blogbanner2020betul skytech2020new iklansewa

26 Nov 2017

5 Perkara Wajib Aku Buat Ketika Akses Blog

Salam semua, cuti hujung minggu sudah tamat...dan esok kembali bekerja..ermm, sedih! baru sempat update entri yang terbaru, sebab ada urusan kerja yang perlu di selesaikan di hujung minggu..preparation untuk mengajar membina laman web di Port Dickson...

Namun di dalam kesibukan tugas, masih sempat jengah blog aku...melihat entri rakan rakan, dan reply entri mereka..bukan susah pun, guna handphone je kan..hanya perlu register emel bloggers anda di handphone...sahaja, menaip komen hanya semudah menaip di whats app....hehe, Mari lihat apa perkara yang wajib aku buat ketika melayari blog sendiri...ini untuk memastikan blog kita sentiasa dikunjungi oleh rakan rakan blog dan orang luar...ketika membuat carian di google.


Anda Mungkin Meminati :

22 Nov 2017

Keracunan Makanan

Aku jarang sakit teruk dan tak suka ke klinik apatah lagi nak kena makan ubat...dan hari ini result dari doktor, aku di sahkan keracunan makanan, seksa nya hanya Tuhan je yang tahu, ingat kan sakit apa, gastrik atau apa sakit, rupa rupa nya keracunan makanan....dan hari ini hanya makan sup kosong dan nasi sedikit..sebab perut kosong, doktor minta berehat dan jangan makan dahulu..cuma makan ubat yang di berikan dan minum air garam, dan di sebelah petang..jika sudah ok baru boleh jamah sedikit nasi dan sup panas.

Simptom food poisoning yang aku kena semalam, ialah seperti loya dan tiada selera makan, tekak rasa nak makan sebab lapar..tapi bila masuk dalam mulut....nah ! termuntah muntah...loya tekak, minum air kosong pun loya. Hari ini ke klinik sebab tak tahan dah..kerja banyak, kalau sakit macam ini...memang banyak lah yang pending dan rugi...Alhamdulillah dapat MC 1 hari, so boleh lah beri reason pada orang yang tak 'faham'...boleh lah berehat tanpa sebarang gangguan.  hehe

Semalam, apa yang aku ingat...memang tak makan sangat pun sebab sibuk dengan urusan kerja...cuma aku makan hotdog dan roti, letak sos cili..lepas tu, lunch, aku makan nasi goreng, kuantiti medium....petang tu, perut dah rasa lain macam...dan migrain. Aku fikir..maybe aku kurang makan, tuh yang perut rasa lain macam berkeruk keruk dan sakit, masa pulang dari tempat kerja, rasa lapar nak makan, aku pun singgah ke kedai makan, dan order nasi dan lauk daging goreng kunyit...bila telan...tekak loya...dan akhirnya kat kedai makan tu juga terkeluar semua....tapi bukan depan orang ramai lah...sebab orang tengah makan kan...panggil pekerja kedai kira dan bayar..lepas tu start engine dan drive ke depan sikit...hehe, berhenti tepi jalan...muntah..lah apa lagi...!! Sayang nasi tak habis di makan...apa nak dikatakan...kalau dah takde selera...jangan lah di paksa...mungkin bukan rezeki aku...


Anda Mungkin Meminati :

21 Nov 2017

Dulu Bodoh Sekarang Pandai Sikit

Minggu ini sahaja ,aku terima banyak panggilan dari luar melaka cuba hubungi aku, antara nombor nombornya seperti 03246xxxx macam tulah lebih kurang, bermula dari yang 10 digit hinggalah ke 4-5 digit 22333, malas ah nak jawab panggilan, maklumlah sudah terkena panggilan scammers dari sarjan penipu tempohari. Fobia beb, 3 jam, murung sekejap semata mata nak beri kerjasama sepenuhnya, Rasa serik nak jawab panggilan lagi. Yang peliknya, purata panggilan setiap hari sampai 5-6 kali nombor yang hampir sama bermula dari 03-xxxx yang hubungi, mungkin bank ? atau mungkin orang ramai yang ingin bertanyakan sesuatu ? atau mungkin inspektor polis?

