Safirul Amar Azmi Blog! jombuatduit SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE IKLAN Biztudung

Friday, September 29, 2017

Kenapa Perlu Kedekut

Pelik dengan sikap peniaga yang terlalu berkira (kedekut) terutamanya bila bercerita nak kembangkan perniagaan mereka supaya lebih berdaya saing dan bertahan lama. Sebenarnya perkara ini sudah lama berlaku, dan yang terbaru, dapat lagi panggilan dari peniaga, katanya nak buat iklan burger bergerak gerak (ala ala video animated) macam iklan iklan syarikat franchise buat , dan letakkan di facebook, blog atau dan sebagainya yang patut di letak.

Kata nya lagi, nak buat gempak sama, siap tunjuk lagi contoh contoh, oh....demand macam macam, aku dengar je la sampai habis dia cakap, dan aku tunjukkan contoh contoh yang aku telah buat....sebenarnya boleh guna pelbagai option samaada guna perisian video, photoshop (animation timeline) dan boleh je guna Adobe Flash. Cuma satu je aku minta...beri gambar gambar dan teks berkaitan yang di sajikan lah di kedainya lah! (itu belum lagi gambar peniaga tu sent guna whats app).

Bersemangat peniaga tu bercakap.......nak itu, nak ini, suasana senyap sekejap, aku pun minum air...dan lepas minum , aku pun mula bercakap, boleh buat! dan bagi masa seminggu untuk siapkan, dan harga nya ? ..........heee, RM 600. dan selepas tawar menawar, last RM 350.

Peniaga tu setuju dan dalam masa yang sama, katanya akan hantar gambar menu dalam masa yang terdekat, dan sampai ke sekarang..senyap dan langsung tak berbunyi. Macam dalam gua....senyap sunyi, menunjukkan tanda tak berminat..hehe


Wednesday, September 27, 2017

Niat Baik Di Salah Erti

Aku memang dari dulu suka bantu orang, dan tak mengharapkan sebarang balasan,bukan nak mengungkit, tapi itu lah hakikatnya bagi sesiapa yang kenal aku,  mereka tahulah aku macamana, banyak peniaga peniaga kecil kecilan yang aku bantu, bukan dengan wang ringgit, tapi permudahkan urusan mereka, yang mudah jangan di susahkan. 

Kebetulan, aku ada ramai kawan di agensi agensi kerajaan, senanglah nak berurusan tanpa birokrasi. Yang penting...semua urusan selesai. 

Sebenarnya banyak perkara boleh di selesaikan secara baik, kalau kena dengan caranya..kalau kita bantu dan permudahkan urusan orang, inshallah Allah akan permudahkan urusan kita kelak. Percayalah.

Tapi malangnya..ada mulut mulut jahat yang menuduh aku menerima sesuatu lah, makan komisyen la, itulah..apa nak di cakapkan lagi, niat kita ikhlas..biarlah apa orang nak kata...mulut orang tak boleh tutup, cakap lah apa nak cakap..yang penting aku puas dengan apa aku lakukan, bukan nya nak menjadi ahli politik, jauh sekali..cuma apa yang aku minta orang yang aku bantu..doakan agar aku sentiasa di murahkan rezeki. Amin

Kursus Joomla Bagi Penjawat Awam

Pada 18-19 September 2017, aku telah di jemput untuk mengajar subjek Joomla, untuk penjawat awam di MITC, Melaka,  kelas yang berlangsung selama 2 hari ini, berjalan lancar tanpa ada sebarang masalah, dan rata rata semua peserta berjaya membina website mereka sendiri. Alhamdulillah...

Antara topik yang aku ajar ialah seperti installation joomla, fix error database loading, add article, create menus & submenu , CSS, edit templates, installation plug in, setup layout preview module position, module dan component dan banyak lagi lah.

Sebenarnya tersangat lah mudah nak bina sebuah laman web, tak sampai 15 minit pun, hanya semudah makan kacang, yang penting fokus dan bijak ambil peluang yang terhidang (jika terdapat kursus sebegini), ayuh sertai..

