Safirul Amar Azmi Blog! lazada best Biznes Bakeri rahsia temuduga Website 7 days Baju Muslimah Kanak-kanak

Thursday, March 31, 2016

Semoga Di Permudahkan

Peperiksaan semester lagi dua minggu, tapi belum ada tanda tanda berminat nak baca buku, apa taknya, balik kerja je dah penat, lepas makan terus tidur, seharian suntuk sibuk di pejabat, assignment pun tak siap lagi, deadline pun dah dekat, kusut dan tertekan..

Seperti kebiasaannya, malam sebelum peperiksaan baru lah terhegeh hegeh buka buku, tuh yang result cukup cukup makan je..haha, subjek kali ni lebih kepada teori dan add math. Doakan aku agar di terangkan hati dalam menjawab peperiksaan tidak lama lagi.
Luaran orang nampak kita macam ok dan tenang je, padahal di hati, Tuhan sahaja yang tahu bertapa struggle nya kita untuk meningkatkan diri. Semoga aku di permudahkan segala urusan.

Wednesday, March 30, 2016

Cara Memperbaharui Pendaftaran Syarikat

Ermm sekejap je kan masa berlalu, rasanya baru lepas memperbaharui pendaftaran syarikat di SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia), tahun ni dah kena perbaharui (renew) lagi, renew satu (1) tahun je, seperti biasa kena denda lah! haha.. kali ini terlewat tiga (3) bulan, SSM syarikat aku dah tamat pada januari 2016, itu pun tersedar bila nak apply kerja (job) di agensi member.

Ok lah, untuk makluman korang, kalau korang terlewat untuk memperbaharui pendaftaran syarikat (SSM) amaun denda bagi terlewat sebulan, akan di kenakan sebanyak RM 20.00 , dan bagi bulan kedua hingga bulan seterusnya ialah RM 10.00 (Setiap bulan)

Masih lagi ayat yang sama (lebih kurang) dari pegawai Suruhanjaya Syarikat Malaysia, ayat sama seperti masa nak memperbaharui pendaftaran syarikat pada tahun lepas [artikel sebelum], tiada pemberitahuan atau notis pasal nak kena memperbaharui pendaftaran syarikat, sendiri kena ingat! haha


Korang jangan tunggu dah setahun (1) atau sepuluh (10) tahun  baru lah nak memperbaharui pendaftaran syarikat korang! Banyak nye perkataan memperbaharui ye...haha, SERP SEO katanya.

Jumlah yang kena di bayar untuk memperbaharui pendaftaran syarikat selama setahun ialah sebanyak RM 60, kalau dua tahun sebanyak RM 120, campur dengan denda bulan pertama RM 20 + bulan kedua dan ketiga sebanyak RM 20, jumlah kesemuanya termasuk denda ialah RM 100!  Apa apapun, selamat memulakan perniagaan...

Tuesday, March 29, 2016

Apa Pula Kata Mereka Mengenai Kita

Aku sudah penat menjaga hati orang, sedangkan orang sekeliling tidak pernah menjaga hati aku, tidak salah ingin berjenaka, tapi lihat lah suasana sekeliling terlebih dahulu, ya, muka aku memang sentiasa tersenyum setiap hari, walaupun hati ini tak berapa nak tenteram, siapa yang tahu? hanya Tuhan dan aku sahaja yang tahu. Begitu juga korang kan, hidup ini seperti roda, adakalanya kita di atas dan adakalanya kita di bawah. Jangan lah herdik seseorang depan orang ramai, jagalah aibnya

Jika tidak mampu membuatkan orang itu tersenyum, janganlah pula menyakitkan hati nya pula, hidup ini perlu ada batas atau limitasi sebagai contoh, tidak perlu lah membawa hubungan luar bidang kerja ke dalam persekitaran kerja yang sebenar. Kita perlu ada batas batas atau limitation. Stop it and enough! Jagalah air muka rakan rakan kita, apa pula kata orang sekeliling bila kita di cemuh di depan mereka, walaupun dalam nada bergurau senda sekalipun. Cakap lah perkataan yang elok elok, dan mulakan yang baik baik. Tidak salah nak bergurau, tapi biarlah kena pada tempatnya..


