Safirul Amar Azmi Blog! jombuatduit UA SIGNATURE SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE IKLAN Biztudung

Thursday, November 02, 2017

Jangan Lepaskan Peluang Ini

Kepada sesiapa yang ingin menjelaskan saman kompaun letak kereta, ada berita baik untuk anda..di mana Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya akan mengadakan promosi diskaun besar besaran sebanyak 60 % diskaun kepada pesalah pesalah parking letak kereta..jangan lepaskan peluang ini...sementara ada masa promosi diskaun ini, baiklah lunaskan bayaran saman yang tertunggak sebelum tindakan mahkamah di laksanakan.

Kali ini promosi di jalan kan selama tiga (3) bulan, bermula dari 1 November 2017 sehingga 31 Januari 2018. Bayaran dan diskaun untuk promosi boleh di bayar di Aras 2, Kaunter kompleks melaka mall pada isnin - jumaat, manakala bagi sabtu dan ahad...kaunter promosi diskaun akan di buka di Mydin Ayer Keroh dan Aras bawah, Family Store, Kompleks Melaka Mall....bermula jam 9.00 pagi hingga 10.00 Malam...


JANGAN LEPASKAN PELUANG

Promosi ini katanya bagi mengelakkan tungakkan hasil yang terlalu tinggi di pihak Majlis...dan rata rata pesalah, kebanyakkannya berada di luar negeri Melaka...dan untuk membayar saman, agak susah di sebabkan terlalu jauh jarak lokasi mereka dengan kaunter pembayaran pihak Majlis..itulah alasan yang seringkali di terima. Jadi pihak Majlis, telah mewujudkan saluran pembayaran online dan boleh bayar menggunakan khidmat wang pos....

PENAFIAN

Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan, kematian, atau sebarang kecelakaan. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Terima Kasih

Artikel di dalam blog ini, boleh di ubah, dari semasa ke semasa, bergantung kepada situasi