blogbanner2020betul skytech2020new iklansewa

30 Des 2016

Pakej Fotografi Perkahwinan Murah di Melaka

Kepada yang sedang mencari  Jurugambar (fotografi) Terbaik Di Negeri Melaka, boleh lah berurusan dengan Ai Capture Photography, Untuk makluman, Ai Capture Photography sedia menawarkan perkhidmatan sebagai jurugambar di sekitar majlis perkahwinan, kenduri, majlis aqiqah anak, majlis cukur jambul, majlis sambutan hari jadi , konvokesyen, majlis korporat, majlis pertunangan dan sebagainya yang berkaitan.  Harga boleh bincang dan kami mengikut bajet anda dan apa yang anda MAHUKAN....


Anda risau tidak cukup bajet ? Risau majlis tidak akan sempurna tanpa merakam detik detik indah di sesuatu majlis yang berlangsung ? Pening untuk mencari jurugambar perkahwinan di saat akhir ?  Kini anda tidak perlu risau...kerana Ai Capture sedia membantu dan akan merakam saat saat manis anda untuk di jadikan kenangan dan tatapan untuk anak anak cucu anda di masa akan datang.  Pasti membuatkan anda tersenyum mengimbau memori indah pada suatu hari nanti...

Ai Capture Photography berpengalaman luas sebagai jurugambar di pelbagai majlis keraian dan hasil editing yang di berikan pasti memuaskan hati anda....


Anda Mungkin Meminati :

29 Des 2016

Cara Cara Nak Install Font

Tutorial kali ini berkenaan cara cara nak installs font di Laptop atau di komputer korang. Sebagai pereka grafik, ini perkara biasa, di mana untuk memenuhi permintaan client yang berbagai bagai karenah dan ragam, nak font yang macam ni lah, itu lah, tapi bila sebut nama font, tak tahu..haha, pandai pandai lah korang cari jenis font seperti yang di kehendaki.

Untuk memuat turun font di komputer, korang boleh pergi ke Dafonts , bila sudah buka, kamu akan lihat seperti paparan di gambar 1 di bawah ;

cara cara nak installs font
Gambar 1
Di dalam dafonts ada berbagai jenis font boleh di dapati, sebagai contoh ada yang jenis fancy, decorative, basic, script, dan kalau korang nak buat jenis ayat yang seram atau bloody, korang boleh guna yang jenis gothic..tekan sekali dan akan keluar berbagai bagai jenis font mengikut kategori yang di pilih. Seperti biasa, (rujuk gambar 1), jika ingin muat turun font tersebut, di sebelah kanan hujung, terdapat butang download, sila tekan butang download tersebut...


Anda Mungkin Meminati :

27 Des 2016

Melaka Power Nak Mampos

Masa Melaka united di liga FAM lagi aku memang penyokong tegar Johor, dulu seingat aku lah, ada dua jenis pasukan johor..iaitu johor FC dan johor...walaupun anak melaka..tapi aku di besarkan di Johor..sebab kampung aku di segamat johor..bila teringat johor..teringat la kisah di zaman kanak kanak waktu itu..best woo johor..!

Player johor paling aku minat masa tu..namanya rusdi sulong..kalau di selangor rusdi suparman..peh..sampai sekarang aku minat pasukan johor, antara nama player bola yang aku ingat masa dulu dulu ialah seperti manja man (kedah), mat la mar jan (sabah), hardi jaafar (Melaka), che zambil (kedah)..dan banyak lagi lah, entah kenapa masa nak tulis artikel ni..blur pula..hehe

Sekarang Melaka dah maju dah..tahun depan masuk liga super..akan bersaing bersama sama JDT..Melaka power nak mampos wei..bak kata penyokong melaka united..haha...walau macamana pun kita bersaudara dan wakil selatan...janganlah taksub sangat dengan pasukan masing masing, walau pun negeri mana yang kau minat...ingatlah kita semua rakyat Malaysia...sikit sikit nak bergaduh, susah lah macam ini..kalau pasukan kau menang besar sekalipun..bukan kau dapat apa apa pun..yang kau dapat...kesan lebam lebam di badan...


