banner-2017-mcj bkecik-skytech

Monday, January 05, 2015

Kalau datang membantu biarlah ikhlas

Kalau datang membantu mangsa banjir di pantai timur biarlah Ikhlas, ketepikan pergaduhan politik yang membebankan rakyat, jangan di ungkit apa yang diberi, undi tidak boleh di beli dengan wang ringgit, harta benda, kalau dah tak suka, apa boleh buat? berilah apa apa pun. 

Kesian lihat orang orang politik dalam whats app aku ni, datang membantu, tapi kerjanya mencari kesalahan pemerintah di sana. kamu tuhan ke nak menghukum? bencana alam sukar di duga, kalau dia nak tiba..dia tiba. 

Dah macam pilihanraya lak jadinya...sibuk dengan misi politik yang tidak kesampaian, kalau nak membantu biarlah IKHLAS, bantu tanpa kira ideologi fahaman politik, timbang rasa tanpa pilih bulu. Ini sibuk nak mencari salah itu ini, dan mengungkit dengan apa yang di beri sebelum ini, kononnya..seperti di beri Air susu, tapi di balas dengan TUBA!

PENAFIAN

Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan, kematian, atau sebarang kecelakaan. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Terima Kasih

Artikel di dalam blog ini, boleh di ubah, dari semasa ke semasa, bergantung kepada situasi