Hampir menangis jugalah di soal siasat, sampai merayu rayu minta selesaikan cara baik, cuma pada hari minggu lepas, terjawab call dari pihak bank berkenaan insuran kelompok mereka, ermm, bank pun dah promote insuran melalui panggilan telefon, dan jawapan yang aku berikan tidak dan sila hubungi semula, kerana berada di luar kawasan. Lepas tu silent telefon.


Anda Mungkin Meminati :

11 Nov 2017

Ternampak Geng Kunyit Bersama Sama

Selamat hari sabtu semua...apa aktiviti korang semua hari ini ? minggu ini takde program, so, sabtu ahad duduk rumah je..malas nak keluar rumah, sebab cuaca panas..hari ini nak habiskan masa di dapur..nak memasak! mula mula plan nak masak sambal sardin..dan sayur campur...tapi ternampak pula geng geng kunyit bersama sama dekat tepi peti ais....hah, apa lagi, kalau dah nampak geng kunyit, teringat pula masak lemak cili api...! peh sedap tu..ok, kita masak lauk ikan masak lemak cili padi lah!

Bahan bahan yang di perlukan untuk masak lemak cili padi..senang je, kalau ikut resepi aku, 3 ulas bawang merah, 3 ulas bawang putih, 2 ulas kunyit, udang kering,  serai 2 batang..dan santan kotak. Sekarang ni nak cari santan original susah sikit...so, pakai santan kotak je...blender bahan bahan tersebut, kecuali santan dan serai ...haha, jangan nanti korang blender santan lak...


Anda Mungkin Meminati :

10 Nov 2017

Muka Aku Masuk Surat Khabar

Wah..Muka Aku Masuk Surat Khabar Melaka wei di akhbar melaka hari ini lah beb, haha, gambar ni masa meeting dengan Datuk di negeri melaka, berkenaan program besar yang akan diadakan di Melaka pada November ini. Bahagian aku kena buat publisiti dan promosi dan kena bantu secara belakang tabir program ini, ermm

muka masuk paper beb

Saja je semak akhbar melaka hari ini, sebab nak cari bahan dan artikel yang menarik, mana lah tahu ada jawatan kosong ke, boleh la apply cuba nasib, belek punya belek, sekali ternampak pula gambar aku yang hensem macam remy ishak ni, terasa macam artis lak, tapi kesian takde siapa pun yang perasan, sebab orang Melaka, susah nak dapatkan akhbar Melaka Hari Ini, terhad dan kalau nak dapatkan kena pergi japerun yang berhampiran rasanya.


Anda Mungkin Meminati :

9 Nov 2017

Cara Cara Untuk Install Teamviewer

Remote desktop ataupun aplikasi teamviewer merupakan satu cara untuk akses komputer ke komputer yang lain melalui talian internet atau rangkaian wireless. Tambahan lagi, jika sesuatu lokasi itu jauh dan memerlukan masa untuk ke lokasi, jadi penyelesaiannya, dengan cara remote menggunakan teamviewer. Jimat masa, tenaga dan kos. Hanya dapatkan ID dan Password komputer dan selepas itu, anda boleh akses komputer tersebut tanpa perlu ke lokasi sebagai contoh, rumah dan pejabat. Untuk memuat turun remote teamviewer, boleh tekan di SINI

Jadi usah panik apabila menerima arahan perintah berkurung atau kawalan pergerakan, dengan aplikasi Teamviewer anda boleh mengakses komputer di pejabat, hanya perlu mendapatkan ID dan katalaluan sahaja, tapi sebelum mendapatkan id dan password, anda kena install juga teamviewer di komputer yang hendak anda akses itu.

