blogbanner2020betul skytech2020new iklansewa

19 Feb 2015

Anak Takut Dengan Badut

Si Qayyum Rayqal dan Sofiyyah Az Zahra takut betul dengan badut, apa yang mereka takut entah tapi yang peliknya, diorang suka makan dekat Mac Donald, mungkin sebab ada menu seperti happy meal boleh dapat mainan burger dan nugget ayam. Si abang macam biasalah tenang sahaja, tapi si adik je yang mengada ngada, badut tak gigit dia pun dia cakap badut gigit dia lah, suka mereka reka cerita seperti 'dia eeeendang (tendang) badut lah' kelakar bila layan perangai anak anak ini, seronok dengar diorang berbual, ada sahaja cerita mereka. 

Si abang ni lak boleh cakap dengan aku, cuba adik buat rambut macam daddy mesti adik takut, dan jadi badut..! ciss! rambut aku macam badut ke? Aik daddy pula yang kena ? Kurang asam bebudak ni, Kelakarlah anak anak ni


Anda Mungkin Meminati :

10 Feb 2015

Apabila Sofiyyah Sudah Marah

Kesian si abang Qayyum Rayqal selalu kena sakat dengan aku, haha, si abang ni umur dia 5 tahun lebih, si adik lak umur 3 tahun, tapi dalam kasar kasar si abang ni, dia takut betul dengan si adik dia rupanya, kalau kena debuk dengan si adik, menangis di buatnya! , kesian, sepatutnya si abang protect si adik, ni tak, si adik lak yang menjaga abang nya, sayang dia pada abangnya, yelah, dua beradik je kan. Tapi, Apabila sofiyyah sudah marah , memang si abang kena belasah ! haha, Apa apa pun, mereka memang tidak boleh terpisah, gaduh macam mana sekalipun si abang masih mencari adiknya apabila dia bangun dari tidur, si adik pula selalu tercari cari abangnya bila abang nya ke sekolah, yelah kan, bila jauh baru rindu, bila dekat, ada je yang tak kena.

Benci tapi rindu ? Itulah dia Si Amoi kecik ni, Apabila sofiyyah sudah marah , memang bahasa planet semua keluar, Si adik ni suka di puji, kena cakap yang elok elok je, kalau cakap yang bukan bukan memang kena marah lah jawapan nya..hehe lepas tu cakap taknak kawan daddy lagi, apa apa jela. Haha


Anda Mungkin Meminati :

8 Feb 2015

Kelihatan Seronok Nampak Nya

Tengahari tadi hingga petang pergi mancing sebab nak tangkap ikan haruan dan ikan puyu (betuk), cuaca panas terik, migrain sekejap semasa mancing, sawah, parit tepi jalan banyak yang kering kontang, cuaca tak menentu, panas betul.

Lokasi memancing yang biasa aku selalu datang, dekat kampung kandang, Melaka, orang situ panggil empangan 25, kena tengok hari, kalau air penuh, empangan buka, harap harap dapatlah hasil seperti yang di mahukan, tapi hari ini, air kering, tapi bolehlah daripada takde langsung, mancing jelah kat sini. alang alang dah tiba.

Menunggu umpan di sambar ikan sambil tengah termenung melihat sawah padi yang menghijau,  tiba tiba berberapa ekor lembu yang makan rumput kat atas, menuju masuk ke arah tali air, berhampiran aku mancing ikan, alahai, kenapa ganggu aku wei lembu, kau makanlah jelah rumput dekat atas darat tu, tak perlu lah sampai ke dalam air kau masuk, sakit jiwa aku macam ni lah, meradang aku lah kalau begini jadinya, dahaga agaknya, cuaca panas betul.


Anda Mungkin Meminati :

2 Feb 2015

Syaitan Membuang Dari Atas

Semasa makan tengahari tadi, terjumpa seorang rakan, tak sangka pula dia bawa seorang ustaz datang join lepak di meja makan, dah macam dalam masjid pula, dalam proses perbincangan santai santai tu pasal kenangan lalu, tiba tiba masuk topik pasal mahluk halus. Ustaz ni, ada sekolah pondok yang mana menempatkan anak anak yatim dan budak tahfiz, terasa sejuk je meja makan tempat aku duduk tadi, seronok berbual kisah agama, termasuklah membicara berkenaan topik jangan makan di waktu tengahari, Jangan Makan Di Waktu Matahari Tegak, tertarik untuk tahu cerita pasal misteri murid murid sekolah pondok miliknya yang selalu sakit perut selepas makan, dan yang pasti bukan berpunca dari segi kebersihan makanan di madrasah itu.

Setelah ustaz tersebut merujuk kepada pakar ilmuan agama yang lebih arif mengenai bab mahluk halus alam ghaib, pakar ilmuan ini beritahu semua hidangan di sekolah pondok itu sudah kena berak dari atas, di mana Syaitan Membuang Najis Dari Atas terus ke hidangan makanan kita, siapa pula yang berak lak ni, yang membuang najis itu ialah syaitan iaitu Jin yang bertenggek di atas siling di sekolah pondok itu.


Anda Mungkin Meminati :

PENAFIAN

Ini adalah Blog Peribadi Penulis. Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan,Mulut Berbuih, Kematian, Pengsan atau Sebarang Kecelakaan dan Penyakit Berjangkit. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Artikel boleh di ubah, mengikut situasi semasa, Terima Kasih