blogbanner2020betul skytech2020new iklansewa latihanICT

29 Nov 2019

Muka Senyum Lain Macam

Hari ini muka zeref senyum lain macam, dengan harapan nak minta daddy handphone tablet yang baru. macam tak bersalah, bila aku sampai je rumah, buka pintu, dia dah tercegat kat depan aku, lepas tu siap bagi salam dan cakap daddy kenapa wangi ni..haha.

Lain macam, ayat manis eh, ah, maaf akaun tahun ni dah closing (tutup), tunggu bajet tahun depan. Tengok tv je, banyak cerita kartun kat televisyen tu kan. Daddy pun dah bertahun tak tengok Televisyen, sebab korang asyik cop remote. Nasib baik ada telefon pintar dan laptop, dapatlah tahu sikit perkembangan semasa apa yang terjadi di luar sana.

Nasib baik gadget nya pecah, kalau masih ok, kerja nya asyik nak minta puji je, ajak orang tengok dia main game, lepas tu minta pendapat kita, dia power ke tak? Haha. Ini kisahnya , bagaimana boleh terbarai tablet gadget dia. Tekan di sini


Anda Mungkin Meminati :

Pening Kepala Daddy Begini

Aduh, pening kepala daddy begini, apa taknya bila sampai je di rumah ,balik dari kerja , terkejut bila Zeref menangis, ingat apa la masalahnya, berebut biskut ke apa ke, terjatuh ke, rupa rupanya menangis sebab tab gamenya pecah. Aduh. Pening kepala daddy begini nakkk oi, tab gadget handphone ni, harga nya bukan macam harga gula gula mentos atau kinder joy awak tu, penat daddy cari duit nak belikan awak gadget ini, luluh hati daddy bila lihat kondisi nya yang teruk berkecai. 

Bila dengar apa alasan si budak kecik ni, kenapa sampai berkecai ? , alasan nya, tak boleh nak muat turun game yang baru...! Nak cari game baru yang senang menang je! Tu yang dia hempas handphone...padahal internet tiada, penyelesaiannya restart (onoff) modem internet unifi, kan dah beritahu, kalau internet tak dapat, beritahu lah pengasuh, biar pengasuh yang off dan on kan modem tu. Pengasuh pun tak cerdik. Tak boleh nak mengawal suasana keadaan. Nak marah pun tak guna, benda dah berlaku...


Anda Mungkin Meminati :

27 Nov 2019

Contest Isi Dialog Di Blog At-Tarmizi.Com

Banyak betul wei segmen dan giveaway hujung tahun 2019, rugi kalau tak turut serta, ini lah keistimewaan bila join komuniti bloggers, Semoga penganjur pertandingan ini di murahkan rezeki melimpah ruah dan di berikan kesihatan sihat sentiasa untuk teruskan menulis sesuatu yang bermanfaat di blog masing masing.

Tertarik juga dengan Contest Isi Dialog Di Blog At-Tarmizi.Com yang di anjurkan oleh bloggers Tarmizi ini. Seorang bloggers yang minat melukis watak watak kartun, kreatif sungguh, menggunakan platform bloggers untuk menyampaikan mesej melalui watak kartun nya. Pernah berjumpa dengan bloggers ini dan kebetulan ketika itu aku berada di Negeri Melaka, Saudara Tarmizi pernah datang kelas Web Development, rasa nya, boleh tekan di SINI tahun bila tu tak ingat..!Huh..Maaf, cepat lupa sekarang ini, sudah tua! haha..dalam kelas dia seorang yang pendiam bak kata orang 'diam diam berisi tu'.


Anda Mungkin Meminati :

26 Nov 2019

Cara Cara Untuk Papar Hidden Post Di Facebook

Ok, tiba tiba datang rajin pula nak buat tutorial kembali, tutorial ini ialah Cara Cara Untuk Memaparkan Semula Hidden Post yang kita hide kan di timeline facebook. Puas juga cari macam mana cara nya nak re-post semula apa yang kita hide (sembunyi) kan sebelum ini, mungkin sedikit sebanyak dapat membantu. Ramai juga yang tidak tahu

Kadang kadang, setiap post yang kita posting di facebook tu, menyentuh sensitiviti pembaca yang boleh mengugat keharmonian atau salah faham yang mana boleh membuat rakan rakan terasa hati, bila dah salah faham, mula lah nak kecam mengecam, aduh! nak delete, sayang pula post ini, sebab mungkin banyak komen dan like, ah, mungkin boleh sembunyi kan je buat sementara, lain hari boleh keluarkan semula.

