blogbanner2020betul skytech2020new iklansewa

30 Des 2014

Pemenang Giveaway untuk Bloggers

Seperti yang dijanjikan, keputusan bagi pemenang Giveaway untuk bloggers diumumkan, dan terlebih dahulu aku ingin meminta maaf jika sepanjang Giveaway ini berlangsung ada berberapa rakan bloggers ada yang berkecil hati dengan aku, harap dimaafkan salah dan silap, yang baik datang dari Allah SWT, dan yang buruk datang dari aku. Biasalah manusia, mestilah ada buat kesilapan kan?

Sebelum keputusan diumumkan, Pemenang pertama akan ditentukan melalui random.org, dan segala keputusan yang di paparkan adalah muktamad. Seramai 88 peserta telah menyertai Giveaway untuk Bloggers ini.

Segala masalah berkaitan giveaway ini adalah di bawah tanggungjawab penganjur. Peserta boleh email pada aku di safirulamar@gmail.com. Kalau nak lihat pemenang giveaway, boleh lihat di bawah ini. untuk melihat peserta yang menyertai tekan SINI


Anda Mungkin Meminati :

29 Des 2014

Cara cara hidden file folder

Macam mana nak hidden file gambar atau folder di desktop atau dalam laptop kita? teknik hidden file digunakan untuk menyorok/menyembunyikan folder kita, walau bagaimana pun folder yang telah di sembunyikan itu boleh dikeluarkan semula. Jangan risau.

Sementara itu, langkah langkah yang di tunjukkan di bawah ini, di dalam windows 8, walaubagaimana pun sedikit berbeza dari segi interface layout dengan window 7 bagi memaparkan show/hide hidden file. Ada sedikit aku tunjukkan di akhir paparan bagi show/hide bagi window 7.


Anda Mungkin Meminati :

25 Des 2014

Misteri dua ketul tahi di depan pintu rumah

Dari mana datang 2 ketul tahi ni? betul betul misteri, di depan rumah lak tu..siapa pula yang melepaskan tahi disini, adakah ada unsur unsur khianat? dengki? iri hati? atau sabotaj? ermm tidak mungkin, aku pasti dan aku rasa tak marah sesiapa pun minggu ini, masakan pula ada orang yang ingin khianat dengan aku.

Betul betul misteri ni..kebetulan aku keluar rumah sebab nak beri udang dan ikan peliharaan aku makan, kesian diorang,lapar..hehe, oh rupa rupanya kewujudan '2 ketul tahi' tadi rupa rupanya adalah belacan yang aku buat untuk dibuat umpan mancing petang nanti lah..saja je bikin suspend. Haha

Cara Cara Buat Umpan Belacan

Anda Mungkin Meminati :

Cermin mata Ray Ban wayfarer

Ray Ban adalah antara jenama fesyen yang paling popular di dunia. Mereka adalah pakar dalam menghasilkan cermin mata yang bermutu tinggi. Jenama Ray Ban telah lama dalan industri fesyen namun berbekalkan pengalaman yang sangat luas mereka masih kekal sebagai jenama pilihan ramai.Ini dapat dibuktikan dengan penerimaan ke atas koleksi cermin mata hitam Ray Ban wayfarer yang sentiasa mendapat permintaan yang tinggi dalam pasaran. Populariti jenama ini juga dapat dilihat dengan pembukaan stor dan cawangan di banyak negara di seluruh dunia.

Ray-Ban Wayfarer

Koleksi Ray-Ban wayfarer bukan saja disukai oleh orang biasa seperti aku malah ianya juga menjadi pilihan ramai selebriti popular di Hollywood seperti Taylor Swift, Emma Watson dan Jude Law. Mereka juga sentiasa dilihat sering menggayakan Ray-Ban wayfarer dengan cukup selesa. Lihat gambar mereka di bawah ini, nampak stylish bukan?


Anda Mungkin Meminati :

23 Des 2014

Giveaway Untuk Rakan Blogger


Salam dan selamat sejahtera ke atas kamu semua, semoga baik baik saja hari ini. Sempena hari yang baik pada hari ini, saya nak buat satu giveaway dan mengumumkan Giveaway Untuk rakan Bloggers, sebagai tanda menghargai bloggers terutamanya rakan rakan blog ini yang sentiasa menyokong antara satu sama lain, berkongsi idea, menyebarkan maklumat yang berguna, saling nasihat menasihati, mengadakan pelbagai program yang boleh menyumbangkan kepada lebih ramai pengunjung dan sebagainya. Terima kasih atas atas setiap kunjungan, komen, pandangan, kritikan dan sebagainya.

