banner-2017-mcj bkecik-skytech UA SIGNATURE

Sunday, December 04, 2016

Cara Cara Membuat Redirect Page

Jika anda membuat artikel / entri terbaru dan kemudian 'terpadam' kerana di sebabkan perkara perkara tertentu atau hal yang tidak dapat di elakkan, tetapi di bloglist rakan rakan telah update tajuk artikel, apabila pengunjung tekan pada url tersebut, akan keluar perkataan seperti Sorry, the page you were looking for in this blog does not exist. Ini akan membuatkan pengunjung blog berasa kecewa dan berkemungkinan tidak akan mengunjung lagi blog anda. 

Untuk memastikan reputasi blog anda dalam keadaan yang memuaskan, anda bolehlah melaksanakan fungsi redirect page, ini secara tidak langsung akan mengurangkan sedikit rasa kecewa orang yang mengunjungi blog anda. Terubat lah sikit, bolehlah daripada tiada langsung kan? At least, keluar lah juga page artikel, walaupun homepage, dari tetiba keluar kosong je dan ada ayat seperti Sorry, the page you were looking for in this blog does not exist.  Apa penyelesaiannya ? Penyelesaiannya anda perlu membuat redirect page.

Siapa Yang Akan Menang

Esok konsert akhir gegar vaganza, aku dari tak minat pada awalnya, terus jadi minat sebab banyak kontroversi, dan nak tahu kesudahannya siapa yang menang ? Rata rata artis yang sertai semuannya hebat hebat dan boleh menyanyi, cuma biasalah artis, bila dah tua, lupa lirik tu perkara biasa.

Korang rasa siapa yang akan menang ? Azharina? Ameng? Fazura? kepada azharina, jangan terlalu sombong sangat, hidup ni macam roda, kadang kadang kita di atas, sekejapan kita di bawah, dan tak perlu lah keluarkan statement menghentam artis lain sama ada boleh nyanyi atau tidak. Kecoh juga cerita pasal fazura. Bila aku dengar lagu dia dengan estrange, ok je, walaupun lirik lagu tu banyak sebut hancur, hancur, hancur. Apa yang kecoh sangat, sampai timbul isu fazura tak boleh menyanyi ni?

PENAFIAN

Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan, kematian, atau sebarang kecelakaan. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Terima Kasih

Artikel di dalam blog ini, boleh di ubah, dari semasa ke semasa, bergantung kepada situasi