Safirul Amar Azmi Blog! jombuatduit UA SIGNATURE SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE IKLAN Biztudung

Friday, November 24, 2017

Kecewa Dengan Mentaliti Kolot

Entri ini berkenaan luahan rasa hati yang kecewa dengan sikap rakan yang tak berapa profesional dan tidak percaya pada ketentuan rezeki, adat di dalam perniagaan, ada untung dan ada kala rugi, tapi kalau sudah tertulis rezeki itu milik kita...kita akan dapat, semua itu perancangan dari Nya..yang adil dan pasti beri pada setiap hamba Nya...yang sentiasa berusaha dan kerja keras, demi mencari sesuap nasi.

Tiada isu dalam fikiran aku untuk untuk memintas kerja (job) orang lain, dan jika tawaran harga dan kualiti kerja yang di berikan bagus...dia layak untuk mendapatkan pekerjaan itu...namun jika dia anggap aku sebagai satu ancaman besar pada mereka...seolah olah mereka ini tidak percaya pada ketentuan rezeki.

Itu belum kira lagi budaya yang memotong harga gila gila ...sungguh tak masuk akal harga nya...tapi apa nak buat..itu cara mereka..cara mereka branding kan produk mereka, satu sahaja yang aku pegang...kualiti dan ilmu, dan pengalaman sahaja yang membezakan, bukan nak kata bagus...yang penting ikhlas dan buat yang terbaik, betulkan niat untuk mencari rezeki....

PENAFIAN

Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan, kematian, atau sebarang kecelakaan. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Terima Kasih

Artikel di dalam blog ini, boleh di ubah, dari semasa ke semasa, bergantung kepada situasi