Giveaway ini akan bermula pada 23 Disember 2014 dan akan berakhir pada 28 Disember 2014 pada pukul 11.59pm, pemenang atau penerima akan diumumkan pada 30 Disember 2014 , Ini sahaja lah yang mampu diberikan buat masa ini bersama sama dengan sponsor giveaway hebat yang lain. Namun begitu, hadiah boleh di tambah mengikut situasi dan tahap sambutan, hadiah yang sedia ada akan KEKAL. Jangan risau.


Anda Mungkin Meminati :

19 Des 2014

Kalah Perlawanan Bola Sepak Persahabatan


Perlawanan bola sepak petang ini adalah mungkin yang terakhir buat aku, dah tak boleh main lagi dah, penat, lutut pun dah longgar., mengah, penat, maklumlah umur dah nak cecah 30 tahun,  dah le perlawanan terakhir, kalah pula tu, haha, perlawanan persahabatan bola sepak petang tadi berkesudahan pasukan aku kalah 6-2,

Haha adat perlawanan ada kalah dan ada yang menang. Kesian penonton dan penyokong, bersorak dan memberi sokongan pada pasukan aku, Aku dengan ini akan memfokuskan pada perlawanan bola sepak online games yang mana boleh membahagiakan aku dan lebih tepat, baik main PES 2015 dan FIFA 2015. Itulah sahaja  sukan yang mampu menang rasanya dan tak memenatkan fizikal dan tiada kecederaan.

Kalau pemain bola luar negara, mereka dah tak ambil player yang dah berumur 30 tahun ke atas, semua yang muda dan fit je di dalam padang, kuda tua macam aku ni dah tak layak, dah jadi gelar kuda tua.



Anda Mungkin Meminati :

Jom Aktifkan Mykad

Sudahkah anda mempunyai MyKad? bagi rakyat Malaysia yang bermastautin tetap, Mykad digunakan sebagai identiti atau pengenalan diri sebagai penduduk Malaysia, itu perbezaan kita dan rakyat asing. Tapi sebenarnya ramai yang tidak tahu yang Mykad sebenarnya banyak kegunaannya..mari kita terokai kelebihan bila mengaktifkan Mykad. So,  kita sahut cabaran ini bersama sama kita menyertai kontes jom Aktifkan Mykad

SEJAK dilancarkan pada 2000, aplikasi kad pintar pelbagai guna kerajaan atau MyKad yang berperanan sebagai teknologi merekod dan menyimpan maklumat rasmi terus mengalami revolusi penambahbaikan.

MyKad bukan sahaja mengandungi maklumat asas seperti nombor kad pengenalan, nama, alamat, status kewarganegaraan serta lesen memandu pemiliknya. Malah, ia juga boleh digunakan sebagai prasaran kekunci awam, merekod maklumat kesihatan serta sebagai e-tunai.

Kelebihan MyKad yang dilengkapkan dengan cip mikroprosessor 32 kilobait itu juga membolehkan aplikasinya diperluaskan dari semasa ke semasa ke arah meningkatkan prestasi sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan.


Anda Mungkin Meminati :

Cara cara buat website di Adobe Photoshop

Boleh ke membina website menggunakan adobe photoshop? jawapannya ialah boleh dan macam mana nak membina website menggunakan adobe photoshop? Lihat teknik teknik ringkas dibawah ini, kena praktis dan sentiasa mencuba, Sekarang ni, banyak platform untuk membina website dengan mudah, beserta dengan template lagi, ada yang percuma (open source) ataupun berbayar, contoh platform open source yang percuma ialah seperti Joomla, plone, wordpress dan sebagainya.

Kaedah yang digunakan ini adalah kaedah yang susah mungkin bagi beginners dan memerlukan sedikit kemahiran koding html sekurang-kurangnya, dan jika anda ingin menampakkan kelihatan lebih dinamik, anda boleh memasukkan plugin tambahan seperti Php Jquery seperti kalendar, tab menu, widget accordian listing dan sebagainya.


Anda Mungkin Meminati :

Berubahlah Sebelum Menjadi Lebih Parah

Pada 18 Disember 2014 semalam aku ke seminar pekerja cemerlang dan penceramahnya ialah Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah, bagus ceramah motivasinya..terangsang sedikit minda, Banyak jugalah tips untuk menjadi insan cemerlang dan di sayangi, Berubahlah Sebelum Menjadi Lebih Parah

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum hingga mereka mengubah diri mereka sendiri”(Q.S. Ar-Ra’d:11).