Anda Mungkin Meminati :

26 Des 2016

Beli San Disk Dual 32G Di Batam Indonesia

San disk dual 32G ini aku beli masa di Batam tempoh hari, memang banyak membantu aku untuk transfer dan menyimpan data yang terlalu banyak di handphone aku, handphone pun dah semakin ok , ringan dan tak selalu hang (jammed), di handphone aku ni, kadang kadang kalau nak delete satu satu gambar, memang payah pening kepala di buatnya, yelah banyak betul,  kena pilih mana yang nak m mana yang tak nak, kesudahannya selepas membeli San disk dual ultra, aku copy semula data / gambar dan video yang ada dalam handphone transfer terus ke dalam san disk usb ini..

Kalau nak cari gambar yang dah transfer tu semula mudah aje, korang boleh cari dalam san disk dual ultra korang mudah bukan boleh transfer gambar sahaja transfer video pun boleh ringan handphone aku lepas ni takdelah keluar warning storage warning la apa la..rimas


Anda Mungkin Meminati :

24 Des 2016

Tugasan Lebih Akademik

Pada 14 Januari 2017, Skytech Creative akan menganjurkan Bengkel Rujukan Ilmiah yang akan di adakan di Bilik Latihan, Aras 6, Pusat Transformasi Bandar, Bandar Melaka, peserta akan di ajar bagaimana membuat rujukan (citation) dengan mudah di dalam tugasan (assignment) mengikut format yang sebenar tanpa ada kesilapan, bagaimana menggunakan perisian microsoft word, dan juga di bekalkan dengan cd converter PDF .

Di pendekkan cerita, tugasan anda akan menjadi lebih akademik dan berilmiah. Kalau dulu, ambil masa yang lama dalam menyiapkan setiap satu tugasan, dengan menggunakan perisian ini, dapat menjimatkan masa anda.Banyak kelebihan yang boleh di perolehi dalam kelas ini.  

Peserta akan di bekalkan nota, makan & minum (pagi & tengahari), serta sijil penyertaan. Jika berminat boleh hubungi saya di 016 6474201 (Amar) atau emel safirulamar@gmail.com . Anda mengalami kesukaran dalam menyiapkan tesis ? Kelas ini akan membantu anda..tidak perlu risau. Segala galanya hanya di hujung jari. Jom sertai kami.


Anda Mungkin Meminati :

21 Des 2016

Berhati Hati Menekan Video

Takut bila nak tekan video yang share di media sosial seperti facebook atau whats app. Tergamak mereka share video yang merepek dan boleh lah di kategorikan bangang. Konon konon lucu..tapi memalukan..dah tak malu ke? Kena berhati hati bila menekan..dah banyak kali terkena!! Orang yang share video bangang ni langsung tak fikir sensetiviti masyarakat, memang takde sivik langsung...tengah excited nak tengok video..tiba tiba terdengar suara perempuan menyundal..alahai...

Pernah dulu..masa tengah mengajar di sekolah tinggi perempuan..dalam masa tempoh pelajar menyiapkan tugasan, aku check la handphone sekejap..mana lah tahu ada mesej mesej penting ke..volume pula tak silent..haaa...apa lagi..keluar lah suara perempuan sundal menjerit...


Anda Mungkin Meminati :

20 Des 2016

Pengalaman Menarik Ketika Di Batam Indonesia

Saje je nak cerita dengan korang, pengalaman ketika 4 hari di Batam Indonesia..maklumlah second time ke luar negara, sebelum ini ke jakarta dan bandung, setakat ini hanya di indonesia sahaja, eropah belum lagi..haha. Maybe next year ?

Kalau di Batam, tiada apa yang menarik di sana rasanya bagi yang jenis kaki membeli belah, sebab di sana yang ada hanyalah hasil hasil hutan sahaja, semua barangan yang dijual diambil (import) dari luar lokal indonesia atau di johor, bukan hasil dari lokal batam sendiri, kalau nak membeli belah seperti pakaian, barang dapur, harganya agak mahal sebenarnya, kena berhati hati, jangan tertipu, dan kena tawar menawar.