Hal hal di luar bidang dan waktu kerja its ok nevermind, nak cakap apa..cakaplah! tapi bila depan bos/orang atasan atau dalam meeting pun orang orang tak faham bahasa ni nak memangil gelaran yang tidak sepatutnya (dah macam dekat kedai kopi tepi jalan lak), itu tidak patutlah, belajar menghormati dan lihat suasana sekeliling , berpada pada dan bersikap profesional!

Dah Takde Orang Nak Kawan

Semakin parah duduk dekat Malaysia, apa taknya, rakyatnya ramai yang pemikiran tipikal dunia kelas ketiga. Macam dah takde benda lain nak di cakapkan dan di fikirkan, langsung tak berkembang pemikiran dan semakin sempit.

Sebagai contoh, kalau online masa waktu bekerja, ada suara suara bercakap yang kita tengah takde kerja atau tengah chat bual bual kosong, padahal kita sedang online dan teks seseorang pasal hal berkaitan kerja.

Pada suatu hari, aku buat keputusan nak minum pagi seorang diri dan tak mahu di ganggu sesiapa, aku fikir, lepas makan terus bayar dan gerak, malas minum ramai ramai, buat sakit otak je, yelah kadang kadang mereka tak faham situasi yang sedang kita hadapi, dan bergurau tak kena pada masa dan tempatnya..


Ada pula orang tegur..."Hai..minum sorang sorang ke? dah takde orang nak kawan ke, kesian kau", aku tercenggang...dan hanya mampu tersenyum sambil dalam hati berkata "bukan aku takde kawan, kalau nak minum sampai dua (2) meja penuh pun boleh!bukan susah pun, whats app je, tapi malas nak ajak", aku cuma nak berehat dan tenangkan fikiran aku, itu sahaja. Banyak benda yang aku nak fikirkan.

Thursday, March 24, 2016

Cara Mudah Bagi Membina Bar Code

Semakin hari semakin banyak teknologi dan aplikasi yang wujud, maklumlah di zaman moden serba maju ini, semuanya benda yang dahulunya susah, kini menjadi mudah, segala urusan menjadi cepat, tidak perlu key in manual satu per satu, terkini..hanya perlu SCAN sahaja! Dengan ini kesilapan akan dapat di kurangkan.Tutorial kali ini berkenaan cara mudah membuat BAR CODE, korang tahu tak apa itu BAR CODE? Cara mudah yang boleh aku definisikan disini ialah, kod yang di ciptakan untuk memudahkan pengguna dengan menggunakan teknik imbasan (scan) samada melalui smartphone atau pun scanner, ataupun kod yang di dalamnya terdapat kandungan (Isi) berupa text, url address, image dan sebagainya.

Itulah bahasa mudahnya..sebagai contoh korang boleh lihat di pasaraya-pasaraya besar berhampiran korang tinggal, di mana setiap produk mereka, telah di letakkan kod kod, dan ada di sediakan alat untuk mengimbas, tujuannya untuk menyemak harga sebenar produk tersebut, dan apabila di imbas, akan di pautkan ke url address, teks (harga) atau sebagainya.

Monday, March 21, 2016

Cara Melakukan Perkongsian Fail Dan Dokumen

Bagi anda yang tidak mempunyai hosting server dan tidak tahu macam mana nak kongsi fail anda dengan rakan rakan, saya mencadangkan anda menggunakan perisian Media Fire, perisian ini adalah percuma dan anda di berikan 12 G bagi setiap satu akaun. Seperti biasa sebelum mendaftar, anda perlu mempunyai alamat email, samaada google, yahoo, ymail atau dan lain lain bagi tujuan pendaftaran akaun, atau samaada melalui facebook.

Perisian Media Fire membenarkan anda memuat turun pelbagai format seperti pdf, docx, mp4, mp3 dan sebagainya, secara tidak langsung memudahkan urusan anda dalam melakukan perkongsian maklumat. Sangat mudah dan tutorial memuat turun fail atau dokumen ada di bawah.

Cara cara nak membuat perkongsian fail menggunakan Media Fire? ikuti langkah di bawah ini;

Friday, March 18, 2016

Tapak Untuk Menambah Ilmu

Aplikasi media sosial tujuannya adalah untuk berkomunikasi secara dua hala dengan rakan rakan, yang jauh di rapatkan, tapi janganlah aplikasi dan gadjet ini menjauhkan lagi hubungan anda dengan orang yang tersayang seperti keluarga anda dan orang yang terdekat.

