banner-2017-mcj bkecik-skytech

Thursday, November 09, 2017

Cara Untuk Install Teamviewer

Remote desktop ataupun aplikasi teamviewer merupakan satu cara untuk akses komputer ke komputer yang lain melalui talian internet atau wireless connection. Tambahan lagi, jika sesuatu lokasi itu jauh dan memerlukan masa untuk ke lokasi..jadi penyelesaiannya, dengan cara remote menggunakan teamviewer. Jimat masa, tenaga dan kos. Hanya dapatkan ID dan Password komputer dan selepas itu, anda boleh akses komputer tersebut tanpa perlu ke lokasi. Sebagai contoh, Rumah dan pejabat. 

Untuk memuat turun remote teamviewer boleh muat turun di SINI .

Boleh la download..selepas itu install seperti biasa..dan jika terdapat error, pergi ke installer teamviewer, contoh : TeamViewer_Setup.exe dan right click Run As Administrator.


Macam Macam Hal Pelik Di Zaman Ini

Macam macam ayat ada di SMS di masa millenium ni...kadang kadang pening nak faham, kejap ada huruf kecik besar, lepas tu ada nombor...erm pelik pelik, macam mana lah korang baca eh...apa pun, ini sangat berguna sebagai ibu bapa untuk kenal pasti ayat ayat anak anak mereka, terutamanya jika anak anak mereka menggunakan smartphone. Tujuan ibu bapa beri smartphone tu bukannya untuk mengenyam atau mencari kenalan ye anak anak, tapi untuk berhubung (connecting) dan berkomunikasi, jika berlaku kecemasan...mudah untuk di hubungi.

Dulu masa di sekolah, masa zaman aku lah..kalau nak kutuk dan mengumpat orang..cuma tambah huruf je kat perkataan yang korang nak sebut...contoh nya : muka hodoh dan takde otak... tambahkan apa apa 2 huruf contohnya...huruf ZA ..maka akan jadi ayat seperti ini : Mukaza hodohza danza takdeza otakza..hahahah...kena cakap laju laju...dan hanya orang yang faham je, yang boleh reply semula..dengan cara ayat yang sama...

PENAFIAN

Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan, kematian, atau sebarang kecelakaan. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Terima Kasih

Artikel di dalam blog ini, boleh di ubah, dari semasa ke semasa, bergantung kepada situasi