Indonesia dahulu bukannnya seperti sekarang. Mungkin kesan kejatuhan nilai RM!  Apa pun, terasa sedikit aman di sana, apabila melihat suasana sekeliling seperti lanskap nya, gelagat orang-orangnya disana, kebudayaannya, tak lupa juga cewek-cewek nya, di sana aku melihat bertapa susah hidup rakyatnya di sana, yang kaya semakin kaya, yang miskin terus kais mencari sesuap nasi, berniaga di jalanan dan bermain muzik seperti tegar. Di jalanan juga, ramai yang berniaga.


Anda Mungkin Meminati :

16 Des 2016

Bengkel Penulisan Ilmiah

Anda mengambil masa yang lama untuk menyiapkan setiap tugasan (assignment) yang di berikan ? Atau markah yang di perolehi terlalu rendah dan kurang rujukan dan format rujukan tidak mengikut spesifikasi tugasan ? Jangan risau,  aku akan membantu anda bagaimana untuk membuatkan tugasan anda lebih berilmiah dan nampak lebih akademik , jimat masa dan mendapat markah tugasan yang memuaskan / tinggi.

Dengan menggunakan perisian ini, anda tidak perlu lagi risau tiada rujukan atau format rujukan salah dan sebagainya. Semuanya akan menjadi mudah.Sebelum ini, aku ada post artikel berkenaan perisian terbaik ini, korang boleh lihat di : Tidak banyak rujukan di dalam setiap tugasan



Anda Mungkin Meminati :

Cara Cara Membuat Logo 1 Malaysia

Tutorial kali ini berkenaan Cara cara membuat logo 1 Malaysia dengan menggunakan teknik Clipping Mask di Adobe Photoshop. Saya ada membuat tutorial bagaimana cara cara membuat logo seperti 1 Malaysia sebelum ini, anda boleh lihat di Cara cara Membuat Clipping Mask Di Photoshop.

Anda boleh membuat carian di ruangan search  dengan memasukkan ayat kata kunci seperti clipping mask atau photoshop. Amat mudah sebenarnya untuk mrmbuat clipping mask. Walau bagaimana pun, perisian design yang lain seperti Adobe Illustrator, juga menyediakan terdapat fungsi clipping mask, cara yang sama lebih kurang, cuma di Adobe Illustrator, anda hanya perlu pilih kedua dua imej, dan right click, clipping mask.

Ramai yang bertanya, bagaimana mahu membuat logo seperti 1 Malaysia. Ini cara nya, mudah dan pantas. Cara cara Membuat Clipping Mask Di Photoshop.

Anda Mungkin Meminati :

15 Des 2016

Politik Organisasi Perkara Biasa

Pedulikan kata kata orang mengenai kita, tidak mengapa kalau orang tak hargai usaha yang kita lakukan selama ini, suatu hari nanti, pasti usaha kita selama ini akan di hargai, cuma cepat atau lambat. Politik di organisasi itu perkara biasa, siapa yang pandai bodek, pandai berkata kata banyak cakap, pandai jilat, itu lah yang di sanjung dan di julang, sedangkan masih ada yang benar benar layak untuk mendapat pengiktirafan seperti anugerah pekerja cemerlang, namun di ketepikan begitu sahaja atas sebab sebab yang tak munasabah.


Anda Mungkin Meminati :

13 Des 2016

Terbang Jauh ke Kota London dengan Traveloka

Baru baru ini Traveloka iaitu sebuah Sistem atau aplikasi atas talian (online) dan juga sebagai sebuah agensi pelancongan  (Travel Agency) telah menganjurkan peraduan you need a holiday lah!  #MyTravelokaEscapade, peraduan ini terbuka kepada bloggers dan pengguna media sosial facebook , Peserta hanya perlu memilih satu destinasi dari sepuluh (10) destinasi yang di tawarkan, dan ceritakan impian anda bila anda di berada di sana. Mudah kan ? Untuk melakukan carian destinasi pilihan, boleh melayari Traveloka atau boleh muat turun di telefon pintar di Play Store : Traveloka.

Untuk makluman, Traveloka menawarkan dan menyediakan khidmat hotel terbaik dengan kadar harga berpatutan dan menyediakan kadar harga penerbangan yang berpatutan. Segala nya menjadi mudah dengan Traveloka.  

