Safirul Amar Azmi Blog! SKYTECH CREATIVE IKLAN UA SIGNATURE SKYTECH CREATIVE

Monday, July 09, 2012

Tajupakale


Tajupakale

Sebuah peristiwa berlaku di sebuah kedai mamak, ketika seorang lelaki meminta password wifi di kedai tersebut. haha

Posisi Tidur Anda Begini?

Posisi Tidur Anda Begini?

haha..ini normal. Macam-macam jenis posisi tidur dapat kita lihat diatas.

Demi seorang anak yang masih kecil dan comel, ibu bapa sanggup mengorbankan keselesaan di kamar tidur. sampai terjatuh-jatuh. haha.

Nak honeymoon dengan isteri, sebelum dapat anak! kalau dah dapat anak baru nak honeymoon, alamatnya, melepas! haha

Batuk Over

batuk

Kerja kat IT Department ni dahlah stress, nak menghadap coding, sistem problem, video projek, design lagi, buat paper projek lagi, kena marah dengan bos lagi.

Talipon pula tak pernah nye senyap! staff jabatan pula asyik buka lagu untuk dia-najwa latif. argghhh stress, stresss.

Ada seorang mamat dari department sebelah ni (jiran), batuk over! perlahan-lahan batuk tak boleh ke?  Ape ko ingat aku kerja nak dengar batuk ko je ke? pui

Normal?


haha, inilah perbezaan ketara lelaki dan perempuan bila berfacebook atau berblogging, hehe.itu normal, bukan jeles okay, cuma inilah fenomena atau sindrom yang sedang dilalui oleh kita sekarang. haha.

Kadang-kadang yang like sampai 100 orang, kalau perempuan cantik, itu belum lagi komen, mau sampai 1000 komen, agaknya. haha.

Dugaan Di Bulan Syaaban


Dugaan datang dan terus datang, mungkin aku telah terpilih oleh Tuhan untuk diuji dan aku percaya, setiap dugaan ringan mahupun berat, pasti ada hikmahnya dan akan terpancar keindahan dan kebahagiaan selepas itu. hehe

Pertama, tayar kereta aku, empat biji rosak, kata seorang pomen. dia kata lagi kena tukar, sebab tayar dah lebam di bahagian dalam. Alahai tayar pun boleh lebam ke? aku kena tipu ke apa ni? nampak macam pomen tu jujur.

Aku dah mula risau, so, tukar 2 biji dulu, sebabnya, hari-hari aku guna kereta. Tujuan aku datang kedai tayar, untuk buat allignment & balancing tayar, supaya tak gegar dan mengelupur diatas jalan. haha, tapi macam-macam hal jadinya.

Dulu satu tayar 14 inci, harga dalam RM 125-130, tapi sekarang dah RM 145, cekik darah betul! kalau 4 tayar dah berapa! Tayar boleh melotop bila-bila masa kalau aku tak tukar, pomen cina tu kata. alahai. aku pun terus tukar, tapi hanya dua tayar ! 

PENAFIAN

Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan, kematian, atau sebarang kecelakaan. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Terima Kasih

Artikel di dalam blog ini, boleh di ubah, dari semasa ke semasa, bergantung kepada situasi