blogbanner2020betul skytech2020new iklansewa latihanICT

23 Okt 2019

Cara Cara Nak Hilangkan Pop up Di Chrome

Salam dan selamat sejahtera, tutorial kali ini adalah bagaimana kita menyekat pop-ups yang keluar secara tiba ketika kita mengeakses mana mana laman web yang kita buka. Pop-Ups yang dimaksudkan ni lebih kurang macam notification dan boleh menganggu kosentrasi pelayar yang sedang mengakses website. Memang tidak di nafikan, pelayar web yang lebih 'pantas' masa kini, adalah Google Chrome, kalau nak dibandingkan dengan Internet Explorer, Opera dan sebagainya. 

Mengikut citarasa masing masing...aku lebih selesa menggunakan web browser (pelayar web) firefox, dan untuk makluman korang, firefox semakin pantas dengan fungsi yang lebih ringkas...apa pun, depends pada masing masing..  namun begitu tutorial ini, hanya untuk pengguna web browser Google Chrome.

Mari kita lihat tutorial Cara Cara Nak Hilangkan Pop up Di Chrome. Jom kita lihat macamana Cara Cara Nak Hilangkan Pop up Di Chrome ...


Anda Mungkin Meminati :

BURGER AYAM CRISPY BURGER ATTACK TERBAIK

Hah ni, aku nak promote satu kedai burger ayam crispy yang terbaik, terletak di area kuala lumpur, aku dah datang wei, beli, beratur dan rasa...serius lah citarasa dan kesedapan sama seperti restoran segera yang berlambak kat tengah bandar tu ! serius sedap dan yang paling penting harga mampu beli, hanya berharga RM 4.00 sahaja..! Mana nak dapat burger ayam crispy harga macam ni kalau rasa sama macam restoran makanan segera di tengah tengah KL tu! dah la Burger ayam crispy murah...sedap pula tu, sekali cuba pasti mahu lagi, sangat very High recommended, pasti puas hati, sesuai dengan keadaan ekonomi yang tak berapa nak stabil sekarang ni..Kalau nak cari burger sedap dan murah di area kuala lumpur, jawapannya ialah BURGER AYAM CRISPY BURGER ATTACK.

Burger ayam crispy burger Attack ini mula mencuri perhatian di kalangan para foodies iaitu BURGER AYAM CRISPY  dengan harga cuma RM4! Burger Attack yang bertempat di Wangsa Melawati ini dikatakan luar biasa sedapnya. Tidak hairanlah mengapa ramai yang sanggup meredah queue panjang! Terbaik lah BURGER AYAM CRISPY BURGER ATTACK. Burger Ayam terbaik di sekitar Kuala Lumpur. Sekali dah rasa pasti nak lagi.


Anda Mungkin Meminati :

22 Okt 2019

Jom Rehatkan Minda Dengan Travel

Bila asyik kerja non-stop ni, memang kaki gatal gila nak gi jalan-jalan. Wei, orang kata jauh perjalanan luas pemandangan, kepala yang berserabut dengan macam macam masalah, boleh menjadi tenang dan lupa sementara masalah kerja. Rasa macam lama gila aku tak rehatkan badan dengan pergi jalan-jalan ni. Sometime, kita kena reward diri kita, badan dan minda pun perlu berehat, apa taknya seminggu kerja dan macam robot, dan kalau weekend pun busy kan, mana ada masa, kalau ikutkan kerja memang sampai kesudah tak selesai wei...jom Travel solo....

So aku plan macam nak pergi bercuti lagi tujuannya untuk release tension gitu. Sebabkan malas nak ambil cuti lama-lama, jadinya kita cuti dalam Malaysia jelah. Sebenarnya aku dah book tiket ni dah lama da, waktu Airasia buat promo hari tu. Waktu booking tu tak decide lagi nak pergi ke tak, beli je dulu sebab tiket murah. Ni memang dah stress sangat, pergi jelah walaupun sorang. Just nak rehat-rehat je. Ohh ye aku lupa nak mention, aku beli tiket gi Penang je pun. 3 hari 2 malam macam-macam boleh buat kat penang tu, so aku buat roughly plan dulu lah. Nanti dah sampai sana baru decide nak follow ke tak...


Anda Mungkin Meminati :

PENAFIAN

Ini adalah Blog Peribadi Penulis. Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan,Mulut Berbuih, Kematian, Pengsan atau Sebarang Kecelakaan dan Penyakit Berjangkit. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Artikel boleh di ubah, mengikut situasi semasa, Terima Kasih