Mari kita lihat Cara cara untuk memaparkan semula hidden post di Facebook. Mudah sahaja caranya. mari lihat cara cara nya di bawah ini,


Anda Mungkin Meminati :

25 Nov 2019

Segmen Blogwalking 2019 Mialiana.com

Sempena hujung akhir tahun ni, biasalah banyak pertandingan di adakan, antaranya seperti Segmen Blogwalking 2019 Mialiana.com, antara bloggers yang rajin mengeratkan 'silaturrahim' sesama bloggers yang lain, kepada yang berminat untuk Join Segmen Blogwalking 2019 Mialiana.com ini, korang boleh klik pada gambar segmen yang di sediakan di bahagian bawah ini. 

Ternampak Segmen ini di ruangan bloglist, ermm memang blog mia liana ini ada di bloglist aku. Blog yang bertuah akan dipilih secara manual dan akan dimasukkan ke bloglist Mia selama setahun pada tahun 2020. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 15 Disember 2019. Hah..cuba lah mana tahu, korang menang kan ? Bak kata Mia, untung sabut timbul, untung batu tenggelam. 

Hanya perlu kongsi (share) gambar yang di sediakan,  di fahamkan, semua (coding) telah di sediakan oleh Bloggers Mia ini. hah, hanya perlu copy dan paste je...mudah! Jom sertai Segmen Blogwalking 2019 Mialiana.com. Bukan calang calang bloggers mia ni...kalau nak tingkatkan traffic blog korang, sertailah...! Haha


Anda Mungkin Meminati :

22 Nov 2019

Kursus Grafik Adobe Untuk Perniagaan

Terima kasih kepada agensi KEMAS kerana menganjurkan program yang sangat berguna kepada masyarakat setempat iaitu kursus jangka pendek latihan asas rekabentuk grafik, terima kasih kerana menjemput aku untuk mencurahkan ilmu kepada peserta kursus ini khas untuk tujuan perniagaan kali ini.

Kursus singkat ini di jalankan selama dua hari bertempat di pejabat kemas di Bukit Baru melaka. Latihan di jalankan secara hands-on. Banyak topik yang di ajar seperti membina tulisan jawi, membuat banner, majalahh, design baju, clipping mask, red eye dan banyak lagi. Alhamdulillah, semua peserta faham apa yang di ajar selama dua hari, dan hasil tugasan masing masing sangat memuaskan menunjukkan yang mereka faham dan fokus apa yang aku terangkan.


Anda Mungkin Meminati :

18 Nov 2019

Sekali Sekala Ubah Selera

Hari ini, nak ubah selera makan tengahari, biasanya nasi berlauk, tapi kali ni, nak cuba makan apam balik dan air kelapa lah, murah pula tu dan yang penting kenyang, memang terbaik. Harga apam balik ini, Rm 2.00, cukup rasa dan intinya, terbaik lah wei, manis, rasa kacang nya, memang kenyang dan menyelerakan kalau makan semasa panas, itulah kehebatan kuih apam balik.

Sekali sekala kena ubah selera, merasai kelainan dan mempelbagaikan menu, baru lah kita menikmati kehidupan yang sebenar yang berwarna warni, apam balik memang makanan kegemaran aku, haha, ada jagung, ada kacang, manis dan lembut...fuh! 


Anda Mungkin Meminati :

17 Nov 2019

Makan Rojak Tonggek Di Pulau Pinang

Minggu ni sibuk dengan aktiviti kugiran band di butterworth, pulau pinang. Pergi ke sana pun naik bas je, dengan menempah tiket di red bus. Perjalanan ke sana memang letih, di tambah lagi naik bas, memang bengkok badan.

Betul orang ramai cakap, pulau pinang ni, memang syurga makanan, kalau nak merasai makanan yang sedap gila dan murah, jom kita ke pulau pinang, sepanjang tempoh dua (2) hari aku berada di sana memang penat gila wei, bukan penat otak atau penat fizikal badan sangat, tapi penat mulut ni nak mengunyah makanan, rugi je dua hari kat sana, tak puas, nasihat aku kalau korang nak ke pulau pinang, kena ambil cuti lama sikit, kalau setakat pergi dua hari atau balik hari macam aku ini, memang tak berbaloi, buat penat letih badan je. Banyak lagi tempat makan yang best tak dapat pergi, sedih.


