Banner blog safirulamar 2020 skytechcreative Pengedar Shaklee Bangi

19 Februari 2015

Seronok Melayan Karenah Anak Anak

Erm m si Qayyum Rayqal dan Sofiyyah Az Zahra takut betul nak lihat badut, entah apa yang mereka takut sangat tapi dalam masa yang sama diorang suka makan Mac Donald, mungkin sebab ada menu seperti happy meal boleh dapat mainan burger dan nugget ayam. Si abang macam biasalah tenang sahaja, tapi si adik je yang mengada ngada, badut tak gigit dia pun dia cakap badut gigit dia lah, suka mereka reka cerita seperti 'dia eeeendang (tendang) badut lah' kelakar bila layan perangai anak anak ini, seronok dengar diorang berbual, ada sahaja cerita mereka. 

Si abang ni lak boleh cakap dengan aku, cuba adik buat rambut macam daddy mesti adik takut, dan jadi badut..! ciss! rambut aku macam badut ke? Aik daddy pula yang kena ? Kurang asam bebudak ni...Kelakarlah anak anak ni...


Anda Mungkin Meminati :

10 Februari 2015

Apabila Amoi Sudah Marah

Kesian si abang (Muhammad Qayyum Rayqal) selalu kena sakat dengan aku, haha, si abang ni umur dah 5 tahun lebih, si adik lak umur 3 tahun, tapi dalam kasar kasar si abang ni, dia takut betul dengan si adik dia rupanya, kalau kena debuk dengan si adik, menangis di buatnya! , kesian, sepatutnya si abang protect si adik, ni tak, si adik lak yang menjaga abang nya, sayang dia pada abangnya, yelah, dua beradik je kan. Tapi, Apabila Amoi Sudah Marah , memang si abang kena belasah ! haha, Apa apa pun, mereka memang tidak boleh terpisah, gaduh macam mana sekalipun si abang masih mencari adiknya bila bangun tidur ke apa ke, si adik lak selalu tercari cari abangnya bila abang nya ke sekolah, yelah kan, bila jauh baru rindu, bila dekat, ada je yang tak kena.

Benci tapi rindu ? Itulah dia Si Amoi kecik ni, Apabila Amoi Sudah Marah , memang bahasa planet semua keluar, Si adik ni suka di puji, kena cakap yang elok elok je, kalau cakap yang bukan bukan memang kena marah lah jawapan nya..hehe lepas tu cakap 'taknak kawan daddy lagi, apa apa jela!'


Anda Mungkin Meminati :

8 Februari 2015

Kelihatan seronok nampaknya

Tengahari tadi sampai ke petang aku pergi mancing sebab nak tangkap ikan haruan dan ikan puyu(betuk), panas terik...migrain sekejap masa mancing tadi..sawah, parit tepi jalan banyak yang kering..yelah kan, panas berdentum. Hee

Yang ada cuma port yang biasa aku datang jelah..dekat area kandang, orang situ panggil empangan 25, harap harap dapatlah hasil seperti yang di mahukan....bolehlah daripada takde langsung lubuk..mancing jelah kat sini..

Tengah kesedapan dan syok mancing..tiba tiba si lembu ni makan rumput sampai masuk dalam tali air..kenapa kau ganggu aku cik lembu..kau makanlah jelah rumput dekat atas darat..tak perlu lah sampai ke dalam air kau masuk...sakit jiwa aku macam ni lah...meradang aku lah kalau begini jadinya..


Anda Mungkin Meminati :

7 Februari 2015

Pengaruh blog didalam masyarakat

Hehe..minggu lepas, entah tiba tiba aku rasa macam nak allow kan semua aplikasi dan website yang kena block seperti blogspot.com, facebook.com, dan segala macam macam jenis kategori, ermm lagipun jumaat, berilah peluang untuk staff nak akses, kesian diorang, waktu rehat pun kena block.heee

Tapi aku buka setengah jam je..lepas tu pandai pandai la korang kalau tak boleh akses..haha, itupun sebab ada seorang staff minta aku buka (unblock) sekejap satu blog ni, aku cakap blog apa kau nak tengok? blog ben ashaari? blog hanis zalikha ? blog bakul2011? blog mia liana? blog azwan ali? blog najib? blog menteri yang jaga harga barang? ermm..staff tu cakap nak tengok sangat blog beautifulnara.com ermm ermmm...aku tak tahupun blog ni..apa yang kau nak sangat tengok blog tu sampai call aku (IT dept) ni? penting sangat ke..? katanya nak baca kisah artis...

Ok lah buka la sekejap kan...nak tahu sangat pasal artis kan? hah..tengok lah puas puas sampai kau lebam, entah apa yang mengeletis nau..tapi!! tapi bersyarat! setengah jam je hek! heee


Anda Mungkin Meminati :

4 Februari 2015

Bisikku pada bulan kembalikan

Biarkanlah saja diriku, sendirian tanpamu, Biarkan lah aku merindu sekian lama, Bukan maksud untuk membisu, sepi tanpa kata, terpisah kita kerana mengejar impian, Biarkanlah saja diriku, sepi tanpa kata, Mungkin kan bersama, dua jiwa ini, dalam mencari cinta sejati, Mungkin kah segala, derita di jiwa, akan terubat kini.

Hanya satu pintaku, sabarlah menanti, ku kan pulang bersama cinta  - Anuar Zain [Mungkin]

Bisikku pada bulan, Kembalikan temanku, kekasihku, syurgaku, tanpa dia malam menemaniku, sepi memelukku, bulan jangan biar siang, biar alam ini kelam, biar ia sepi sepertiku.


Anda Mungkin Meminati :

2 Februari 2015

Berak dari atas

Tadi lunch jumpa seorang staff di MSC MITC, tak sangka pula ada pak pak ustaz pun datang join lepak di table makan aku dan staff tersebut, dah macam dalam masjid dah pula, dalam proses perbincangan santai santai tu, tiba tiba cerita pasal mahluk halus.

Salah seorang pak ustaz ni, ada sekolah pondok yang mana menempatkan anak anak yatim dan budak tahfiz, ermm sejuk je table tadi....aku tertarik untuk tahu cerita pasal misteri murid murid sekolah pondok yang selalu sakit perut selepas makan...dan yang pasti tiada masalah dari segi kebersihan makanan.

Setelah pak ustaz tersebut iaitu tuan kepada sekolah pondok itu merujuk kepada pakar ilmuan agama yang lebih arif bab bab mahluk halus ni, pakar ilmuan ini kata dah kena berak dari atas..! siapa pula yang berak lak ni...yang berak itu ialah mahluk mahluk halus iaitu Jin yang bertenggek di atas siling di sekolah pondok itu.


Anda Mungkin Meminati :

PENAFIAN

Ini adalah Blog Peribadi Penulis. Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan,Mulut Berbuih, Kematian, Pengsan atau Sebarang Kecelakaan dan Penyakit Berjangkit. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Artikel boleh di ubah, mengikut situasi semasa, Terima Kasih