Kalau aku di berikan peluang untuk terbang bersama Traveloka ke negara yang aku minat dan destinasi pilihan yang aku pilih  , aku nak ke kota london. Sejujurnya aku belum pernah ke london (belum pernah ke luar negara sebenarnya, paling jauh pun perlis), ini kan pula London! Ermm hanya tengok kota london dalam televisyen je selama ini, haha, itu pun sebab aku peminat setia English Premier League (EPL) dan menonton perkhawinan eksklusif di raja Prince William, sedikit sebanyak dapatlah lihat permandangan awan, pengangkutan, orang orang dan stadium di sana ! Memang cantik permandangannya dan suasana di sana.


Anda Mungkin Meminati :

11 Des 2016

Perut Lapar Terus Jadi Kenyang

Bengang betul kalau dapat kedai makan macam ini, tak ambil order! tak tahu lah kenapa, tak nampak atau buat buat tak nampak ? tunggu punya lah lama, perut berbunyi, tukang ambil pesanan dah nampak , tapi buat tak tahu je, nak kena panggil baru datang?..eh, siapa yang berniaga ni? Sepatutnya mereka lah cari atau kejar pelanggan. Untung la ada orang datang kedai, daripada tiada pelanggan yang datang. Dari lapar terus jadi kenyang di Kedai Makan Qasreena Cafe , sebab banyak makan angin. Untung.....

Takde pelanggan takde la gaji korang, dah la tunggu lama, lepas tu terus papar tanda close walaupun jam di tangan baru pukul 9 malam, eh habistu orang macam aku yang tengah tunggu ni, meja ke? Kucing ? Atau kerusi ? langsung takde budi bahasa lah pekerja kedai makan di sini Qasreena Cafe ini. Tiada perasaan simpati ke ?  Sekurang kurangnya, datang dan beritahu la...ambil hati pelanggan yang remuk dan lapar gila wei..!


Anda Mungkin Meminati :

10 Des 2016

Blog Walking Sambil Makan Keropok Lekor

Apa aktiviti dan destinasi mana yang di tuju pada cuti panjang sempena Maulidur rasul 12 disember ini (12 Rabiulawal 1438), 4 hari cuti kan ? Yela cuti panjang , bukan selalu mendapat cuti macam ini, masa ini lah nak gunakan sebaik baiknya dan meluangkan quality time bersama family. Tentang aku ? Alhamdulillah musim exam telah habis, dan sekarang ini tengah berehat sambil Blogwalking di blog  rakan rakan bloggers sambil makan keropok lekor dan menghirup kopi panas . Fuh..

Korang tak keluar ke mana mana ke cuti hujung minggu kali ini ? Ermm cuti cuti ni aku nak rehat sahaja di rumah sambil tengok hindustan, sebab penat study tiga (3) paper time exam, dan otak juga penat dan macam nak meletop sebab pening menghabiskan masa membaiki blog aku yang terlalu banyak error seperti crawl, search preferences, dan broken link (remove url).


Anda Mungkin Meminati :

Ternampak Sesuatu Yang Aneh Tergantung

Setiap kali, aku lalu di kawasan berhampiran kedai ini, macam terpanggil nak makan ke kedai makan tu, macam ada sesuatu yang sedap perlu di rasa di kedai makan tersebut, akhirnya, aku tewas dan pergi makan di situ, keinginan ke situ sangat kuat. Dalam hati berkata, kalau sedap datang lagi, kalau tak sedap, tak payah lah datang lagi.

Kali pertama aku datang,  aku memesan mee goreng, dan ternyata sangat sedap dan menyelerakan, dan kali kedua datang di sebelah malam pula, aku cuba makan western food lamb chop, peh! sedap dan terbaik lah! 

Lepas makan, aku panggil kira untuk bayar, dan berjalan terus ke arah kereta, semasa di dalam kereta, aku ternampak sesuatu yang aneh tergantung di pokok betul betul di jalan masuk ke kedai itu. Ada sesuatu berwarna putih tergantung, macam patung pun ada, ah...bersangka baik lah. Entah siapa budak nakal yang gantung patung di situ.