Aplikasi media sosial yang popular di gunakan adalah seperti whats app, we chat, telegram, facebook, dan yang terbaru (baru tahu) ialah Bee Talk, fungsinya sama, iaitu untuk tujuan berkomunikasi, tapi apa yang 'menyedihkan' menjadi tempat urusniaga 'sewa beli', pemerdagangan manusia, dan bercerita, berbual mengenai topik yang tidak berfaedah, tak membina dan boleh merosakkan, kebanjiran cerita berkaitan seks secara terbuka di bualkan lelaki dan perempuan, tanpa segan silu, jika melayan, boleh menjadi lebih serius!

Jadi kan lah medium media sosial ini sebagai tapak untuk menambah ilmu, tambah rakan rakan yang bagus, dan tidak mengambil kesempatan dan aniaya orang lain. Jika mahu berniaga pun, apa salahnya..gunakan sebaik baiknya.

Wednesday, March 16, 2016

Mungkin Ada Sebab Sebab Yang Tertentu

Bila seseorang mendapat sesuatu pengiktirafan seperti anugerah perkhidmatan cemerlang di tempat kerja pasti akan ada suara suara sumbang yang mengkritik kenapa dia yang perlu dapat? kenapa tidak aku? kenapa tidak si A? Ini Perkara biasa yang akan berlaku, kadang kadang orang yang baru kerja tidak sampai setahun, dah dapat macam macam anugerah, sedangkan ada kakitangan yang bertahun tahun kerja membanting tulang, malangnya tidak dapat sebarang pun anugerah, terjadi di mana mana organisasi. Mungkin ada sebab sebab yang tertentu membuatkan kita tidak layak untuk menerima anugerah.

Kenapa perkara seperti ini terjadi? inilah kelemahan di peringkat kerajaan (maaf cakap), kadang kadang siapa yang terlalu menunjuk bagus, setiasa kemaskini status di media sosial mengenai hal kerja dengan status seperti "masih bertugas", dan hal melibatkan kerja, pandai bercakap walaupun action / Output  kosong, pandai mengambil hati orang atasan maka dialah yang akan mendapat pengiktirafan dan di terjemahan kan melalui markah yang tinggi pada SKT (Sasaran Kerja Tahunan).

Program Bootcamp eUsahawan Negeri Melaka

Bahagian K-Ekonomi dengan kerjasama MDeC akan menganjurkan Program Bootcamp eUsahawan Negeri Melaka, program ini akan di jalankan secara percuma, perkara yang akan di kongsikan di dalam bootcamp ni ialah seperti pemasaran internet merangkumi trend teknologi digital terkini seperti social media marketing, mobile commerce, analysis, epayment, digital advertising dan cyber security.

Program ini akan di hadiri oleh selebriti khas yang mahir di dalam pemasaran online dan strategi perniagaan, mereka yang di maksudkan itu ialah Irfan Khairy, Datuk Alif Syukri, Fizo Omar dan lain lain, marilah mencuba teknik teknik pemasaran yang baru dan berkesan ini, mungkin dengan cara baharu anda mampu menjadi Jutawan Online! siapa tahu! kan? kan? In Sha Allah..Semoga di permudahkan semua urusan kalian semua, dan maju dalam perniagaan.

Latihan Microsoft Office Power Point

Pada 15 Mac 2016, aku terlibat sebagai pengajar dan memberi ilmu kepada kakitangan Perpustakaan Awam Negeri Melaka (Perpustam) mengenai perisian Microsoft Office Powerpoint (Intermediate and Advance). Maklumbalas yang di terima selepas latihan, amat baik, alhamdulillah dan semoga bermanfaat ilmu yang di berikan, ilmu itu wajib di kongsikan bersama, latihan yang di jalankan ini percuma dan sepenuhnya di taja oleh Jabatan Ketua Menteri Melaka di bawah agensi Bahagian K-Ekonomi.

Antara topik yang di ajar, insert video, insert audio, animasi, slide show, how to create handhouts, slide master, handouts slide master, create table, adding collum and row, dan lain lain lagi.

