Banner blog safirulamar 2020 iklansafirul1

31 Okt 2014

Tidur Berdiri Selepas Berbual

sofiyyah

Amboi, sambil berdiri pun boleh tertidur, nyenyak pula tu, entah apa yang mengantuk sangat ni Sofiyyah Az Zahra, Kelakar anak anak ini, macam macam ragam, tidur berdiri macam ini pun ada, apa yang penat sangat, nak kata fikir resepi apa nak masak malam ini, memang takdelah, terus tidur berdiri selepas berbual entah apa yang dia bebel kan dalam kereta, sedar sedar dah tidur je, 

Anda Mungkin Meminati :

Ikut Perangai Siapa La Ini.


Alahai si anak sulung ni, kenapa kamu berperangai sedemikian rupa? Haha..lagi sekali buat macam ni, nanti daddy babab! Si abang buat macam ni, esok si adik lak mengikut, muka tak puas hati, sebab tak dapat main game kat laptop aku, dah belikan tab untuk diorang, tapi diorang tak nak main game dalam tu, tetap nak juga main daddy punya game!!

Aku sendiri pun main dinner dash dan solitair je, itu je game yang ada kat laptop ni!! Daddy nak buat assignment la korang pergilah tengok cerita mr oss ke, upin ipin ke, cerita korea ke, atau perfect macth vivo, tangan sorang sorang dah la macam JCB!! Habis di geledahnya!! nanti korang tekan macam macam takut terdelete data data dalam tu lak nanti.


Anda Mungkin Meminati :

30 Okt 2014

Gambar Ini Bukan Edit

Zaman serba canggih ni, semua kata kata kena disertakan gambar sebagai bukti, kalau tak nanti orang tak percaya, sama macam dengan situasi seperti gambar di bawah ini, sebagai contoh seperti melalui sms ni : 'Bos, saya masuk lewat sikit ya, tayar kereta saya pancit, hantar kedai jap', bos reply mesej kita, 'ok, kau jangan tipu saya, mana gambar', dan situasi yang kedua, 'Bos, saya cuti kecemasan hari ini, sebab nenek saya meninggal', bos membalas mesej, alahai, tahun ini, sudah enam (6) kali nenek kau meninggal, kau ada berapa orang nenek ni ? 

Itu situasi yang biasa kita dengar, situasi aku pula, lagi sedih, iyelah kerja sebagai web designer, dan kerja bab-bab manipulasi gambar memang 'makanan', kadang kadang bila kita bersama rakan-rakan bercerita pasal sesuatu hal yang kebetulan kita pun pernah melaluinya dan kebetulan ada ambil gambar sebagai kenang-kenangan dalam telefon, saja je nak kongsi dengan rakan rakan untuk tatapan! bila tunjuk gambar, kita rasa macam bangga gila lah wei, maknanya kita takdelah cakap kosong! tapi yang kesiannya, rakan rakan cakap itu gambar edit ke? bohong la!
 

Gambar Ini Bukan Edit



Anda Mungkin Meminati :

28 Okt 2014

Ikut liter atau RM?

Banyak tersebar pasal teori penjimatan minyak ni yang menggunakan liter, pengiraan salah pula tu..sepatutnya jumlah liter yang masuk ialah 17.3913043478 bagi isian rm 40.
Ikut liter atau RM?

Aku pun selama ni, main bedal je isi minyak..haha..yang penting penuh. Oklah semua orang tahu kan , minyak naik dah jadi Rm 2.30 seliter. Ada untungnya kira guna liter dari nilai RM! Dan ada kelebihan juga mengisi minyak mengikut nilai RM. 

Aku punya kiraan, seliter Rm 2.30 sen, kalau tuang 10 liter maknanya Rm 2.30 x 10 liter bersamaan dengan rm 23! Kalau tuang rm 46 ringgit, kita dapat 20 liter. Kalau kita isi minyak rm 47, dapatlah 20.4347826087 liter!! masih dapat 20 liter juga..kan? Kan? Ada yang berpendapat meter noozle tidak membundarkan nilai selepas 2 titik perpuluhan, dimana syarikat minyak mengambil untung 0.0047826087 dari isian rm 47!  Nilai liter yang genap, lebih jimat jika kita tuang rm 46.00 .

