banner-2017-mcj bkecik-skytech UA SIGNATURE

Saturday, December 27, 2014

Lemah betul badan lah

Laa kena rewind balik lah ni? Kertas yang masa kau ambil order mana? kena lah cakap balik satu persatu makanan yang di makan. Lemah betul badan lah kalau makan dekat kedai yang kena repeat balik apa makanan yang di pesan masa nak bayar.

Aku dah la nak cepat, kenapa lah nak kena buang masa macam ni. Sekarang ni semuanya nak cepat, maklumlah kan zaman serba maju katanya, masa customer tengah makan, apalah salahnya buat kira kira dulu prepared bil yang customer makan. Ada masa kau guna kan untuk berangan, kertas order kau buang entah kemana mana. Orang yang baru datang, tunggu lama sebab cashier suka repeat benda yang sama. Sabar jelah. 

Suka lepak dekat kedai yang ada alat untuk tekan butang billing. Bila tekan...terkedek kedek pekerja kedai datang bawa bil makanan. Haha

PENAFIAN

Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan, kematian, atau sebarang kecelakaan. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Terima Kasih

Artikel di dalam blog ini, boleh di ubah, dari semasa ke semasa, bergantung kepada situasi