Perlawanan Bola Liga Super

Salam semua dan selamat sejahtera, hari ini 29/07/2017 ada perlawanan bola sepak liga super di mana Melaka united akan menentang Selangor, ermm ikutkan hati malas nak tengok sebab sakit hati bila tengok bola, rasa macam nak kena sakit jantung, bila player tak score bila depan ada peluang..ending nya mesti kalah, tapi apa nak di katakan, itulah perlawanan, ada menang dan ada kalah. Tapi yang tak tahan nya, mandang kalah je...haha.

Aku tak minat bola, tapi sebab ada orang sponsor tiket bola liga super percuma, aku datang tengok la, apa lagi, aku datang stadium lah, bukan apa, untuk santai santai dan merehatkan minda...sekali sekala kena reward diri dengan aktiviti riadah macam ini, asyik sibuk kerja je..sampaikan takde masa untuk diri sendiri.

Pergi kerja pagi, balik malam, lepas tu rehat, tidur, esok pergi kerja lagi...seperti biasa. Langsung tiada masa nak rehat kan diri...asal balik rumah je stress...

Tuesday, September 26, 2017

Gurau Sikit Pun Tak Boleh

Haritu semasa pulang dari kerja, ketika dalam perjalanan, ternampak anjing tengah melepak di tepi jalan, fikiran aku takde fikir apa apa, cuma fikir macam mana nak selesaikan isu coding error system yang di bangunkan...pening kepala memikirkan. 

Macam best je anjing tu melepak sambil pandang kiri kanan, bila sampai je dekat dengan anjing tu, tiba tiba dia pandang aku, macam nak ajak berbual, sekali....nah kau! dia mengamuk bangun terus kejar aku...aku bawa skuter, nampak macam laju, padahal semput....nak speed pun ambil masa...nasib baik anjing tu tak dapat gigit aku... 

Anjing tu macam dendam dengan aku dah lama...orang kata dah memang 'EM' lama.....apa taknya, setiap kali aku lalu depan anjing tu, aku tekan hon lepas tu pandang 'sleck', hampir setiap hari waktu petang, dia terperanjat...haha..saja je menyakat, sebab hari hari anjing tu akan landing kat area situ. 

di kejar anjing

Haiwan pun ada perasaan, ini kan manusia, kalau nak bergurau biarlah berpada pada...jangan keterlaluan, apa pun, sebab apa, aku hon anjing tu, bukan niat nak menyakat sebenarnya, tapi sebab nak dia sedar supaya jangan melintas, karang eksiden siapa nak menjawab...jangan main main.ala, nak gurau gurau sikit pun tak boleh!

Monday, September 25, 2017

Cuma Nak Bagitahu

Alhamdullillah result exam semester dah keluar, aku lulus dengan jayanya, risau aku, sebab carrymark rendah, tersalah sent assignment, bagi yang tak lengkap, tu yang markah pun tak lengkap, hehe, diam tak diam lagi 1 semester, lepas tu merdeka!! im free like eagle fly free, sekejap je masa berlalu, 4 tahun dah. Susah betul bila belajar sambil bekerja ni, apa pun, ada masam, pahit dan manis ketika masih awal belajar. Susah senang kepayahan hanya aku yang tahu, betapa struggle nya aku...kena korbankan masa.

Kepada korang semua yang rasa rasa otak dah tepu tu, cuba test diri korang semua, better sambung belajar, tak kira lah diploma, master, degree dan sebagainya..mula mula macam tak yakin nak sambung belajar, ape taknya, lepas 8 tahun dapat diploma, baru nak sambung...diam tak diam ..dah nak habis dah..macam tak percaya pun ada..apa pun, cuma nak bagitau korang...nak bagitahu sikit lah..

Aku dapat iklan baru CPUV lagi! haha ....dah mula meriah nuffnang, kalau tak, hidup segan,mati tak mahu..harap harap melekat lah lebih lama, supaya dapatlah aku membayar duit belajar...haha

cuma nak bagitahu

Thursday, September 21, 2017

Transfer You Data

You ever had problem transfer data your Smartphone into usb sandisk dual storage ? Normally every smartphone have their function to setting, thats why you cannot directly plug and make instant transfer. Actually, you need to go to setting and enable some function.

