Banner blog safirulamar 2020 skytechcreative Pengedar Shaklee Bangi

22 Januari 2015

Cara Cara Membuat Animasi Imej

Cara Cara Membuat Animasi Imej (GIF) mengikut citarasa dan kesesuaian anda, kegunaannya adalah untuk menarik perhatian pengunjung blog dengan iklan atau banner bergerak, dinamik banner, dan sebagai mempromosikan sesuatu produk, bukankah lebih interaktif ? bila kita paparkan banner atau iklan dinamik animation sedikit sebanyak akan membuatkan audien lebih tertarik dengan mesej yang cuba nak disampaikan.

Sebagai contoh, anda boleh melihat iklan iklan di bawah header blog saya, dimana iklan bergerak gerak. boleh ikuti langkah langkah mudah Cara Cara Membuat Animasi Imej yang aku sediakan dibawah ini. Harap harap dapat membantu. Aku menggunakan adobe photoshop versi CS3 untuk membuat animated banner ini, agak mudah kalau nak diikutkan dengan versi photoshop terdahulu, dimana anda perlu menggunakan adobe image ready

Untuk membuat dinamik iklan atau banner bergerak, anda perlu mahir menggunakan layer dan animation tools. Mari kita lihat cara cara membuat animated banner di bawah ini.


Anda Mungkin Meminati :

19 Januari 2015

Kena denda

Alahai kena denda la pula kalau lewat renew sijil syarikat di Suruhanjaya syarikat malaysia (SSM). nasib baik lah tak mahal, RM 20.00 je..ermm duit jugak kan? lepas gak tu kalau makan asam pedas ikan pari, sayur, air dan nasi. hee..tuh la leka dan sibuk nya sampaikan terlupa nak renew sijil syarikat sendiri!!! kepada korang mempunyai syarikat perniagaan sila lah update dan alert bila tarikh expired sijil perniagaan syarikat korang, jangan jadi macam aku, terlewat! terlewat seminggu, nasib baik sedar dan baru tahu, sebab nak masukkan salinan sebut harga dalam fail syarikat..haaa

Yang penting jangan terlewat sampai lebih sebulan dari tarikh tamat tempoh, kalau dalam linkungan sebulan/30 hari korang akan di denda lewat sebanyak RM 20.00! kalau lebih dari sebulan..amaun caj denda mungkin meningkat, "seelok eloknya sebulan awal sebelum tarikh tamat dah kena datang untuk renew atau terpulang, yang penting jangan selepas tarikh tamat..! walaupun lewat sehari, tetap denda" itu nasihat dari pegawai SSM..hehe 

Erm aku pun tanya lah, kenapa pihak SSM tak remind/beritahu melalui SMS? yelah kan, kadang kadang sibuk sampai terlupa bila tarikh tarikh penting..aku ni, sampaikan tarikh roadtax kereta mati pun boleh terlajak bulan lepas! hehe bahaya ni..kata pegawai SSM, "kena ingat sendiri lah dik," ermm betul juga tu, sendiri punya sijil tanggungjawab sendiri lah eh..hee


Anda Mungkin Meminati :

Kisah Semasa Hantar Qayyum Ke Sekolah

Masa pagi nak bawa Muhammad Qayyum Rayqal pergi tadika, yang si adik sibuk nak ikut dan bangun pagi awal, gosok gigi pun tak, terus masuk dalam kereta, tujuan nak ikut sebab nak kata bye bye pada abang kesayangan dia ni, bukan main sayang lagi kat abang dia yang sorang ni, walaupun si abang selalu tersengaja usik dan sakat dia, 

Bila tiba kat sekolah si abang yang dari tadi nampak cool je dan tersenyum singai dengan adiknya tiba tiba bila dah tiba kat sekolah muka si abang macam nak menangis, si adik lak lagi menambahkan tekanan perasaan pada si abang yang berbunyi seperti 'sabar ye bang, kejap je, kejap je sekolah, nanti abang dapat ramai kawan dan main mainan ye', si abang ermm apa lagi bertambah sedih! 

Ermm, oleh kerana aku dah lambat, aku terus hantar si abang pada cikgu tadika dan terus gerak tanpa menoleh, lagi aku duduk kat situ lagi melalak teresak esak si Muhammad Qayyum Rayqal ni ermm. selesai satu hal! jam dah pukul 8 pagi, nak terus pergi kerja, eh, ada pulak si budak kecik si sofiyyah ni! ermm nak hantar si adik ni lak, sabar je lah, itulah Kisah Semasa Hantar Qayyum Ke Sekolah


Anda Mungkin Meminati :

12 Januari 2015

Hari pertama Muhammad Qayyum Rayqal ke sekolah

Hari ini 12 Januari 2015, hari pertama Muhammad Qayyum Rayqal ke sekolah, bangun pagi bersemangat katanya nak ke sekolah, jumpa kawan kawan dan cikgu..anak aku ni baru umur 5 tahun, so secara tidak langsung di pra tadika la kan? kena biasa biasa kan dengan suasana pembelajaran di tadika..nanti tahun depan dah senang dan terbiasa dengan suasana tadika dan bila ramai kawan kawan baru di sekeliling kan? kan? jangan sedih sedih, nanti Daddy belikan mainan banyak banyak!! 

