Safirul Amar Azmi Blog! SKYTECH CREATIVE IKLAN UA SIGNATURE SKYTECH CREATIVE

Monday, December 05, 2016

Hal Yang Lepas Jangan Di Kenang

Lega rasanya selepas menjawab kertas peperiksaan, lagi satu kertas peperiksaan perlu di jawab! , harap harap keputusan yang akan keluar tidak lama lagi, lulus dengan bergaya. Mudah mudahan. Lepas ni boleh lah berseronok, sebab dah nak habis tempoh exam kan? Indahnya dunia!!! Yang menjadi mimpi ngeri bila selepas menjawab dan keluar dewan, kau tengok buku untuk buat semakan betul atau salah apa yang kau jawab. Lepas tu kau termenung! haha. Ingat ni, Hal yang lepas jangan di kenang, kalau di kenang, boleh meroyan di buatnya.

Dalam diam diam sekejap sahaja dah nak habis belajar, dulu mak ayah suruh sambung belajar lagi selepas habis diploma, aku tak mahu, nah sekarang!! , baru nak menyesal (mungkin sebab ekonomi tak berapa stabil dan untuk kenaikan gred kot, haha), kena ambil semula semua (full) subjek tanpa ada exemption credit, sebab dah 8 tahun tangguh degree. Pedulikan apa orang kata, selagi boleh sambung, sambung lah belajar, pejam celik pejam celik, dah nak habis! sekejap je masa berlalu.

PENAFIAN

Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan, kematian, atau sebarang kecelakaan. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Terima Kasih

Artikel di dalam blog ini, boleh di ubah, dari semasa ke semasa, bergantung kepada situasi