Anda Mungkin Meminati :

9 Des 2016

Cara Mudah Mendapat Pahala Berterusan

Dulu Masa kecil kecil ketika di darjah persekolahan, 21 tahun yang lalu, selalu keluar naik basikal bersama rakan rakan dan sepupu, pergi sahaja ke mana mana yang di inginkan, tapi kena balik sebelum pukul 7.00 petang, kalau balik selepas jam 7 petang, alamat nya kena sebat dengan emak.

Setiap kali perjalanan, kami akan bernyanyi, dan singgah berehat di mana mana lokasi yang sesuai dan melakukan 'aktiviti' sampingan. haha, korang nak tahu apa aktiviti tu? aktiviti nya ialah menanam pokok, dengan harapan setiap kali kitorang lalu, semakin besar dan tinggi. Maknanya, kerap juga lah aktiviti kami keluar bersiar siar menaiki basikal, terutamanya ketika di hujung minggu. Masa tu, whats app, dan handphone kami tak guna, kalau ada handphone, pun nokia butterfly, ada game snake dan snow skies. Itu pun kami dah bahagia.

Agak agaknya sudah besar ke pokok yang kami tanam ataupun telah mati di timbus oleh tanah kesan dari hakisan atau tenggelam kerana projek pembangunan yang rakus dan haloba ? Rindu bila teringat kenangan di zaman dulu dulu, andai dapat aku undurkan masa, aku nak kembali di tahun 1994.


Anda Mungkin Meminati :

8 Des 2016

Latihan Microsoft Excel Di Masjid Tanah

Siang tadi ada program Latihan Microsoft Excel Di Masjid Tanah bertermpat di Perpustakaan desa, pasir gembur Masjid Tanah, ramai yang hadir untuk menimba ilmu, dari kanak kanak hinggalah orang dewasa seperti kaum kaum ibu dan belia, sambutan amat mengalakkan. Terima kasih hadir untuk menuntut ilmu dan menjemput aku sebagai pengajar. Antara yang di ajar tadi di dalam kelas Latihan Microsoft Excel Di Masjid Tanah tadi ialah seperti membuat pengiraan mudah menggunakan formula matematik seperti (tambah, darab, bahagi dan tolak), asas, membina carta graf, mail merge, freeze panes, create & rename sheet dan banyak lagi, Latihan dijalankan secara hands on.

Respon yang di terima pun baik, dan orang masjid tanah memang sempoi dan sporting. Ada masa kita jumpa lagi di kelas yang seterusnya, di lain hari dan di lain tempat.


Anda Mungkin Meminati :

5 Des 2016

Hal Yang Lepas Jangan Di Kenang

Lega rasanya selepas menjawab kertas peperiksaan, lagi satu kertas peperiksaan perlu di jawab! , harap harap keputusan yang akan keluar tidak lama lagi, lulus dengan bergaya. Mudah mudahan. Lepas ni boleh lah berseronok, sebab dah nak habis tempoh exam kan? Indahnya dunia!!! Yang menjadi mimpi ngeri bila selepas menjawab dan keluar dewan, kau tengok buku untuk buat semakan betul atau salah apa yang kau jawab. Lepas tu kau termenung! haha. Ingat ni, Hal yang lepas jangan di kenang, kalau di kenang, boleh meroyan di buatnya.

Dalam diam diam sekejap sahaja dah nak habis belajar, dulu mak ayah suruh sambung belajar lagi selepas habis diploma, aku tak mahu, nah sekarang!! , baru nak menyesal (mungkin sebab ekonomi tak berapa stabil dan untuk kenaikan gred kot, haha), kena ambil semula semua (full) subjek tanpa ada exemption credit, sebab dah 8 tahun tangguh degree. Pedulikan apa orang kata, selagi boleh sambung, sambung lah belajar, pejam celik pejam celik, dah nak habis! sekejap je masa berlalu.


Anda Mungkin Meminati :

PENAFIAN

Ini adalah Blog Peribadi Penulis. Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan,Mulut Berbuih, Kematian, Pengsan atau Sebarang Kecelakaan dan Penyakit Berjangkit. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Artikel boleh di ubah, mengikut situasi semasa, Terima Kasih