Safirul Amar Azmi Blog! SKYTECH CREATIVE IKLAN UA SIGNATURE SKYTECH CREATIVE

Tuesday, November 14, 2017

Masjid Cina Negeri Melaka

Belek gambar di dalam handphone, sebab nak remove gambar gambar yang banyak sangat, handphone pun hang dibuatnya ternampak pula gambar lama (2 bulan lepas) semasa bersembahyang di Masjid Cina Negeri Melaka....first time aku ke sini, sebelum ini hanya dengar je apa orang cakap pasal masjid ini ...jadi pada suatu hari tu, aku pun pelawa lah ayah aku ke sana..yelah, nak juga tengok senibina nya..tengok gambar dari kawan kawan, menarik dan cantik senibina nya...

Masjid Cina Negeri Melaka
Masjid cina melaka merupakan masjid ketiga selepas masjid Muhamadiah di Ipoh dan Masjid Cina di Rantau Panjang Kelantan yang di bina di Malaysia bercirikan seni bina Negeri Cina...Mula beroperasi pada 27 Jun 2014. Konsep seni bina masjid ini adalah hasil gabungan reka bentuk dari masjid di negeri cina termasuk di Beijing, Shanghai dan Xian.

Lebih Suka Dan Selesa

Seawal jam 7.30 pagi, aku sudah bangun untuk ke pejabat, hari ini banyak meeting dan jumpa orang pasal job design, tapi apa yang aku risau, hujan turun lebat seawal 2.30 pagi di Melaka sehinggalah  sekarang..hujan rahmat selepas musim panas di melaka dan kebetulan sekarang ini musim tengkujuh, jadi memang sudah di jangka....

Oleh kerana aku ke pejabat dengan menunggang motor, semua aktiviti dan meeting tergendala seketika, sebab aku lebih suka dan selesa menaiki motor....boleh cilok dan pantas..lampu isyarat memang banyak gila di Melaka..better naik motor, jimat dan pantas! Bukan tak boleh bawa kereta, tapi tengok lah keperluan..jika nak pergi bercuti, beli sofa atau long distance, baru bawa lah kereta...hehe

Cabaran yang biasa di hadapi, seperti hari ini lah, hujan lebat ! ...tapi tak selalu, biasalah, ada hujan dan ada panas....kerja tuhan, siapa yang tahu? bukan tiada kereta..ada, cuma dah terbiasa pantas naik motor....sebab bila naik motor, dapat rasa fresh air dan boleh cilok cilok mana mana je..kalau bawa kereta, mana dapat cilok cilok! waktu hujan kalau di melaka, kau bawa kereta, jangan lah expect akan cepat sampai ke destinasi yang kau nak tuju...sama juga, lambat, jammed jalan, tambahan lagi di waktu hujan...memang jammed lah!

PENAFIAN

Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan, kematian, atau sebarang kecelakaan. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Terima Kasih

Artikel di dalam blog ini, boleh di ubah, dari semasa ke semasa, bergantung kepada situasi