Safirul Amar Azmi Blog! jombuatduit UA SIGNATURE SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE IKLAN Biztudung

Tuesday, March 08, 2016

Untuk apa sebenarnya

Kebahagiaan bersama pasangan tidak perlu di hebohkan di sosial media, cukuplah sekadar anda, anak anak dan pasangan anda sahaja yang tahu ceritanya, sekarang ini, dengan keadaan ekonomi yang tidak berapa baik, orang ramai (segelintir) sanggup melakukan apa sahaja asalkan mereka melihat anda terseksa dan menderita.

Contoh nya,  dengan melalui gambar yang di tayangkan oleh pasangan tersebut, aku (sebagai haters) hanya perlu print screen (screenshot) ataupun right-click pada gambar tersebut, dan proses menyihir di lakukan! cuba korang bayangkan dengan semudah itu sahaja, kejahatan seperti ini dilakukan? Syaitan memang suka memisahkan setiap anak anak adam, terutamanya pasangan yang telah berkahwin.

Rambut sama hitam, hati lain lain, siapa yang tahu? Ada rakan rakan FB aku yang menayangkan kebahagiaan mereka bersama pasangan, dengan status post ayat ayat yang manja, bagi  aku okay la kot, walaupun post itu sesuai ditujukan untuk suami atau isterinya sahaja, dan yang komen pula, hanya pasangan tersebut sahaja! tidakkah begitu jelik dan untuk apa? untuk apa sebenarnya?

Andai dapat aku undur kan masa

Sejak akhir akhir ni, panas semacam je kan, di sebelah petang, nampak macam nak hujan (mendung) tapi takde pun, tengahari panas berdentum, aku yang dewasa ni pun terasa macam nak pitam, inikan pula anak anak kecil! Minum air bergelen gelen pun, tekak tetap rasa kering, dunia sudah sampai ke penghujung usia, masyarakat masih lagi melakukan pembakaran terbuka..

Dah la panas terik, jalan raya pula sesak! wah migrain, apa apa pun, bersyukur dengan apa yang telah di tetapkan oleh Nya, pasti ada hikmah ataupun pengajaran dari apa yang terjadi, kesian anak anak kecil, untung aku hidup lebih awal berbanding mereka, kalau cuaca panas boleh buat macam macam aktiviti, sekurang kurangnya boleh berteduh di rumah pokok, merasa suasana hutan, sawah, main pondok pondok, buat rumah atas pokok, berenang di sungai..tapi, anak anak kecil sekarang?

Indahnya suatu ketika dahulu...andai dapat aku undur kan masa, aku nak kembali ke tahun 1994.

PENAFIAN

Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan, kematian, atau sebarang kecelakaan. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Terima Kasih

Artikel di dalam blog ini, boleh di ubah, dari semasa ke semasa, bergantung kepada situasi