banner-2017-mcj IKLAN SEWA UA SIGNATURE

Minggu, Juni 03, 2012

Terkena

Terkena
Harini aku terkena dengan anak buah sedara (anak sepupu) dengan teka teki yang melampaui batas. kalau korang dapat jawab teka teki ni, korang memang genius la. haha memang tak dapat dinafikan lagi!

Soalan teka teki budak ni,

Okay kalau abang pandai, ada 2 ekor anjing, nama anjing-anjing tersebut ialah L & B (lihat gambar atas), dia nak ke sebuah pulau, tapi kena menyeberang air terlebih dahulu. Anjing B jalan dulu, tapi yang sampai  ke pulau tersebut ialah anjing L, padahal anjing B gerak dahulu , kenapa? kenapa? hahaha.

Apa jawapan dia? haha

Kempunan

Aduhai, bukan sekali cuba untuk ke sana dengan harapan dapat masuk & tengok! dah berpuluh-puluh kali cuba, tapi mesti tak dapat! padahal kat negeri sendiri tu! orang luar berposak-posak datang melaka! kena ambik cuti la, pergi time cuti dan bukan time cuti sekolah dan yang penting bukan hujung minggu! rase2x nye, comfirm lengang!! hehe

Dari utara ke selatan aku pergi pusat tarikan pelancong dari taman buaya, zoo melaka ayer keroh hinggalah ke word life theater masjid selat melaka raya , memang jemm, susah dapat parking! comfirm tak dapat! nak2x kalau hujung minggu, dia punya sesak, boleh cepat kena darah tinggi! 

Kempunan budak-budak nak pergi tengok pertunjukan singa laut dan ikan lumba-lumba tadi! haha, pui! world life theater, masuk kali ni dah 2 kali aku datang, sampai kat kaunter je comfirm frust, sebab show jam 3 ptg dan 7 mlm je! memang pui la! apelah punya world life theater melaka ni, tak mendahulukan pelancong! ikut suka hati dia je...kata nak tarik pengunjung ramai datang, tapi bila datang, ada 2 slot show je! mancing lagi bagus! tenang dan menyamankan! haha

PENAFIAN

Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan,Mulut Berbuih, Kematian, Pengsan atau Sebarang Kecelakaan dan Penyakit Berjangkit. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Terima Kasih

Artikel di dalam blog ini, boleh di ubah, dari semasa ke semasa, bergantung kepada situasi