Kalau Isi minyak mengikut nilai rm pula, sebagai contoh rm 48, rm48/rm2.30 kita akan dapat= 20.8695652174, kan ada lebihan tu pada kita...yang perpuluhan tu..oh ya, mungkin perbundaran balance lepas dari 2 titik perpuluhan itu menguntungkan syarikat minyak? Emm..

Aku ni takde la pandai matematik, dapat 7 je pun masa spm..haha, korang setuju mengikut liter atau nilai rm? Betul ke...pihak stesen minyak kaut untung dari nilai rm?

Cam menarik je isi genap genap..hehe..rm 46.00 =20 liter!

Saya mencuba secara praktikal dengan mengisi minyak menggunakan nilai RM 40.00..sepatutnya saya mendapat 17.3913043478 liter bagi isian RM 40.00 , selepas tuangan minyak selesai saya mendapati noozle meter mencatatkan seperti gambar dibawah

Ikut liter atau RM?

Ada perbundaran, pelik? ok ...setelah di tolak perbezaan jumlah liter yang sepatutnya, resultnya 0.0006956522!! so balance liter itu pergi ke mana ???

Saya tak pasti kesahihan ini, samaada menguntungkan syarikat minyak atau sebaliknya....tapi saya cam pelik, balance tu kemana?


Anda Mungkin Meminati :

19 Okt 2014

Bila Semua Bersih Baru Boleh Fikir

Bila semua bersih..baru boleh berfikir

Kipas Lipas ni, buka level paling tinggi pun tetap perlahan dah la perlahan, berbunyi bunyi pula tu bising we!  Sekarang ni pula banyak assignment (tugas) nak kena siapkan. Deadline pun dah nak dekat! Satu apa tak boleh nak fikir dan langsung tiada idea! Kopi o dan telur separuh masak sarapan pagi dah makan pun tetap takde idea! Aduh..

Dari duduk memikirkan idea job design dan assignment C++ programming yang sepatah haram tak faham logiknya dan memeningkan kepala ini! Baik aku mengemas! lagi berfaedah dan menyihatkan Jadi, aktiviti aku hari ini, cabut kepala kipas tu dan bersihkan bilah kipas dan motor kipas, emm patutlah berbunyi bunyi dan perlahan, banyak habuk rupanya! 

Bila semua dah bersih! Rasa tenang dan boleh lah tidur!! Haha

Anda Mungkin Meminati :

17 Okt 2014

Berbuat Baik Sesama Insan

Masa nak jumpa rakan sekejap di sebuah pasaraya, terserempak dengan pakcik ini, dari kelantan katanya. Datang melaka sebab nak cari kerja, tak kisah la apa pun, sapu sampah pun takpe, yang penting kerja halal, katanya, dalam hati aku mula berkata, huh jauh betul perjalanan pakcik ke sini. 

Datang dari kelantan bawa duit RM 100. sudah empat (4) hari berada di melaka, tapi duit dalam beg duit nya sudah tinggal hanya RM 3.00 sahaja. Kasihan pakcik ni. aku nak tolong, tapi aku pun takde duit tunai masa tu tapi ada la duit merah sekeping, duit biru lapan keping. Lepas la untuk beli rokok dunhill sekotak.


Anda Mungkin Meminati :

Kari kepala ikan!

Kari kepala ikan!

Peh! Kari kepala ikan..mula mula aku tak minat! Cam geli je nak makan..yelah..kepala kan! Kalau badan dan ekor ikan oklah lagi!

Aku selalu datang dekat kedai kari kepala ikan di bukit katil melaka, tapi takdelah makan kari kepala ikan! Makan sotong goreng tepung, sayur dan udang serta asam pedas pari je..

Kadang kadang join kawan kawan makan tengahari dan menu mereka kari kepala ikan...sekali order 2 kepala lak tu..dari gigi sampai ke mata semua licin! Habis di makan! Suka la tengok orang makan..

Lama lama jadi suka pula! Dulu benci sekarang rindu..tapi takde la sampai makan mata dia..! Haha ..cuma ambil sikit je kat sirip dia..manis! Banyak isi dekat kepala ikan ni...! Tuh yang mahal! Kalau makan ramai ramai best dan sedap.! Kalau sorang sorang jangan harap lah..! Hehe..

Anda Mungkin Meminati :

Latihan Membina Laman Web Joomla

Alhamdulillah, selesai sudah bengkel Latihan Membina Laman Web Joomla (Web Development) anjuran kerajaan negeri melaka, untuk makluman, hari ini adalah hari terakhir bagi sesi Latihan Membina Laman Web Joomla , latihan berlangsung selama dua (2) hari. semua peserta akhirnya berjaya membuat laman web masing masing dengan cemerlang dan jayanya mengunakan joomla.

