Safirul Amar Azmi Blog! jombuatduit UA SIGNATURE SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE IKLAN Biztudung

Wednesday, November 08, 2017

MARILAH MASUK KONTES KE- 6 ANJURAN KOMENSEN : TEKA NAMA IKAN.

kontes teka nama ikan
Ternampak contest ini di blog saudara tarmizi , contest ini macam menarik, iaitu teka nama ikan...hadiahnya pun dalam bentuk wang tunai. Jika berminat untuk join contest ini, boleh tekan di SINI.

Terbaik lah contest ini. erm aku pun tak pasti ikan apa ni....kod rahsia di beri oleh pihak penganjur iaitu, KRMSJSL berdasarkan kod rahsia yang diberikan itu....aku dengan konfidennya...menjawab :

Jawapan : Ikan Kerisi

Contest akan berakhir pada 10.00 pagi, 15 November 2017. Baru pertama kali ke blog komenSen (Common Sense). Penulisannya sungguh menarik dan teratur....apa pun salam perkenalan.

MARILAH MASUK KONTES KE- 6 ANJURAN KOMENSEN : TEKA NAMA IKAN.

Ikan Kerisi dan Ikan Gelama adalah ikan favourite aku...goreng dan buat lauk pun sedap....haha. so aku pasti jawapan aku memang tepat...

Bila Air Longkang Naik Air

Bila air longkang dah naik Air, itu tandanya perlu bersiap sedia..kalau di Melaka biasanya kawasan hotspot yang biasa banjir seperti di Batu Berendan dan Taman Merdeka...

Melaka sekarang ni cuaca tak menentu, siang panas, malam hujan...cuma malam tadi hujan lebat..

Bila Air Longkang Naik

Kalau malam ni hujan lebat lagi...kerajaan negeri kena bersiap sedia..jangan sibuk kira duit kutipan cukai, dan sibuk berpolitik sahaja...siap sediakan lah jentera bencana....untuk memberi bantuan banjir, tanah dan sebagainya.

Takziah kepada mangsa banjir di pulau pinang. Musibah datang tanpa di duga, sekelip mata sahaja....apa pun, berhati hati lah..di hujung tahun cuaca dan musim tak menentu...hujan, panas terik..bila hujan jalan licin, boleh mengakibatkan kemalangan jalan raya.

Sekadar Renungan Bersama

Entri ini bukan lah nak tunjuk riak ataupun nak tunjuk bagus..cuma sekadar renungan bersama..aku selalu dengar di radio, lihat di televisyen tentang kelebihan bersedekah....dan aku percaya Tuhan sentiasa melihat perbuatan seharian kita...yang penting niat kita...sama lah juga, seperti melaksanakan tugas...jika bangun pagi, kita niat pergi kerja untuk dapatkan rezeki buat anak dan isteri kita...inshaallah segala apa yang kita lakukan di pejabat di permudahkan dan di berkati...duit yang di perolehi setiap bulan pun berkat....

Sama lah seperti bersedekah....kadang kadang ada timbal balik dari apa yang kita perolehi..contoh nya gaji yang kita dapat....dan adakah gaji atau wang yang di perolehi itu..benar benar milik anda ? setelah di tolak tambah dengan aktiviti 'mencuri tulang' seperti minum pagi berjam jam..menonton video di komputer pejabat..mencuri masa kerja dengan berborak dan bergosip, palsukan elaun lebih masa dan sebagainya lah! Betulkah itu wang itu sepenuhnya milik kita ? cuma amalkan ...memberi, iaitu bersedekah samaada dengan wang ringgit ataupun harta benda...bila sudah memberi, janganlah pula mempersoalkan pula...sudah jadi tidak ikhlas..

Peh..dah macam ustaz pula kan ? haha....ubah lah...beri lah walau sedikit pun...tapi besar nilainya di mata yang menerima itu...

PENAFIAN

Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan, kematian, atau sebarang kecelakaan. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Terima Kasih

Artikel di dalam blog ini, boleh di ubah, dari semasa ke semasa, bergantung kepada situasi