Safirul Amar Azmi Blog! jombuatduit UA SIGNATURE SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE IKLAN Biztudung

Tuesday, December 13, 2016

Terbang Jauh ke Kota London dengan Traveloka

Baru baru ini Traveloka iaitu sebuah Sistem atau aplikasi atas talian (online) dan juga sebagai sebuah agensi pelancongan  (Travel Agency) telah menganjurkan peraduan you need a holiday lah!  #MyTravelokaEscapade, peraduan ini terbuka kepada bloggers dan pengguna media sosial facebook , Peserta hanya perlu memilih satu destinasi dari sepuluh (10) destinasi yang di tawarkan, dan ceritakan impian anda bila anda di berada di sana. Mudah kan ? Untuk melakukan carian destinasi pilihan, boleh melayari Traveloka atau boleh muat turun di telefon pintar di Play Store : Traveloka.

Untuk makluman, Traveloka menawarkan dan menyediakan khidmat hotel terbaik dengan kadar harga berpatutan dan menyediakan kadar harga penerbangan yang berpatutan. Segala nya menjadi mudah dengan Traveloka.  

Kalau aku di berikan peluang untuk terbang bersama Traveloka ke negara yang aku minat dan destinasi pilihan yang aku pilih  , aku nak ke kota london. Sejujurnya aku belum pernah ke london (belum pernah ke luar negara sebenarnya, paling jauh pun perlis), ini kan pula London! Ermm hanya tengok kota london dalam televisyen je selama ini, haha, itu pun sebab aku peminat setia English Premier League (EPL) dan menonton perkhawinan eksklusif di raja Prince William, sedikit sebanyak dapatlah lihat permandangan awan, pengangkutan, orang orang dan stadium di sana ! Memang cantik permandangannya dan suasana di sana.

Tersalah Hantar Mesej Agaknya

Kecoh di whats app pasal Buntat dah mati, aku pun tertanya tanya, siapa tu buntat ? siapa yang tanya pasal buntat ni ? tiba tiba je keluar cerita pasal Buntat di whats app. Oh..mungkin orang yang keluar kan ayat pasal Buntat di what app tu tersalah hantar mesej agaknya.

Lepas tu, selang berberapa minit, ada pula yang reply pasal buntat ni, kesian la, al fatihah la, alahai..siapa tu buntat? Kambing? Lipan? apakah itu? Ah boleh gila aku di buatnya, dengar nama pun dah tak menarik, inikan pula nak kena tahu dengan lebih terperinci! Malas ah aku, nak fikir, siapa tu Buntat, baik aku tidur sebab esok nak bangun pagi pergi kerja! Akhirnya..terbaca artikel dari sahabat bloggers pasal buntat!

https://unnianje.blogspot.my/2016/12/trending-buntat.html


PENAFIAN

Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan, kematian, atau sebarang kecelakaan. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Terima Kasih

Artikel di dalam blog ini, boleh di ubah, dari semasa ke semasa, bergantung kepada situasi