blogbanner2020betul skytech2020new iklansewa latihanICT

22 Jun 2012

Memancing Aktiviti Yang Menyihatkan

Aktiviti Wajib Mingguan yang biasa di lakukan ialah memancing. memancing aktiviti yang menyihatkan, dalam seminggu dua (2) kali. turun ke laut, memancing, dapat tak dapat hasil, itu belakang cerita, yang penting, seronok menyihatkan badan, untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Memancing ni memang boleh dikatakan seperti pelaburan juga. haha, labur dulu duit, kalau untung dapat pulangan lumayan, kalau tak, pulang dengan tangan kosong, dan kebanyakkannya hari biasanya tak dapat ikan pun, cuba korang bayangkanlah, umpan buat ikan makan ialah udang harimau, sotong, kerang, roti, sekali beli umpan RM 20.00 bagi satu jenis umpan.

Korang tolong kira kan lah, Tapi ada cerdik pandai pernah berkata, duit beli umpan tu baik buat beli ikan kat pasar, lagi banyak dapat, ermm, inikan hobi! yang penting kepuasan! rugi tak apa yang penting, puas walaupun bawa balik gelama sebesar ibu jari. haha.


Anda Mungkin Meminati :

10 Jun 2012

Kaki Ayam Masak Sambal

Kaki Ayam Masak Sambal
Belum pernah aku pergi majlis kerja kahwin orang, jumpa kaki ayam di dalam lauk, yang dimasukkan sekali dalam lauk masak sambal untuk dihidangkan kepada tetamu. Ingat kepak ayam je  yang biasa nampak, ini semua angota badang ayam termasuk kaki pun ada sekali.

Termuntah aku depan tetamu. aku memang tak makan kaki ayam. alahai tuan rumah, kenapa la buat macam ni, aku tahulah kamu suka makan kaki ayam tu, tapi janganlah anggap tetamu yang datang seleranya macam kamu. 

Anda Mungkin Meminati :

8 Jun 2012

Ekonomi Berasaskan Pengetahuan

Aku menyokong usaha kerajaan negeri dalam memperkasakan K-Ekonomi, Apa itu K-Ekonomi, K itu merujuk pada knowledge, terjadilah Ekonomi berasaskan pengetahuan, Istilah melayu ekonomi berasaskan pengetahuan seterusnya mengalakkan lebih ramai modal insan glokal bertaraf global.

Segala yang melibatkan pengetahuan, boleh menjana pendapatan di sebut K-Ekonomi, contoh lain adalah seperti, anda faham menggunakan adobe photoshop dan mengunakan aplikasi itu untuk menjana pendapatan sampingan, itu la pengertian sebenar bagi Ekonomi berasaskan pengetahuan, itu sebab kena belajar dan terus belajar untuk mendapatkan ilmu pengetahuan. Tanpa ilmu pengetahuan, susah untuk kita teruskan kehidupan yang semakin mencabar ini.


Anda Mungkin Meminati :

3 Jun 2012

Bermain Teka Teki Dengan Kanak Kanak

Hari ini aku Bermain Teka Teki Dengan Kanak Kanak dan terkena dengan dengan jawapan anak buah sedara (anak sepupu). Mereka tanya teka teki yang melampaui batas fikiran. Alahai, macam macam idea diorang ini, sebagai abang sedara yang happy go lucky aku layan kan je, kalau korang dapat jawab teka teki ni, korang memang genius la. haha memang tak dapat dinafikan lagi!

Soalan teka teki budak ni berbunyi seperti ini, seperti gambar di bawah, Ada dua ekor anjing, siapa yang sampai dulu, anjing L ke anjing B ?

Bermain Teka Teki Dengan Kanak Kanak


Apa jawapan dia? haha

Anda Mungkin Meminati :

PENAFIAN

Ini adalah Blog Peribadi Penulis. Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan,Mulut Berbuih, Kematian, Pengsan atau Sebarang Kecelakaan dan Penyakit Berjangkit. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Artikel boleh di ubah, mengikut situasi semasa, Terima Kasih