Joomla ini adalah perisian percuma yang di reka untuk menghasilkan laman web dengan minima koding, tidak memerlukan kemahiran yang tinggi di dalam koding, jika fokus dan faham cara cara nak membina laman web mengunakan joomla, anda boleh menghasilkan laman web yang terbaik mengikut citarasa anda. Peserta dalam kelas ini terdiri daripada kakitangan di berberapa agensi kerajaan.

Latihan Membina Laman Web Joomla

Di hari kedua ni, kelas terakhir, pembelajaran lebih diterapkan berkenaan cara cara nak inspect element firebug dan animation design. Di akhir sebelum tamat kelas, hasil tugasan masing masing sangat memuaskan dan menepati kriteria laman web, Seronok bila dapat kongsi ilmu dan lihat semua peserta gembira di dalam kelas Latihan Membina Laman Web Joomla ini, 

Anda Mungkin Meminati :

16 Okt 2014

Latihan Asas Pembangunan Laman Web

Ramai yang hadir di dalam Latihan Asas Pembangunan Laman Web menggunakan Joomla yang diadakan pada 15 hingga 16 Oktober 2014 bertempat di UTC Melaka, rata rata peserta dari pelbagai latar belakang agensi kerajaan, sebenarnya membuat laman web tidak lah sesusah mana pun, amat mudah terutamanya menggunakan joomla. Hanya berberapa minit sahaja jika ikut cara installation dengan betul, sudah ada laman web dan telah boleh menulis artikel di laman web. Hanya ikut langkah satu persatu, inshaallah, pasti mampu membina laman web mengikut kehendak masing masing.

Ada peserta yang bertanyakan soalan di mana selama bertahun tahun mereka hadir di mana mana kelas web development yang tidak dapat di jawab dan tiada penyelesaian, tapi di kelas aku ini, persoalan mereka terjawab akhirnya. Mereka gembira aku pun gembira.


Anda Mungkin Meminati :

Terdesak nak duit

Terdesak nak duit

Terdesak nak duit2

Ini kes tetak, rompak dan samun yang berlaku di Melaka baru baru ini. Kejadian di pusat latihan memandu top sprint, kandang berlaku sekitar pukul 3.00 pagi dan selang satu hari di kedai runcit di bukit tembakau, melaka.

Menakutkan..kerana duit orang sanggup membunuh, langsung tiada perasaan kasihan sesama mahluk, yang penting apa yang di hajati tercapai walaupun bukan milik mereka. Ah, peduli apa mereka! Hidup mesti diteruskan! Barangkali itulah luahan si durjana! 

Keadaan kos sara hidup yang tidak menentu membuatkan masyarakat tidak siuman dan terdesak?

Kerana hendak menuang minyak motor sanggup berbunuh? Atau kerana sebatang rokok sanggup memukul? Oh dunia..kembalikan aku ke zaman dinasour..

Anda Mungkin Meminati :

7 Okt 2014

Macam mana nak downgrade IE version?

Macam mana nak downgrade IE version? Semua orang menggunakan pelayar untuk akses sistem, laman web, blog atau sebagainya untuk tujuan carian, guna aplikasi dan lain lain. Ada yang menggunakan pelayar (browser) seperti Internet Explorer, Chrome dan mozilla. terpulang kepada masing-masing, asalkan anda selesa menggunakan dan pantas dalam mengakses apa yang anda mahu.

Namun harus di ingat, tidak semua sistem, aplikasi, blog, atau laman web adalah sesuai dengan pelayar yang anda gunakan sekarang, untuk memastikan sama ada sesuai atau tidak, lihat di bahagian bawah (footer) di aplikasi yang dibuka, lihat pemberitahuan, apakah versi yang sesuai untuk paparan, sebagai contoh ( sesuai dilayari melalui internet explorer version 8 keatas atau chrome sahaja.)


Anda Mungkin Meminati :

PENAFIAN

Ini adalah Blog Peribadi Penulis. Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan,Mulut Berbuih, Kematian, Pengsan atau Sebarang Kecelakaan dan Penyakit Berjangkit. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Artikel boleh di ubah, mengikut situasi semasa, Terima Kasih