Safirul Amar Azmi Blog! jombuatduit SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE IKLAN Biztudung

Friday, March 18, 2016

Tapak Untuk Menambah Ilmu

Aplikasi media sosial tujuannya adalah untuk berkomunikasi secara dua hala dengan rakan rakan, yang jauh di rapatkan, tapi janganlah aplikasi dan gadjet ini menjauhkan lagi hubungan anda dengan orang yang tersayang seperti keluarga anda dan orang yang terdekat.

Aplikasi media sosial yang popular di gunakan adalah seperti whats app, we chat, telegram, facebook, dan yang terbaru (baru tahu) ialah Bee Talk, fungsinya sama, iaitu untuk tujuan berkomunikasi, tapi apa yang 'menyedihkan' menjadi tempat urusniaga 'sewa beli', pemerdagangan manusia, dan bercerita, berbual mengenai topik yang tidak berfaedah, tak membina dan boleh merosakkan, kebanjiran cerita berkaitan seks secara terbuka di bualkan lelaki dan perempuan, tanpa segan silu, jika melayan, boleh menjadi lebih serius!

Jadi kan lah medium media sosial ini sebagai tapak untuk menambah ilmu, tambah rakan rakan yang bagus, dan tidak mengambil kesempatan dan aniaya orang lain. Jika mahu berniaga pun, apa salahnya..gunakan sebaik baiknya.

PENAFIAN

Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan, kematian, atau sebarang kecelakaan. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Terima Kasih

Artikel di dalam blog ini, boleh di ubah, dari semasa ke semasa, bergantung kepada situasi