Nowadays, we have many brand where they invent smart devices such as oppo, vivo, samsung, apply and others which is more cheaper with higher storage capacity, sometime, usage storage full when too many friend share video, picture and audio in apps such as whats app, wechat, facebook or others. for the media social, maybe you can setting to set off auto download when using data or wifi. hehe

For the vivo 5 plus or others vivo smartphone maybe, you can use this proper way to transfer you data into USB Sandisk dual, you can go to ;


Tuesday, September 19, 2017

Fixing Error Joomla 3 Still Loading Installing

Hi, i want to share this tutorial how to Fixing Error Joomla 3 is still loading installing, I will  show and guide you how to solve and fixing error in joomla 3 where is the 'big problem' appear when making installation database in joomla version 3.7.4, it usually happen in installation process, many user who using joomla 3.7.xx  version will face this problem espesially in database part at the last step.

Finally im got best way which is how to solve and fix this problem, very easy and usefull for me. Will share what i'm know for you and also as my references for future. Hence, please follow the instruction that i'm write here completely with the attachment for simplify you to understand.
Generally, after extract the joomla.zip into folder in xampp/htdocs, user must open the browser and run the next step to complete the installation process, for the example : localhost/namefolder . You will see this page if dont have problem (see the picture 1A below).


Wednesday, September 13, 2017

Dapatkan Sijil Perniagaan SSM Secara Online

Sijil SSM hilang ? Tak dapat di kesan ?  Jangan risau, tidak perlu ke cawangan SSM lagi dan menunggu giliran, kini korang boleh mendapatkan sijil perniagaan ssm (bussiness certificate) hanya secara online (atas talian), dah tak perlu lagi nak ke cawangan SSM yang jauh dan beratur panjang, buang masa dan kos sahaja! kini, hanya online sahaja, sudah boleh mendapatkan sijil perniagaan!

Bayaran untuk mendapatkan sijil perniagaan hanya dalam lebih kurang Rm 21, termasuk service fee, GST dan lain lain. lebih kurang dalam RM 22.00 camtu lah, sediakan duit cukup cukup dalam kaaun bank, jika nak buat pembayaran melalui online banking.

rahsia aiskrim

So, lepas ni kalau sijil hilang, tak perlu risau dan panik. Boleh dapatkan kembali dan boleh cetak semula sijil tersebut, semua proses hanya dalam aplikasi MyData ini.

Ok, cara cara untuk mendapatkan sijil perniagaan SSM secara online ialah seperti di bawah, hanya ikut proses yang dinyatakan.


Wednesday, September 06, 2017

Makan Keledek Lebih Baik

Zaman sekarang semakin mencabar, harga barang dan kos sara hidup lebih tinggi  dari pendapatan, itu di namakan inflasi, kepada korang semua berhati hati dengan syarikat yang dalam diam diam menaikkan kadar harga (tolak dari Online Banking) tanpa memberitahu customer mereka terlebih dahulu, dan seterusnya, mengeluarkan laporan tunggakan, jika tunggakan sudah terkumpul banyak mungkin akaun akan menjadi tidak aktif, dan seterusnya tidak boleh membuat tuntutan bayaran.

Bagi yang membuat potongan secara online banking, berhati hati dan sentiasa lah menyemak transaksi akaun bank anda. Jangan jadi macam aku, potongan setiap bulan tolak dari akaun, lepas tu sampai masa dapat mesej mengatakan ada tunggakan berbulan bulan.

Rekod transaksi pula 3 bulan sebelum sahaja....aku ambil keputusan untuk terminate sahaja. Banyak akal syarikat insuran ni...orang melaka panggil keledek lebih! Awal awal je, support customer, bila dah bertahun, di buangnye terbiar macam tu je tanpa ada apa apa pemberitahuan penting.  

Makan keledek lebih baik, silap aku maybe sebab tak baca agreement yang akan ada increment bila keadaan semasa mendesak! ermmm

PENAFIAN

Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan, kematian, atau sebarang kecelakaan. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Terima Kasih

Artikel di dalam blog ini, boleh di ubah, dari semasa ke semasa, bergantung kepada situasi