Safirul Amar Azmi Blog! jombuatduit UA SIGNATURE SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE IKLAN Biztudung

Friday, December 09, 2016

Cara Mudah Mendapat Pahala Berterusan

Dulu Masa kecil kecil ketika di darjah persekolahan, 21 tahun yang lalu, selalu keluar naik basikal bersama rakan rakan dan sepupu, pergi sahaja ke mana mana yang di inginkan, tapi kena balik sebelum pukul 7.00 petang, kalau balik selepas jam 7 petang, alamat nya kena sebat dengan emak.

Setiap kali perjalanan, kami akan bernyanyi, dan singgah berehat di mana mana lokasi yang sesuai dan melakukan 'aktiviti' sampingan. haha, korang nak tahu apa aktiviti tu? aktiviti nya ialah menanam pokok, dengan harapan setiap kali kitorang lalu, semakin besar dan tinggi. Maknanya, kerap juga lah aktiviti kami keluar bersiar siar menaiki basikal, terutamanya ketika di hujung minggu. Masa tu, whats app, dan handphone kami tak guna, kalau ada handphone, pun nokia butterfly, ada game snake dan snow skies. Itu pun kami dah bahagia.

Agak agaknya sudah besar ke pokok yang kami tanam ataupun telah mati di timbus oleh tanah kesan dari hakisan atau tenggelam kerana projek pembangunan yang rakus dan haloba ? Rindu bila teringat kenangan di zaman dulu dulu, andai dapat aku undurkan masa, aku nak kembali di tahun 1994.

PENAFIAN

Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan, kematian, atau sebarang kecelakaan. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Terima Kasih

Artikel di dalam blog ini, boleh di ubah, dari semasa ke semasa, bergantung kepada situasi