Bila menyebut pasal ingin menjadi pekerja cemerlang, kena mula di peringkat asas iaitu seperti permakanan yang betul (untuk elak penyakit), adab ketika di bilik air, mengetahui dan mengelakkan dari hal seperti sihir sesama mahluk, dan yang paling penting kenali diri sendiri.

Antara sedikit tips dan kata kata dari Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah dari  seminat tersebut ialah, kalau kita lihat seseorang tu pertama kali dan kita rasa benci, maknanya orang kita benci tersebut menyampaikan aura bencinya juga kepada kita, dan kalau pertama kali kita lihat orang kita sayang..maknannya orang tu menyebarkan aura sayang juga kepada kita. hehe..camtu lak? beliau menyarankan kita supaya sentiasa memaafkan semua orang sebelum tidur, supaya hati kita bersih.


Anda Mungkin Meminati :

17 Des 2014

Perasaan Sebak Tiba Tiba Hadir

Seperti biasa la bila habis waktu kerja, kadang kadang sempat jugalah join main futsal bersama rakan rakan, penatnya wei jangan cakap lah, tapi Main Futsal Yang Menyihatkan, bila lagi kan nak bersukan, Sibuk je memanjang kan, kerja sampai bila bila pun tak selesai, tapi hari ini mood happy sikit semua payment job dah masuk, alhamdulillah.  

Tapi dalam kegembiraan itu seketika rasa macam sedih dan hiba je macam terlupa sesuatu, sayup sayup kedengaran dari jauh memanggil manggil, ia dekat tapi jauh, tak tahu lah kenapa perasaan sebak tu tiba tiba datang, kenapa ya ? Aduh, betul betul menyedihkan, sampai tendang bola pun tak kena. Perasaan Sebak Tiba Tiba Hadir


Anda Mungkin Meminati :

16 Des 2014

Panduan Berguna Ketika Mengulangkaji Pelajaran

Ini adalah panduan berguna ketika mengulangkaji pelajaran, ini adalah antara amalan yang sering aku lakukan sebelum menjawab peperiksaan akhir, namun terpulang pada diri korang, masing masing ada cara yang tersendiri dalam mengulangkaji pelajaran Aku hanya sekadar berkongsi sahaja, berdasarkan pengalaman yang dilalui.

Ok, mari kita lihat  panduan Berguna Ketika Mengulangkaji Pelajaran di bawah ini ;


Anda Mungkin Meminati :

14 Des 2014

Realiti Yang Berlaku Di Organisasi

People who make no mistakes get promoted

Realiti yang berlaku, haha..

Anda Mungkin Meminati :

8 Des 2014

Cara Cara Membaiki Err Name Not Resolved di Chrome

Tiba tiba malam ni keluar error ERR NAME NOT RESOLVED, rasa nya macam kena malware virus pada rangkaian network atau DNS infected, akhirnya jumpa penyelesaianya error seperti ini banyak berlaku di pelayar Chrome, manalah tahu tiba tiba korang dapat error. Penyelesaiannya, Cara Cara Membaiki Err Name Not Resolved di Chrome ialah seperti tutorial yang disediakan dibawah ini, 

Pergi di butang start, taip CMD (command prompt) dan seterusnya taip ipconfig/flushdns , selepas itu, tekan butang enter di command prompt.

Cara Cara Membaiki Err Name Not Resolved di Chrome yang kedua ialah , Pergi ke control panel, lepas tu ke system and security dan cari administrator, dan seterusnya tekan sekali pada services, dan cari DNS Client dan restart, ataupun jika di Windows 7 go to Start seterusnya type services.msc ya dan cari DNS Client. Right click pada DNS Client and click Restart. Selepas selesai proses tersebut, tutup pelayar tingkap anda  dan buka semula pelayar chrome. (lihat gambar 1&2).


Anda Mungkin Meminati :

Cara Menukar Kod Iframe Kepada Old Embed

Kod Iframe tidak dapat di indeks atau di baca oleh google dan HTML 5, bagi anda yang mementingkan Search engine optimizations (SEO) terhadap kandungan blog, penggunaan kod iFrame harus di elakkan di blog. Salah satu contoh penggunaan iFrame ialah seperti chat box Cbox, video Youtube dan Facebook page like. 

Namun begitu anda masih boleh memasukkan video dari youtube, caranya dengan menukar menukar kod Iframes kepada object old embed code. 