Ok, di bahagian bawah ada Cara Cara Untuk Install Teamviewer , boleh la download, selepas itu install seperti biasa, ikuti langkah satu persatu, dan jika terdapat error, pergi ke installer teamviewer, contoh : TeamViewer_Setup.exe dan right click Run As Administrator. Mari lihat Cara Cara Untuk Install Teamviewer di bawah ini,
 

Anda Mungkin Meminati :

Macam Macam Hal Pelik Di Zaman Ini

Macam macam ayat ada di SMS di masa millenium ni...kadang kadang pening nak faham, kejap ada huruf kecik besar, lepas tu ada nombor...erm pelik pelik, macam mana lah korang baca eh...apa pun, ini sangat berguna sebagai ibu bapa untuk kenal pasti ayat ayat anak anak mereka, terutamanya jika anak anak mereka menggunakan smartphone. Tujuan ibu bapa beri smartphone tu bukannya untuk mengenyam atau mencari kenalan ye anak anak, tapi untuk berhubung (connecting) dan berkomunikasi, jika berlaku kecemasan...mudah untuk di hubungi.

Dulu masa di sekolah, masa zaman aku lah..kalau nak kutuk dan mengumpat orang..cuma tambah huruf je kat perkataan yang korang nak sebut...contoh nya : muka hodoh dan takde otak... tambahkan apa apa 2 huruf contohnya...huruf ZA ..maka akan jadi ayat seperti ini : Mukaza hodohza danza takdeza otakza..hahahah...kena cakap laju laju...dan hanya orang yang faham je, yang boleh reply semula..dengan cara ayat yang sama...


Anda Mungkin Meminati :

8 Nov 2017

Bila Longkang Penuh Air

Bila Longkang Penuh Air itu tandanya kita perlu bersiap sedia, untuk menghadapi musibah banjir, kalau di negeri Melaka biasanya kawasan yang biasanya terlibat banjir ialah seperti di Batu Berendan dan Taman Merdeka, kawasan yang di penuhi air sekarang ini, longkang pun hampir penuh, di taman merdeka.

Melaka sekarang ni cuaca tak menentu, siang panas, malam hujan, cuma malam tadi hujan lebat. risau bila hujan turun tanpa henti, Bila Longkang Penuh Air, air sungai pun penuh, risau berlaku banjir, tanda tanda sudah ada.


Anda Mungkin Meminati :

Sekadar Renungan Bersama

Entri ini bukan lah nak tunjuk riak ataupun nak tunjuk bagus..cuma sekadar renungan bersama..aku selalu dengar di radio, lihat di televisyen tentang kelebihan bersedekah....dan aku percaya Tuhan sentiasa melihat perbuatan seharian kita...yang penting niat kita...sama lah juga, seperti melaksanakan tugas...jika bangun pagi, kita niat pergi kerja untuk dapatkan rezeki buat anak dan isteri kita...inshaallah segala apa yang kita lakukan di pejabat di permudahkan dan di berkati...duit yang di perolehi setiap bulan pun berkat....

Sama lah seperti bersedekah....kadang kadang ada timbal balik dari apa yang kita perolehi..contoh nya gaji yang kita dapat....dan adakah gaji atau wang yang di perolehi itu..benar benar milik anda ? setelah di tolak tambah dengan aktiviti 'mencuri tulang' seperti minum pagi berjam jam..menonton video di komputer pejabat..mencuri masa kerja dengan berborak dan bergosip, palsukan elaun lebih masa dan sebagainya lah! Betulkah itu wang itu sepenuhnya milik kita ? cuma amalkan ...memberi, iaitu bersedekah samaada dengan wang ringgit ataupun harta benda...bila sudah memberi, janganlah pula mempersoalkan pula...sudah jadi tidak ikhlas..

Peh..dah macam ustaz pula kan ? haha....ubah lah...beri lah walau sedikit pun...tapi besar nilainya di mata yang menerima itu...


Anda Mungkin Meminati :

6 Nov 2017

Senarai Nama Jabatan Menara Persekutuan Melaka

Dulu masa awal 90 an, masa aku kecik kecik...bila ikut nenek atau mak ke pejabat kerajaan atau hospital, bila naik lif, mesti ada orang tukang tekan (pekerja) yang mana kerja nya tekan butang nombor je...orang sebut nombor, dia tekan...ermm siap ada kerusi duduk lagi...haha...tapi sekarang ni ? pandai pandai lah korang tekan lif ye...mudah je kan...

