Banner blog safirulamar 2020 iklansafirul1

16 Agu 2018

Cara Cara Hilangkan Error Di Web Page

Artikel ini adalah cara cara untuk hilangkan error di Web Page Joomla ataupun langguage php, error seperti Notice : Undefined index option : search in C:\xampp\htdocs\ . Bila error dipaparkan tiba tiba setiap page web korang, mesti pening kepala kan? apa koding yang error tu, variable apa yang tak declare dan sebagainya, kalau di Joomla versi 2.5 atau 3.6 - ke atas, ada bahagian enable or disable error teletak di global configuration. Tapi bagaimana kalau di script language PHP? Kenapa keluar error undefined index ini di webpage korang ?

Jawapan kenapa terjadi error seperti ini ialah kerana versi PHP / Apache yang di bangunkan pada ketika itu tidak relevan lagi di gunakan pada masa ini kerana telah update versi PHP yang paling terbaru. Haish...! Cara nya untuk membaiki error Notice : Undefined index in C:\xampp\  ialah dengan menyalin dan meletakkan coding ini di bahagian atas di dalam setiap fail.php anda  yang keluar error itu. letakkan di bahagian paling atas sekali di dalam coding anda (di setiap fail php yang keluar error undefined).


Anda Mungkin Meminati :

13 Agu 2018

Tiga Sebab Kita Kesempitan Wang

Berikut ada lah tiga (3) sebab kenapa kita Kesempitan wang, mengikut pengalaman diri sendiri (apa yang terjadi) dan tidak membabitkan dengan sesiapa bagi yang hidup. Mungkin boleh ambil iktibar sedikit dari apa yang aku ingin cuba sampaikan di bawah.

Ya, banyak lagi sebab sebab kenapa kita selalu kesempitan wang kalau menurut Agama antaranya seperti wang tak berkat, wang di perolehi dari sumber yang haram, makan harta anak yatim dan sebagainya, maka nya, wang sentiasa tidak cukup, 3 (tiga) sebab yang di nyatakan di bawah adalah perkara yang biasa kita dengar, kadang kadang terjadi di dalam hidup kita, apa yang kita hadapi, dan mungkin kita lakukan dan namun masih boleh dijadikan pedoman dan iktibar.

Walau macamana pun, jika kita mempunyai Cash Flow yang teruk buat masa ini, cuba jual barang apa yang boleh di jual, tutup hutang mana yang boleh, dan taubat seterusnya bina semula hidup dan kekayaan anda. Jangan lupa belajar untuk memberi, lagi banyak kita memberi walaupun sedikit, pasti akan ada rezeki kita perolehi nanti. Boleh baca kisah memberi di sini


Anda Mungkin Meminati :

8 Agu 2018

Aplikasi Find My Device

Pening kepala sebab mencari barang yang hilang ? memang pening kepala kalau mencari barang hilang atau tercicir, apatah lagi barang yang kerap kita pegang hari hari seperti telefon, tab, ipad dan sebagainya, selagi nama nya teknologi, sudah pasti boleh di temui (inshallah), jika kita bersedia dari awal, seperti memasang (install) siap siap aplikasi Find My Device.  Jika gajet anda hilang, tercicir, atau terlupa letak di mana ? Dengan aplikasi Find My Device, inshallah pasti akan dapat di kesan...

Bagi aku aplikasi ini, memang terbaik, unik dan mudah untuk install. Tapi, tutorial Find My Device ini, lebih kepada setting di smartphone VIVO V5, sebab aku guna versi ini (agak ketinggalan). Namun begitu, smartphone terkini, keluaran seperti Vivo, Oppo, Hua Hwei ataupun jenama dari android yang lain, mungkin juga telah tersedia find apps di bahagian setting, korang hanya perlu enable dan install sahaja. Mungkin berbeza layout ataupun term ayat yang berbeza, tapi boleh cuba lihat tutorial di bawah..mana tahu sama..! Boleh ikuti langkah yang aku sediakan di bawah ini, 


Anda Mungkin Meminati :

Kisah Berjumpa Dengan Perempuan Tua

Seperti kebiasaan apabila pulang menuju ke rumah...setiba di perhentian lampu isyarat di persimpangan akan muncul si perempuan tua (india muslim) dengan bingkai gambar anak nya..meminta sedikit wang kepada orang ramai dari sebuah kereta ke sebuah kereta...perempuan tua tu bukan meminta saja saja..malah dia juga menjual tisu dan pen.