Program program ICT ini telah bermula pada tahun 2003 sehingga sekarang, dan semuanya percuma, keutamaan hanya kepada penduduk negeri Melaka, antara kursus ICT yang di tawarkan ialah seperti Google Sketchup 3D, Animasi Flash, Adobe Photoshop, Adobe Illustrator, Mobile Apps Intel XDK, Pembangunan Blog, Video dan bermacam macam lagi..

Dapat Daftar Modul

Alhamdulillah, semester kali ini dapat mendaftar modul untuk semester depan, semester sebelum ini memang selalu terlepas pandang tarikh nak daftar, apa taknya, semua hebahan secara online, study sambil bekerja ni memang mencabar, yelah kan tiada kelas (separuh masa) dan lepas tu tiada tunjuk ajar, tiada siapa yang bimbing, semuanya serba serbi online! pandai pandai lah nak hidup, kalau nak tahu, kena usaha dan sentiasa bertanya..

Kalau terlepas daftar modul untuk semester depan, akibatnya ialah tidak akan dapat modul subjek dan jika mahu mendapatkan modul juga, korang kena buat surat tunjuk sebab, rayuan dan kena bayar satu modul RM 30! Wah....

Sekarang ini, dah bagus! dah ada reminder melalui SMS, baguslah tu, agaknya dah ramai yang complaint. Pandangan aku la, institusi pembelajaran baik di IPTA dan IPTS sepatutnya kena lah bertimbang rasa dengan pelajar, kalau terlepas pra pendaftaran tu, beri peluang kedua, maksudnya tarikh kedua bagi pendaftaran! bukan senang kerja sambil belajar ini (bagi yang part time), banyak benda nak kena fikir, apa tak nya! assignment, study exam dan di tambah lagi dengan hal pejabat lagi..aduhai, seksa! Tapi sabar lah...orang putih kata No Pain, No Gain..ok !Akhirnya dapat daftar modul..haha

Tuesday, March 15, 2016

Cara cara memasukkan video dari youtube ke dalam slide powerpoint

Tahukah anda bagaimana cara cara memasukkan video dari youtube ke dalam slide powerpoint? korang hanya perlu menukar VIDEO ID (Code di bawah) kepada ID video yang korang mahukan sahaja. Mudah dan berkesan!

Di versi powerpoint 2010, ternyata mempunyai berberapa isu terutamanya apabila anda memasukkan video dari youtube, embed code yang di sediakan youtube (i frame) code tidak boleh di masukkan.

Jika kita menggunakan embed code yang disediakan oleh Youtube, powerpoint akan keluarkan satu popup yang berbunyi seperti : PowerPoint cannot insert video from this embed code. Verify that embed is correct, and then try again. Nah, ini penyelesaiannya!


Monday, March 14, 2016

London Has Fallen

Walaupun keadaan ekonomi tidak stabil, kemiskinan dan pengangguran meningkat, rakyat amerika begitu menyayangi perdana menteri mereka yang di gelar Mr. President, ini bukan soal atau bukan tentang parti mana yang Mr. President mewakili, ini soal maruah negara dan segala galanya yang di lakukan, mereka bangga dengan negara mereka, walau apa jadipun, menghormati pemimpin adalah keutamaaan mereka, dan sebenarnya nilai etika dan moral yang tinggi dan telah di terapkan nilai itu pada rakyat mereka walaupun mereka tiada kepercayaan dari sudut agama yang khusus atau sebagainya. Namun begitu, nilai etika dan moral mereka terlalu tinggi.

Mereka sanggup pertahankan pemimpin, menjaga maruah negara mereka walau apa jadi sekalipun yang terjadi, dan musuh sentiasa mahu mencari peluang menjatuhkan atau menembusi benteng pertahanan. Begitu patriotiknya mereka di dalam cerita London Has Fallen..memang terbaik cerita ini, begitu lah cerita orang putih, berat sebelah, mereka je yang betul, sedangkan siapa yang memulakan perang dulu? Orang putih yang tidak sedar diri!


Roti John Tarik

Kepada pengemar Roti John, pasti akan terpikat dengan keunikan roti john ini, lain dari yang lain seperti roti john kebiasaan yang kita biasa makan di kedai kedai, roti john ini unik dan terbaik, boleh didapati hanya di negeri melaka sahaja, dengan keenakan, kelazatan roti, dan lambakan cheese, sos, membuatkan Roti John Tarik ini menjadi hebat dan terbaik..sekali cuba pasti nak lagi!! Sungguh sedap..