Nasib baik tadi tak menangis..tapi muncung je lah..tak tahan! hehe..dah biasa bangun tidur dengan gajet, tak boleh berengang langsung! tapi pagi ni..jumpa kawan kawan baru dan suasana baru...hehe. Mula mula risau gak..yelah tiba tiba dia mengganas atau dikasari oleh bebudak kat situ kan...ermm, aku tengok pun jauh jauh je..tak berani bagi dia nampak..nanti menangis lak...! lagipun cikgu dalam tu pun pandai dan tak menakut nakutkan bebudak...steady! hee

Sabar ye Muhammad Qayyum Rayqal..nanti beritahu daddy..apa yang cikgu ajar tadi! heee


Anda Mungkin Meminati :

10 Januari 2015

Hukum membunuh cicak

Cicak ni memang suka buat kotor, melekat di atas dinding, bising dan merata rata buang tahinya, teringat dulu masa kecik kecik, bila bulan puasa lepas qiamulail, kitorang membunuh cicak di rumah. Atuk kata, kalau bunuh seekor cicak, atuk beri 50 sen...wah, apa lagi, jangan di lepaskan peluang ini, sekali tembak guna 'senjata' kami, berpuluh puluh la cicak yang lunyai di kerjakan oleh kami adik beradik, langsung tiada kesian..hehe

Kalau kat rumah kampung dulu dulu...bukan hanya ada pengaruk badan yang macam garpu tu je..mesti ada 'senjata' pembunuh cicak dan tergantung di dinding, hehe, dulu aku tak tahu..cuma guna pistol buah ceri je..hehe..tapi 'senjata' ni, lebih padat dan mantap! boleh miung kalau kena...haha baik manusia ataupun cicak..

Kejam tak aku? yelah memang lah kejam dan metallica kan ?? tapi kan? tapi kan? kalau di ikutkan balik, apa hukum membunuh cicak? Ustaz kata eh...bukan aku yang kata eh..bukan blogger famous kata eh..ni ustaz yang kata..


Anda Mungkin Meminati :

6 Januari 2015

Macam mana nak baiki virus shortcut di pendrive anda

Arghh..pendrive aku kena virus di saat masa krtikal nak present dengan client! penuh virus dan fail pun hilang..nasib baik ada rujukan macam mana nak baiki virus shortcut di pendrive di blog aku..haha, untuk lihat boleh tekan SINI

Hanya ikuti langkah langkah seperti yang ditunjukkan, dan dalam masa berberapa saat, pendrive dan maklumat anda berjaya dipaparkan. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan. hehe

Jika maklumat, folder, data dalam pendrive atau hard disk anda hilang atau menjadi shortcut, jangan pula di format, suspended ada virus tu..boleh cuba teknik ini. semoga berjaya dan berhasil!  

Anda Mungkin Meminati :

Hilangkan kotak grid di microsoft word

Kenapa tiba tiba keluar kotak kotak kecik dalam microsoft word aku ni (lihat gambar 1)? eh eh...macam pelik lak kan? kan? Macam mana nak hilang kan grid ini. Jangan risau, setiap masalah, ada penyelesaiannya. 

Dibawah ini ada tutorial macam mana nak hilangkan kotak kotak grid di microsoft word.


Anda Mungkin Meminati :

5 Januari 2015

Kalau datang membantu biarlah ikhlas

Kalau datang membantu mangsa banjir di pantai timur biarlah Ikhlas, ketepikan pergaduhan politik yang membebankan rakyat, jangan di ungkit apa yang diberi, undi tidak boleh di beli dengan wang ringgit, harta benda, kalau dah tak suka, apa boleh buat? berilah apa apa pun. 

Kesian lihat orang orang politik dalam whats app aku ni, datang membantu, tapi kerjanya mencari kesalahan pemerintah di sana. kamu tuhan ke nak menghukum? bencana alam sukar di duga, kalau dia nak tiba..dia tiba. 

Dah macam pilihanraya lak jadinya...sibuk dengan misi politik yang tidak kesampaian, kalau nak membantu biarlah IKHLAS, bantu tanpa kira ideologi fahaman politik, timbang rasa tanpa pilih bulu. Ini sibuk nak mencari salah itu ini, dan mengungkit dengan apa yang di beri sebelum ini, kononnya..seperti di beri Air susu, tapi di balas dengan TUBA!


Anda Mungkin Meminati :

2 Januari 2015

Bawa anak pergi gunting rambut

Tadi petang selepas balik dari kerja, bawa anak sulung pergi gunting rambut, tapi sebelum gunting rambut, kena umpan dulu, kata nak beli mainan dan aiskrim, ingatkan nangis, tapi kali ni relax dan steady je..tak nangis hehe, biasanya kalau bawa pergi gunting rambut..macam nak pengsan dibuatnya tukang gunting..kesian terpaksa bergelut!! 