Ini adalah contoh kod iframe video yang diambil dari youtube.



Anda Mungkin Meminati :

5 Des 2014

Habis koyak baju aku di kerjakannya...

Ni pokok ke raksasa? Habis koyak baju gua di kerjakannya...setiap hari nak pergi kerja mesti terlanggar pokok ni..jangan la marah ye si pokok..saya tak parking sebelah awak lagi...nanti saya balik kerja..saya siram kamu ye.

Pokok apa ni eh? Haritu pergi kerja kahwin dekat rumah orang kampung pun...terlanggar pokok camni juga kat sana...ramai orang tanam pokok ni..heee. Nasib baik takde ulat..kalau ada ulat...aku tak sayang!


Anda Mungkin Meminati :

Cara Cara Backup Dan Autosave Dokumen Di Microsoft Word

Tutorial kali ini berkaitan Cara Cara Backup Dan Autosave Dokumen Di Microsoft Word, Malang memang tidak berbau, mungkin ketika anda sedang tekun dalam menyiapkan tugasan penting, tiba tiba komputer terpadam. Malang tidak berbau, di bahagian bawah ada tutorial Cara Cara Backup Dan Autosave Dokumen Di Microsoft Word . Mari kita lihat

Sebelum anda memulakan tugasan, lihat Cara Cara Backup Dan Autosave Dokumen Di Microsoft Word ini terlebih dahulu, lakukan berberapa perkara mudah ini untuk memastikan dokumen anda sentiasa selamat dan tidak hilang.

Backup dokumen anda terlebih dahulu, Cara Cara Backup Dan Autosave Dokumen Di Microsoft Word akan ditunjukkan dalam versi Microsoft word 2010, anda boleh mengikuti langkah langkah yang sama dengan berpandukan kepada kata kunci word option ataupun option.


Anda Mungkin Meminati :

4 Des 2014

Burn audio menggunakan windows media player

Ramai yang bila nak burn lagu je dalam CD (compact disk) mesti nak kena guna third party software seperti nero, tahukah korang yang sebenarnya tanpa perisian Nero pun, korang masih boleh burn lagu pilihan korang pada bila bila masa tanpa perlu install perisian ketiga, yang penting kena lah ada CD..hee   

Hanya menggunakan perisian yang sedia ada dimana telah tersedia dipasang dikomputer korang asalkan korang menggunakan perkakasan windows lah. Perisian yang di maksudkan itu ialah WINDOWS MEDIA PLAYER


Anda Mungkin Meminati :

Bawa Kenderaan Laju Mahu Kemana

Sekarang ni di negeri Melaka, setiap sebatang jalan dalam setiap 50 meter pasti ada lampu isyarat, lampu merah nya pula 120 saat, warna hijau nya pula 20 saat, memang tekanan jiwa di buatnya  banyak betul lampu isyarat di negeri melaka ini, kalau ada taman dan sekolah, erm jangan cakap lah, satu taman satu lampu isyarat, baru nak bawa kereta laju sikit, terpaksa kena berhenti, itulah situasi yang berlaku di negeri Melaka sekarang ini, kena banyak sabar dan banyak minum air suam untuk elakkan jantung berhenti berdenyut, nasib baik aku guna gear automatik, kalau guna gear manual , alamatnya boleh tercabut lutut memang penat di atas jalan raya di melaka. 

Pengguna jalan raya di sini pula, dah tahu depan tu ada trafic light yang bawa macam orang gila memotong kereta lain macam kat depan tu lebuhraya (3) tiga lorong kenapa ? kesudahannya kena berhenti juga dan berjumpa kembali berjumpa, Bawa laju mahu ke mana tu? Bawa kereta tak tentu arah, apa yang kelam kabut sangat, sampai membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

Bawa kenderaan laju laju ni mahu kemana sebenarnya, lihat la dulu keadaan jalan raya tu macam mana, di depan, kena berhenti sebab ada lampu isyarat.


Anda Mungkin Meminati :

2 Des 2014

Pemain Bola Sepak Tiada Stamina

Apa nak hairan bila ada pemain bola menghisap rokok, duduk Malaysia pula tu, lagi le, erm biasa lah aku pun hisap rokok dan main bola juga..! Haha, presiden amerika pun hisap rokok ! kalau nak ikutkan disiplin main bola ni, banyak kriteria yang perlu dijaga, dari segi permakanan, kesihatan, stamina, perasaan dan emosi, fizikal dan sebagainya la, yelah nak berlari keliling padang kan, kena lah ada stamina, semata mata nak kejar dan sumbatkan sebiji bola ke dalam gawang gol.

