Pelik dengan sikap peniaga yang terlalu berkira (kedekut) terutamanya bila bercerita nak kembangkan perniagaan mereka supaya lebih berdaya saing dan bertahan lama. Sebenarnya perkara ini sudah lama berlaku, dan yang terbaru, dapat lagi panggilan dari peniaga, katanya nak buat iklan burger bergerak gerak (ala ala video animated) macam iklan iklan syarikat franchise buat , dan letakkan di facebook, blog atau dan sebagainya yang patut di letak.
Kata nya lagi, nak buat gempak sama, siap tunjuk lagi contoh contoh, oh....demand macam macam, aku dengar je la sampai habis dia cakap, dan aku tunjukkan contoh contoh yang aku telah buat....sebenarnya boleh guna pelbagai option samaada guna perisian video, photoshop (animation timeline) dan boleh je guna Adobe Flash. Cuma satu je aku minta...beri gambar gambar dan teks berkaitan yang di sajikan lah di kedainya lah! (itu belum lagi gambar peniaga tu sent guna whats app).
Bersemangat peniaga tu bercakap.......nak itu, nak ini, suasana senyap sekejap, aku pun minum air...dan lepas minum , aku pun mula bercakap, boleh buat! dan bagi masa seminggu untuk siapkan, dan harga nya ? ..........heee, RM 600. dan selepas tawar menawar, last RM 350.
Peniaga tu setuju dan dalam masa yang sama, katanya akan hantar gambar menu dalam masa yang terdekat, dan sampai ke sekarang..senyap dan langsung tak berbunyi. Macam dalam gua....senyap sunyi, menunjukkan tanda tak berminat..hehe