Pada suatu hari memang tiada langsung duit kecil di dalam dompet...yang ada hanyalah 2 (dua) keping RM 50, wang itu aku ingin gunakan untuk urusan kenderaan dan selebihnya belanja harian...cukup lah rasanya sampai hujung bulan....huhu.

Nak di jadikan cerita...perempuan tua itu semakin hampir...seperti biasa aku tetap 'memberi' walaupun sedikit tanpa mengambil sebarang bentuk fizikal dari perempuan itu samaada tisu mahupun pen...tapi pada kali ini, bukan terpaksa..tapi bila memikirkan kesusahan yang aku lalui pada ketika itu, rupa rupanya masih ada lagi insan yang susah, kais pagi makan pagi..kais petang makan petang..kesian.


Anda Mungkin Meminati :

6 Agu 2018

Program Amal Tanggungjawab Sosial Korporat Di SRA Jaim Limbongan

Pada 8 Julai 2018 (Ahad) yang lalu, aku bersama rakan rakan di tempat belajar, telah menjayakan aktiviti Program Amal Tanggungjawab Sosial Korporat Di SRA Jaim Limbongan Melaka, alhamdulillah aktiviti ini berjalan dengan lancar dengan cuaca yang baik, penyertaan daripada pelajar pelajar pun ramai dan mendapat sambutan mengalakkan. 

Pada hari tersebut, kami bersama sama ahli jawatankuasa alumni kelab pelajar Open Universiti Malaysia OUM, mengecat bilik kelas, menyusun buku, meja dan kerusi, dan lebih kepada aktiviti pembersihan dan mencantikan bilik kelas. program tersebut bermula pada jam 8.30 pagi hingga pukul 4.00 petang. Ahli jawatankuasa di bahagikan kepada berberapa kumpulan.

Bagi aku program CSR (corporat social responsibility) ini sangat baik dan secara tidak langsung dapat memberikan tambah nilai dan memberikan persepsi yang baik dari masyarakatkepada sesebuah agensi yang menjayakan program komuniti seperti ini. Terima kasih pihak Open Universiti Malaysia kerana menjayakan program amal sosial ini, dalam beramal, tubuh badan pun sihat.


Anda Mungkin Meminati :

Ternampak Sesuatu Yang Berbulu

Pada suatu malam ketika balik dari kerja, Ternampak Sesuatu Yang Berbulu, bergerak gerak kelihatan seperti kucing jinak ini di perkarangan rumah, comel dan kembang bulunya, dalam fikiran aku, mungkin dia lapar, terus pergi beli makanan kucing paket kecik dan letakkan air di dalam satu bekas, seronok bila lihat kucing tu gembira dan menikmati makanan nya, cantik kucing ini, bersih.

Puas juga hebahkan kan di media sosial, minta tuannya datang ambil, tapi tiada siapa yang mengaku kucing mereka, selagi tiada yang menuntut kucing ini, biar aku jaga sementera, lagipun aku teringin nak bela kucing sebenarnya, seronok bila pergi balik kerja ada kawan yang menemani setia, cantik dan bersih bulu nya.


Anda Mungkin Meminati :

PENAFIAN

Ini adalah Blog Peribadi Penulis. Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan,Mulut Berbuih, Kematian, Pengsan atau Sebarang Kecelakaan dan Penyakit Berjangkit. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Artikel boleh di ubah, mengikut situasi semasa, Terima Kasih