Prestasi bola sepak negara yang tidak menentu, lepas tu ada pemain negara kita pula kantoi hisap rokok di sebuah kedai! Haaah apa lagi! di jadikan bahan modal sehingga menjadi viral di media sosial lah!."player lembab la sebab hisap rokok, takde stamina la" cuba korang main bola lak, mari kita lihat bagi yang tak hisap rokok boleh ke atau tidak nak beat dan berlari. macam safee sali ke atau macam umang umang ? haha


Anda Mungkin Meminati :

Program latihan komputer Google Sketchup

Tahniah kepada penduduk Rembia kerana mengambil peluang mempelajari aplikasi perisian komputer seperti google sketchup dan coral video studio X3, pada sesi kali ini, setiap peserta mempelajari teknik teknik membina pelan dan model menggunakan Google Sketchup. Memang sangat mudah perisian ini.

Google sketchup ni adalah perisian berbayar dan ada juga versi percuma (freeware), senang dan mudah di pelajari, di gunakan bagi membina konsep model dalam bentuk 3D dan 2D. Arkitek pun menggunakan software ini bagi tujuan pembangunan pelan bagi gambaran 3D konsep, dan bagi menepati spesifikasi yang di benarkan pula, mereka menggunakan Autocad bagi struktur pelan pembangunan.


Anda Mungkin Meminati :

1 Des 2014

Kusut Itu Adalah Seni

Kadang kadang betul kata bijak pandai, tak perlu berkata-kata, hanya menunjukkan sekeping gambar sahaja, mampu menerangkan 1000 perkataan, (A picture will describe and worth than  a thousand words) kekusutan dah tak tertanggung, hanya mampu diterjemahkan di dalam lukisan sahaja. Tuhan jadikan setiap sesuatu itu berpasang pasangan, ada bulan ada pula matahari, sejuk dan panas, barat dan timur, lelaki dan perempuan dan sebagainya, begitu juga dengan kusut, di sebalik kusut akan ada ketenangan, bila kita benar benar menghayati kekusutan dan menterjemahkan dalam bentuk lukisan dan mewarna, hahaha

Ok, kita kembali kepada topik iaitu kusut itu adalah Seni , tahukah anda di sebalik kekusutan pasti ada keindahan di sebalik itu? aku sangat kusut hari ini di pejabat, banyak benda yang nak kena putuskan segera, stress dengan orang yang menolak kerja, orang yang menunding jari tanpa berbuat apa apa, orang yang pandai berkata kata tanpa tindakan dan, stress wei! Apa boleh buat, lebih baik berhadapan dengan pokok dan haiwan, mereka pun faham dan tak banyak hal.

Itu yang terhasilnya lukisan di bawah ini, haha , seni ini nama nya ART THERAPHY! art theraphy adalah proses menghilangkan stress, dengan cara imaginasi dan melukis, lukis apa yang kita rasa dan terlintas di otak kita pada waktu itu.


Anda Mungkin Meminati :

Membuat halaman Landscape dan Potrait dalam satu dokumen di Microsoft word

Haaa..pernah tak korang mengalami kesulitan dalam memasukkan dua jenis halaman landscape dan potrait dalam satu dokumen di Microsoft Word? kebiasaannya kita menggunakan format potrait dimana dalam posisi menegak dalam membina surat, kertas kerja, tugasan dan sebagainya dan kadang kadang..anda memerlukan format jenis melintang (landscape) didalam dokumen anda (lihat gambar 1), khususnya bagi menunjukkan table (jadual) yang lebih terperinci yang mana memerlukan space (ruang) yang banyak. 

Macam mana nak masukkan halaman potrait dan landscape dalam satu dokumen
gambar 1
Macam mana nak masukkan halaman potrait dan landscape dalam satu dokumen di MICROSOFT OFFICE WORD? Berikut adalah cara cara membuat halaman Landscape dan Potrait dalam satu dokumen di Microsoft word. Langkahnya mudah..tutorial ini dibuat di dalam microsoft versi 2010. namun, anda boleh menggunakan memperaktikkan dengan menggunapakai keyword keyword yang tertentu seperti page setup atau page layout. 


Anda Mungkin Meminati :

PENAFIAN

Ini adalah Blog Peribadi Penulis. Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan,Mulut Berbuih, Kematian, Pengsan atau Sebarang Kecelakaan dan Penyakit Berjangkit. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Artikel boleh di ubah, mengikut situasi semasa, Terima Kasih