Bila naik lif, kadang kadang fobia dan trauma...sebab dua tiga kali, naik lif...lif rosak...memang seram, bila lif rosak, lampu pun terpadam..line HP jangan cakap lah, memang tak dapat langsung....boleh lemas beb...sebab gelap..boleh baca kisah lif di sini


Tadi tengahari, aku pergi mesyuarat di tingkat 17, menara persekutuan....dan sempat snap gambar senarai nama jabatan di Menara Persekutuan Melaka, Ayer Keroh Melaka. Gambar senarai nama jabatan di menara persekutuan di Melaka di ambil semasa dalam berada dalam lif. Harap sebagai panduan korang yang membaca artikel ini. just for info je...ada ramai di luar sana yang tak tahu..jadi, kalau korang semua ada urusan di Menara Persekutuan, Ayer Keroh..dan tak tahu agensi / jabatan yang nak di tuju tu di aras mana...boleh lah jadikan senarai yang aku paparkan ini sebagai rujukan, dan prepare dulu...kalau tak prepare nanti mengelabah nak cari...


Anda Mungkin Meminati :

Doa Ku Pada Tuhan

Entah mengapa sejak akhir akhir ni, rasa macam tak sedap hati je (macam lirik lagu kan)...aku pun tak tahu kenapa, padahal semua job dah delivery..macam ada sesuatu yang tak complete..dan doa ku pada tuhan agar semuannya lancar dan di permudahkan urusan....

Lama dah tak check akaun nuffnang...dan apabila buka nuffnang account, Wow...banyak pula iklan yang berjoget joget di CPUV nuffnang....kali ni bukan biasa biasa...tapi lebih mengujakan...sebab apa ? sebab banyak iklan melekat dan dapat bonus CTR....walaupun, tak lepas RM 1 pun, tapi yang pasti dan aku berharap..agar duduk lah lama lama sikit, baru syiok...haha

CPUV Nuffnang Safirul Amar



Anda Mungkin Meminati :

2 Nov 2017

Jangan Lepaskan Peluang Ini

Kepada sesiapa yang ingin menjelaskan saman kompaun letak kereta, ada berita baik untuk anda..di mana Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya akan mengadakan promosi diskaun besar besaran sebanyak 60 % diskaun kepada pesalah pesalah parking letak kereta..jangan lepaskan peluang ini...sementara ada masa promosi diskaun ini, baiklah lunaskan bayaran saman yang tertunggak sebelum tindakan mahkamah di laksanakan.

Kali ini promosi di jalan kan selama tiga (3) bulan, bermula dari 1 November 2017 sehingga 31 Januari 2018. Bayaran dan diskaun untuk promosi boleh di bayar di Aras 2, Kaunter kompleks melaka mall pada isnin - jumaat, manakala bagi sabtu dan ahad...kaunter promosi diskaun akan di buka di Mydin Ayer Keroh dan Aras bawah, Family Store, Kompleks Melaka Mall....bermula jam 9.00 pagi hingga 10.00 Malam.

JANGAN LEPASKAN PELUANG

Promosi ini katanya bagi mengelakkan tungakkan hasil yang terlalu tinggi di pihak Majlis...dan rata rata pesalah, kebanyakkannya berada di luar negeri Melaka...dan untuk membayar saman, agak susah di sebabkan terlalu jauh jarak lokasi mereka dengan kaunter pembayaran pihak Majlis..itulah alasan yang seringkali di terima. Jadi pihak Majlis, telah mewujudkan saluran pembayaran online dan boleh bayar menggunakan khidmat wang pos.


Anda Mungkin Meminati :

PENAFIAN

Ini adalah Blog Peribadi Penulis. Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan,Mulut Berbuih, Kematian, Pengsan atau Sebarang Kecelakaan dan Penyakit Berjangkit. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Artikel boleh di ubah, mengikut situasi semasa, Terima Kasih