Safirul Amar Azmi Blog! jombuatduit SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE IKLAN Biztudung

Sunday, December 25, 2016

Nasib Baik Kampung Aku Dekat

Di musim perayaan krismas ini, dan cuti cuti Malaysia ni, bumi melaka sejuk di sebabkan hujan yang turun di sebelah waktu petang, bila hujan dan sejuk ..faham faham lah..perut sentiasa lapar je..haha, apa lagi ..kalau masak meegi kari letak sayur pun sedap kan? Lepas tu baru lah nyenyak tidur..dan boleh lah ber blogwalking..

Petang tadi, keluar sekejap jalan jalan ambil angin luar dengan menaiki kereta..ermm sesak (jammed) jalan...semua ambil kesempatan bawa keluarga berjalan jalan...ingat, kalau datang melaka..Dont mess with Melaka ye maknanya, Jangan buat kotor di Melaka..kalau nak parking pastikan berkupon, buang sampah jangan merata rata, dah elok elok ke Melaka nak bercuti, karang tak pasal pasal..duit habis buat bayar saman je..selamat bercuti semua dan kepada yang jalan jauh, pandu cermat jiwa selamat..biar lambat, asalkan selamat sampai. Patuhi lampu isyarat...

Tidak Salah Kalau Mencuba

Bila tiba hujung tahun, pastinya semuanya lega, apa tak nya bagi yang bekerja di sektor kerajaan, awal tahun Januari 2017 semua penjawat awam akan menerima bonus sebanyak RM 500, selepas itu dapat bantuan rakyat 1 Malaysia lagi...wah! berjimat lah..berbelanja apa yang perlu..

Kegembiraan semakin bertambah bila peminjam ASB telah boleh mengeluarkan dividen..masing masing telah mula membuat kira kira untuk pergi bercuti dan merancang perbelanjaan persekolahan anak anak dan peribadi. Sebenarnya..banyak peluang untuk menjana kewangan anda..cara nya melalui kaedah affiliate marketing (pemasangan iklan iklan) dan hanya menggunakan media sosial seperti Facebook atau whats app sahaja, anda sudah boleh menjana duit.

Peluang untuk menjana duit, anda boleh mendaftar di SINI . Anda hanya perlu mendaftar, dan kemudian aktifkan akaun anda...selepas itu anda akan di bekalkan dengan iklan-iklan, e-book, dan tutorial video, bagaimana mahu menjana wang dalam masa yang cepat..

Menjadi Suatu Fenomena

Oh begitu rupanya om telolet om. Ingat kan apa lah! Haha..sudah menjadi suatu fenomena di indonesia, perdana menterinya pun suka dengan fenomena yang melanda negara nya kini, katanya..suatu aktiviti yang sihat dan bagus. Iyaa..sungguh bagus, langsung aja! 

Pengertian om telolet om, maksudnya "pakcik bunyikan hon pakcik".  Kanak kanak dan orang ramai akan menunggu di tepi tepi jalan, apabila perlu meminta kenderaan untuk telolet (bunyikan hon), kanak kanak perlu menaikkan sepanduk yang bertulis ayat Om Telolet Om..lantas..pemandu akan membunyikan hon...berbagai jenis rentak boleh di dengar..sungguh meriah di Indonesia...

Erm kalau di Malaysia...memang susah lah nak om telolet, kanak kanak di malaysia sekarang ini..selesa duduk dalam rumah, sambil main Tab dan handphone...kanak kanak sekarang tak macam kanak kanak dulu. Sangat berbeza kehidupannya..

PENAFIAN

Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan, kematian, atau sebarang kecelakaan. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Terima Kasih

Artikel di dalam blog ini, boleh di ubah, dari semasa ke semasa, bergantung kepada situasi