Banner blog safirulamar 2020 skytechcreative Pengedar Shaklee Bangi

24 Maret 2016

Cara Mudah Bagi Membina Bar Code

Semakin hari semakin banyak teknologi dan aplikasi yang wujud, maklumlah di zaman moden serba maju ini, semuanya benda yang dahulunya susah, kini menjadi mudah, segala urusan menjadi cepat, tidak perlu key in manual satu per satu, terkini..hanya perlu SCAN sahaja! Dengan ini kesilapan akan dapat di kurangkan.Tutorial kali ini berkenaan cara mudah membuat BAR CODE, korang tahu tak apa itu BAR CODE? Cara mudah yang boleh aku definisikan disini ialah, kod yang di ciptakan untuk memudahkan pengguna dengan menggunakan teknik imbasan (scan) samada melalui smartphone atau pun scanner, ataupun kod yang di dalamnya terdapat kandungan (Isi) berupa text, url address, image dan sebagainya.

Itulah bahasa mudahnya..sebagai contoh korang boleh lihat di pasaraya-pasaraya besar berhampiran korang tinggal, di mana setiap produk mereka, telah di letakkan kod kod, dan ada di sediakan alat untuk mengimbas, tujuannya untuk menyemak harga sebenar produk tersebut, dan apabila di imbas, akan di pautkan ke url address, teks (harga) atau sebagainya.


Anda Mungkin Meminati :

21 Maret 2016

Cara Melakukan Perkongsian Fail Dan Dokumen

Bagi anda yang tidak mempunyai hosting server dan tidak tahu macam mana nak kongsi fail anda dengan rakan rakan, saya mencadangkan anda menggunakan perisian Media Fire, perisian ini adalah percuma dan anda di berikan 12G bagi setiap satu akaun. Seperti biasa sebelum mendaftar, anda perlu mempunyai alamat email, samaada google, yahoo, ymail atau dan lain lain bagi tujuan pendaftaran akaun, atau samaada melalui facebook.

Perisian Media Fire membenarkan anda memuat turun pelbagai format seperti pdf, docx, mp4, mp3 dan sebagainya, secara tidak langsung memudahkan urusan anda dalam melakukan perkongsian maklumat. Sangat mudah dan tutorial memuat turun fail atau dokumen ada di bawah.

Cara cara nak membuat perkongsian fail menggunakan Media Fire? ikuti langkah di bawah ini;


Anda Mungkin Meminati :

16 Maret 2016

Latihan Power Point Kakitangan Perpustam

Pada 15 Mac 2016, program Latihan Power Point Kakitangan Perpustam iaitu dari Perpustakaan Awam Negeri Melaka (Perpustam) dijalankan, latihan mengenai perisian Microsoft Office Powerpoint (Intermediate and Advance). Maklumbalas yang di terima selepas latihan, amat baik, alhamdulillah dan semoga bermanfaat ilmu yang di berikan, ilmu itu wajib di kongsikan bersama, latihan yang di jalankan ini percuma dan sepenuhnya di taja oleh Jabatan Ketua Menteri Melaka di bawah agensi Bahagian K-Ekonomi.

Antara topik yang di ajar, insert video, insert audio, animasi, slide show, how to create handhouts, slide master, handouts slide master, create table, adding collum and row, dan lain lain lagi.


Anda Mungkin Meminati :

15 Maret 2016

Cara cara memasukkan video dari youtube ke dalam slide powerpoint

Tahukah anda bagaimana cara cara memasukkan video dari youtube ke dalam slide powerpoint? korang hanya perlu menukar VIDEO ID (Code di bawah) kepada ID video yang korang mahukan sahaja. Mudah dan berkesan!

Di versi powerpoint 2010, ternyata mempunyai berberapa isu terutamanya apabila anda memasukkan video dari youtube, embed code yang di sediakan youtube (i frame) code tidak boleh di masukkan.

Jika kita menggunakan embed code yang disediakan oleh Youtube, powerpoint akan keluarkan satu popup yang berbunyi seperti : PowerPoint cannot insert video from this embed code. Verify that embed is correct, and then try again. Nah, ini penyelesaiannya!



Anda Mungkin Meminati :

14 Maret 2016

Roti John Tarik Mael Lambong Terbaik Di Melaka

Kepada pengemar Roti John Tarik, pasti akan terpikat dengan keunikan roti john ini, lain dari yang lain seperti roti john kebiasaan yang kita biasa makan di kedai kedai, roti john ini unik dan terbaik, boleh didapati hanya di negeri melaka sahaja, dengan keenakan, kelazatan roti, dan lambakan cheese, sos yang meleleh, tak kedekut, membuatkan Roti John Tarik ini menjadi sedap dan terbaik, sekali dah cuba pasti korang nak lagi!! Sungguh sedap..

Dah macam pizza wei, apa taknya, roti john dipenuhi dengan cheesy mozarella, cheesy souces, apa tunggu lagi? jom cuba merasai keenakan Roti John Tarik Mael Lambong! memang tak kedekut cheese dan sos, lokasi kedai Roti John Tarik Mael Lambong di mana? lokasi Roti John Tarik Mael Lambong terletak di Jalan Hang Tuah Mall, berhadapan CIMB bank dan restoran mamak infasha maju, bila pekena roti john ni pasti melambong lambong korang kerana kelazatan Roti John Tarik Mael Lambong cheesy ini. Rasanya macam korang makan pizza, memang tak dapat di nafikan lagi. haha

Kedai Roti John Tarik Mael Lambong Terbaik Di Melaka ini dibuka dari isnin hingga sabtu, beroperasi dari pukul 5.00 petang hingga 11.30 malam, sebelum korang nak datang boleh lah call tuan kedai di  013 6111182 (Ismail). Sebelum datang, boleh hubungi dahulu En Ismail Yatim ni, bos Roti John Tarik Mael Lambong.


Anda Mungkin Meminati :

9 Maret 2016

Cara Cara Paparkan Email Yang Hilang Di Inbox Gmail

Tipulah kalau nak kata tiada alamat email, zaman dah serba canggih era milennium, kalau nak login aplikasi seperti facebook, blog pun kena guna alamat email untuk akses kan? pernah tak email di inbox korang hilang tiba tiba? padahal korang tak delete pun? tapi kenapa tiada di inbox? kemana menghilang? Melainkan kalau korang dah delete, tapi masih boleh dapati di thrash. 

Ok tutorial kali ini macam mana kita nak dapatkan email yang hilang di inbox, mudah sahaja, hanya perlu ikut langkah langkah seperti yang di tunjukkan di bawah.

Tutorial ini hanya untuk pemegang akaun emel gmail sahaja, di tutorial  Cara cara Paparkan Email Yang Hilang Di Inbox  seperti dibawah ini, jom ;


Anda Mungkin Meminati :

PENAFIAN

Ini adalah Blog Peribadi Penulis. Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan,Mulut Berbuih, Kematian, Pengsan atau Sebarang Kecelakaan dan Penyakit Berjangkit. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Artikel boleh di ubah, mengikut situasi semasa, Terima Kasih