Dah macam Pizza bro, apa taknya, dipenuhi dengan  cheesy mozarella, cheesy souces, apa tunggu lagi? jom cuba roti john tarik mael lambong! lokasi di mana? lokasi kedai terletak di jalan hang tuah mall, hadapan CIMB bank dan restoran mamak infasha maju, bila pekena roti john ni pasti melambong lambong korang semua kerana kelazatan roti john tarik cheesy ini. Comfirm macam pizza...tak di nafikan lagi. haha

Kedai roti john tarik mael lambong ini dibuka dari isnin hingga sabtu, beroperasi dari pukul 5.00 petang hingga 11.30 malam, sebelum korang nak datang boleh lah call tuan kedai di  013 6111182 (Ismail).

Wednesday, March 09, 2016

Cara cara untuk memaparkan email yang hilang di inbox

Tipulah kalau nak kata tiada email, dah zaman serba canggih milennium ni, kalau nak login aplikasi seperti facebook, blog pun kena guna email untuk akses kan? pernah tak email di inbox korang hilang? padahal korang tak delete pun? Lain lah kalau dah delete ..

Ok aku nak tunjukkan macam mana kita nak dapatkan email yang hilang itu, mudah sahaja, hanya perlu ikut step(Langkah langkah) seperti yang di tunjukkan di bawah, tutorial ini hanya untuk pemegang akaun emel gmail sahaja, cara cara untuk memaparkan email yang hilang di inbox gmail korang ialah :

Tuesday, March 08, 2016

Untuk apa sebenarnya

Kebahagiaan bersama pasangan tidak perlu di hebohkan di sosial media, cukuplah sekadar anda, anak anak dan pasangan anda sahaja yang tahu ceritanya, sekarang ini, dengan keadaan ekonomi yang tidak berapa baik, orang ramai (segelintir) sanggup melakukan apa sahaja asalkan mereka melihat anda terseksa dan menderita.

Contoh nya,  dengan melalui gambar yang di tayangkan oleh pasangan tersebut, aku (sebagai haters) hanya perlu print screen (screenshot) ataupun right-click pada gambar tersebut, dan proses menyihir di lakukan! cuba korang bayangkan dengan semudah itu sahaja, kejahatan seperti ini dilakukan? Syaitan memang suka memisahkan setiap anak anak adam, terutamanya pasangan yang telah berkahwin.

Rambut sama hitam, hati lain lain, siapa yang tahu? Ada rakan rakan FB aku yang menayangkan kebahagiaan mereka bersama pasangan, dengan status post ayat ayat yang manja, bagi  aku okay la kot, walaupun post itu sesuai ditujukan untuk suami atau isterinya sahaja, dan yang komen pula, hanya pasangan tersebut sahaja! tidakkah begitu jelik dan untuk apa? untuk apa sebenarnya?

Andai dapat aku undur kan masa

Sejak akhir akhir ni, panas semacam je kan, di sebelah petang, nampak macam nak hujan (mendung) tapi takde pun, tengahari panas berdentum, aku yang dewasa ni pun terasa macam nak pitam, inikan pula anak anak kecil! Minum air bergelen gelen pun, tekak tetap rasa kering, dunia sudah sampai ke penghujung usia, masyarakat masih lagi melakukan pembakaran terbuka..

Dah la panas terik, jalan raya pula sesak! wah migrain, apa apa pun, bersyukur dengan apa yang telah di tetapkan oleh Nya, pasti ada hikmah ataupun pengajaran dari apa yang terjadi, kesian anak anak kecil, untung aku hidup lebih awal berbanding mereka, kalau cuaca panas boleh buat macam macam aktiviti, sekurang kurangnya boleh berteduh di rumah pokok, merasa suasana hutan, sawah, main pondok pondok, buat rumah atas pokok, berenang di sungai..tapi, anak anak kecil sekarang?

Indahnya suatu ketika dahulu...andai dapat aku undur kan masa, aku nak kembali ke tahun 1994.