Tahun ni genap 5 tahun dan masuk pra tadika pada 12/01/2015, dah beli sikit sikit barang sekolah, semangat nak sekolah katanyaaaaa...ermm yelah, tunggu dan lihat jelah..silap silap hari pertama dah nak minta balik rumah! hahaha apa pun..jangan risau ye, nanti daddy temankan!!


Anda Mungkin Meminati :

Cara cara install firebug inspect element di mozilla firefox

Sebagai seorang bloggers, programmer ataupun yang berkaitan dengan perniagaan atas talian (online) yang menggunakan blog atau website, anda memerlukan plug in tambahan seperti add-on Firebug (inspect element) untuk mengenal pasti kedudukan koding (script) dan CSS anda.

Firebug juga membantu anda dalam menambah baik blog, website, portal anda, tanpa detecter seperti firebug kemungkinan anda akan 'muntah' bila melihat script seperti HTML, CSS atau script yang panjang berjela. Hanya gerakkan kursor di kawasan blog atau website yang anda mahu ubah, dan right click dan pilih INSPECT ELEMENT.

Dengan adanya plugin add on seperti Firebug, senang sikit nak detect location script, jangan risau, ia bersifat sementara. Dipelayar web google chrome, telah tersedia secara automatik, apa yang perlu anda buat, cuba right click dan lihat INSPECT ELEMENT, anda akan dapati script berupa CSS dan Script koding di bahagian bawah, anda boleh mengubah, dan perubahan itu hanya sementara sahaja. jika refresh ia akan seperti sediakala. Mari lihat langkah langkah di bawah macam mana install add on Firebug di browser Mozilla firefox.



Anda Mungkin Meminati :

Akhirnya Bersatu Setelah Sekian Lama

Akhirnya Bersatu Setelah Sekian Lama aku meninggalkan dunia gigs, rock kapak, ala macam cerita Rock Bro tu, akhirnya tercapai juga keinginan untuk 'reunion' dengan bersama bekas drummer band aku! haha teringin gak nak jamming lagu lagu 'hits' ketika main band suatu ketika dulu nasib baik jumpa bekas drummer. Kebetulan dah jumpa, terus ajak jamming, hehe dari takde apa nak buat duduk mengadap laptop dan mengeteh je sambil bincang peluang perniagaan, boring lah, alang alang dah jumpa kan? hah apa lagi kembali pakai jaket duri duri di lengan, terus koyak kan seluar, serabut kan rambut! pakai patches baru metal dan rock sejati! hehe

Tangan aku pun macam susah dah nak main dan pegang gitar, dulu masa main band,  sebagai position rythm guitar dan backup vocal je, kehebatan setanding seperti Kai hansen (helloween) ataupun seperti Allahyarham M Shariff, sekarang ni? hampeh..lupa kod lak tu! haaa tapi bila petik ada la sikit sikit sound gitar macam brian may (Queen) dan Marty Friedman..hehe aku gurau gurau je, takde la sehebat seperti yang di nyatakan diatas. Suka suka je, bermain muzik, 


Anda Mungkin Meminati :

1 Januari 2015

Seronok bercucuk tanam

Bagus kedai ni, memanfaatkan ruang yang ada, ambil peluang dari ciptaan Tuhan, mensuburkan tanah dan dalam masa yang sama, memberi manfaat untuk kegunaan perniagaan mereka dengan menanam cili hijau dan cili padi.. 

Aku pun suka bercucuk tanam, yelah bukan apa, kalau nak masak lauk, dan memerlukan bahan bahan seperti cili padi..boleh petik je..tak payah nak beli kat kedai! kan? kan? kan dah jimat. bukan kedekut, tapi alangkah ruginya jika kita tak memanfaatkan apa yang Tuhan beri pada kita.

Kalau kat nurseri, macam macam ilmu kita boleh dapat dari tauke nurseri, yelah, bukan senang nak tanam pokok, kena tahu selok belok cara menanam dan nak mengelakkan dari serangan ulat atau penjagaan..contoh kalau suburkan tanaman kita supaya cepat membuahkan hasil..kena pakai baja tahi ayam dan baja tulang ikan..


Anda Mungkin Meminati :

Selamat tahun baru

Selamat tahun baru buat pengguna internet, pembaca blog, dan bloggers semua. di harapkan ditahun baru yang terbaik ini korang membawa perubahan baru, azam baru, idea baru, dan segala galanya yang terbaik.

Tahun makin bersilih ganti, usia kita pun semakin singkat, dan apa aktiviti baru korang di masa cuti hari ini? haa..dalam kepala otak aku, nak siapkan development web dan sistem yang kena delivery pada client minggu depan, yelah, tahun baru, semua nak baru! heee

Lepas selesai development, ingat nak pergi ke driving range atau green ataupun memancing, keliru ni! haha...apa pun di ucapkan selamat tahun baru buat korang semua. Tingkatkan pengetahuan, tanpa ilmu siapalah kita.

Anda Mungkin Meminati :

PENAFIAN

Ini adalah Blog Peribadi Penulis. Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan,Mulut Berbuih, Kematian, Pengsan atau Sebarang Kecelakaan dan Penyakit Berjangkit. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Artikel boleh di ubah, mengikut situasi semasa, Terima Kasih