Blog! SKYTECH CREATIVE IKLAN UA SIGNATURE SKYTECH CREATIVE

Monday, March 26, 2018

Adobe Photoshop Di Bulan Mac

Terima kasih kepada peserta yang hadir di kelas adobe photoshop pada 24 Mac 2018 yang lalu, alhamdulilah semua peserta berjaya menyiapkan tugasan akhir yang di berikan, di dalam kelas ini, peserta di dedahkan dengan setiap penggunaan tools dan fungsinya...banyak perkara yang boleh di buat di adobe photoshop contohnya seperti membina laman web, gambar beranimasi , manipulasi foto dan sebagainya..

Tidak terlalu asas semasa kelas ini di jalankan dan aku memfokuskan kepada tujuan perniagaan, dan satu perkara yang paling penting, kena banyak refer design artwork yang sedia ada sama ada di internet ataupun artwork yang sediaada cetak...seperti majalah, buku, brosure dan sebagainya...bukan apa, tujuannya untuk memberikan idea dan yang paling utama ialah, mesti kreatif! nasihat aku kepada peserta yang telah hadir, kena selalu praktis dan teruskan praktis...usaha tangga kejayaan, idea atau ilham tu akan datang dengan sendiri, apabila kita sentiasa terdedah dengan sumber sumber dari internet ataupun dari sumber lain seperti buku atau sebagainya..

Teringat Kenangan Lama

Haha tiba tiba teringat kenangan pelik semasa waktu kecik dahulu...sebab nya terjumpa syiling bentuknya seperti syiling RM 0.20 sen di area parking kereta...tapi tulisan di syiling tu dah tak nampak...! tu yang bila nampak je syiling ni teringat zaman kecik dulu dulu...! 

Kisahnya...masa kecik dulu, selalu dapat mimpi pasal syiling....RM 0.20 sen..masa dulu, RM 0.20 sen ni dah kira besar dah..boleh beli, tora dan dindang dan main mesin kacang...! kandungan dalam mimpi tu, selalu kata di 'kawasan' tu ada syiling RM 0.20 sen..tapi kena korek lah sikit...keesokannya aku pun korek lah sikit tanah tu...eh apa yang pelik! memang betul ada....! dan esok nya..aku mimpi lagi benda yang sama...so, hari hari lah aku collect RM 0.20 sen...! tapi sekarang, dah tak mimpi lagi! haha...

jumpa duit_syiling


PENAFIAN

Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan, kematian, atau sebarang kecelakaan. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Terima Kasih

Artikel di dalam blog ini, boleh di ubah, dari semasa ke semasa, bergantung kepada situasi