Monday, March 07, 2016

Semakin bersemangat menyiapkan tugasan

Semalam menghadiri bengkel sehari rujukan ilmiah, yang mana di perkenalkan dengan satu software yang bagi aku sangat bagus dan memudahkan aku menyiapkan assignment. Banyak ilmu yang dapat aku pelajari selama sehari. Memang berpatutan dengan harga bayaran dikenakan...

Kan bagus diperkenalkan dari awal lagi..maksud aku di semester 1 lagi..dah nak tiba penghujung penghujung ni, barulah dapat tahu, antara perisian yang dapat memudahkan tugasan (Assignment) anda adalah seperti Microsoft word, Nitro PDF, Mendeley.

Tak rugi kalau kita invest (pelaburan) bagi mendapatkan ilmu, kena dapat melalui pelbagai sumber untuk mencari ilmu, jangan bergantung kepada internet google sahaja. Bukan tidak bagus maklumat di internet, bagus, cuma biasalah kan, tiada penapisan maklumat, hanya semudah di hujung jari..semuanya terpulang kepada kita.

Tahniah dan syabas kepada pemenang

Buat pertama kalinya, aku lihat rancangan hiburan sampai habis, sebab nak lihat siapa yang menang, maklumlah, kali ini mentor mentor yang semua muda muda belaka, tuh yang excited nak melihat, dan dalam masa nak menunggu siapa yang menang, banyak la pula commercial break, iklan dari penaja la, yelah, orang dah sponsor kena lah sabar dengan karenah penaja.

Untung siapa yang menang, dapat 100K, kalau terbukti memang berbakat akan ke depan dan konsisten di arus dunia mainstream, tidak semua artis terutamanya yang lahir dalam rancangan realiti yang move on, segelintir sahaja.

Antara yang berjaya dan sungguh aku kagum dengan nyanyiannya ialah Faizal tahir. Apa apa pun tahniah dan syabas kepada pemenang. Sudah tertulis dan takdir menentukan anda adalah pemenang. Aku taknak komen apa apa mengenai mutu nyanyian, sebab aku punya bidang ialah IT bukan dari Mass Comm ataupun seni nyanyian..so biarlah orang yang sepatutnya yang menilai, mereka lebih layak.. 

Tahniah dan syabas kepada pemenang mentor milenia!

Thursday, March 03, 2016

Urban Resilience City di Melaka

Sibuk betul awal bulan 3, dari 1-5hb ada perhimpunan pihak berkuasa tempatan seluruh dunia yang dinamakan sebagai Urban Resilience City, akan membincangkan isu isu pemanasan global, isu daya tahan bumi, hakisan, pencemaran dan segala yang berkaitn dengan isu isu membabitkan green dan technology.

Program global ini berlangsung di Hatten dan Equatorial hotel Melaka,Best juga bila bertugas macam ni, dapat makan sedap, pantau pendaftaran melalui sistem, dan dapat speaking macam mat saleh. Haha..Aku di pinjamkan ke program ini bagi membantu kelancaran dari segi ICT support..dan setakat ini segala masalah dapat di atasi..

Pengalaman yang sangat berguna dan bagus, sebagai pendedahan kepada situasi dunia luar dan memantapkan komunikasi berkesan. 

Latihan pembangunan Blog

Pada 21 Februari 2016, aku telah di panggil oleh badan parti politik untuk memberi taklimat dan latihan mengenai blog dan pemasaran internet, dengan harapan untuk membantu usahawan usahawan melayu menaiktaraf ekonomi mereka. wah...misi nya menarik dan aku suka.

Kata penganjur program lagi, program ini akan berterusan dan ada kesinambungan program sehinggalah usahawan usahawan yang menyertai berjaya..wah! lagi aku speechless! Program program percuma ini ditaja sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Melaka, setiap dun, cawangan dan daerah hanya perlu menyediakan lokasi dan peralatan logistik seperti meja dan kerusi.

Program setengah hari ini bermula pada jam 9 pagi dan berakhir pada pukul 1 tengahari. kau fikirlah sendiri, nak setup email, nak training SEO blog, nak ajar Nuffnang lagi..nak adjust template blog, coding..kau fikir sempat atau tidak setengah hari je...dan di tambah lagi ...kata kata ucapan dari 3 orang Yang berhormat..ambil purata setiap orang berucap selama 2 jam! dengan hal politik lagi, kisahnya lagi..kata kata dorongan lagi...

Duit Dari Internet