Anda Mungkin Meminati :

15 Nov 2019

Hero Adiwira Tidak Jadi Datang

Ada tak pembaca blog yang lahir era 80 an ( sudah pasti umur korang mencecah 30 tahun ke atas ) pada waktu ini. kan? Hihi Sewaktu kecil dahulu, korang mesti ternanti nanti rancangan televisyen superhero korang kan? Setiap jam 4.00-6.30 petang...memang best pada waktu tu, rancangan yang sentiasa di tunggu tunggu waktu itu seperti Ultraman taro, Zoffi, The Fruitties, sailorman, summersault, flashman, thundercat, Masked Rider, Voltron, Katy Catterpillar dan lain lain lagi.

Memang kenangan yang tidak akan di lupakan, tapi bila cerita dengan anak anak , diorang tak heran dan tak kisah pun...langsung takde perasaan nak mengenali superwira tu, yang diorang tahu boboi boi, booba, internet, komputer, dan kartun zaman milennium. Huh...


Anda Mungkin Meminati :

13 Nov 2019

Rezeki Tak Pernah Salah Alamat

Murah rezeki hari ini, biasanya rutin setiap sarapan pagi sebelum masuk pejabat, menu sarapan seperti biasa ialah roti canai kosong, telur separuh masak dan nescafe panas, tapi tiba tiba hari ini tekak mengidam nak makan bihun goreng. 

Semasa menunggu makanan tiba, tiba tiba ada seorang kawan dari (bekas tempat kerja lama), datang dan sempat jugalah borak sembang dan tanya khabar, dia belanja makan sarapan tadi, rezeki Allah beri, Allah gerak hati rakan tersebut untuk berjumpa di kedai makan yang sama.


Anda Mungkin Meminati :

12 Nov 2019

Muka Senyum Dapat Jam

Kalau dulu, Zeref masa umur 1-2 tahun, bila masuk je pasaraya, diam je tak banyak karenah dan permintaan. Apa yang di beli, terima dengan hati terbuka, siap senyum lagi, masuk umur 3 tahun, erm, kisah seram sejuk bermula bila fenomena coklat dengan permainan kinder joy menjadi permintaan setiap hari anak anak setiap kali aku pulang dari kerja. Huhu, demam gua...tak boleh beli satu, kena beli tiga(3) baru tak bergaduh. Kadang kadang, tak beli dan layan sangat pun, daddy tunjuk wallet ada RM 1(Satu Ringgit) je, maknanya selamat untuk hari tu je, siap cakap lagi ( kesian daddy takda duit) haha, lepas setengah jam, bagitahu, daddy esok jangan lupa ya, kinder joy untuk saya ya..huhu.

Tahun depan dah nak sekolah, 5 tahun dah, siang tadi bawa ke pasaraya jalan jalan window shopping, zeref ternampak pula jam, nak jam pula dia...aduh, nasib baik murah...!


Anda Mungkin Meminati :

TIdak Tahu Nama Penuh Kawan

Kawan dah lama, bertahun tahun tapi nama penuh kawan sampai sekarang tidak tahu, biasanya panggilan nama kawan banyak jenis kategori, tak tahulah nama ini mengajuk ke, mengejek ke, ada kategori buah, haiwan ternakan, serangga dan kategori jelik. Banyak nama serangga dan haiwan lembab, seperti katak, penyu, dan kura kura, bila di majlis keraian seperti majlis kahwin, dan sebagainya, kawan kau takde masa tu, mak ayahnya pula tanya, cari dan kawan siapa tu nakk ? Mengigil kau nak menjawab, menyesal tak sudah sebab tak tahu nama penuh kawan kau, mak ayah nya beri nama Mukhriz, kau panggil dia Penyu..!Nama kawan Muhsin, kau panggil Kulat, Mengigil jugalah nak menjawab sebab TIdak Tahu Nama Penuh Kawan

Terpaksalah tunggu lama sikit ditepi jalan depan rumah dia, hantar sms pada kawan tu (penyu) untuk keluar depan rumah, Ada satu peristiwa, masa sekolah dulu, ke rumah kawan sebab nak pinjam buku sekolah untuk photostat buku dia, sampai je kat rumah dia, nampak mak dia, dan terus bagitahu, Makcik, katak ada rumah  ? haha, mak dia terus panggil katak, oh katak, kawan kau datang cari kau ni, keluar cepat tak! haha 


Anda Mungkin Meminati :

9 Nov 2019

Berjaya Membuat Resepi Asam Rebus

Salam kepada semua pembaca, cuma nak beritahu berberapa berita gembira pada korang semua, permohonan google adsense untuk kali ke 8 bagi domain baru blog ini akhirnya telah diluluskan, Terasa seperti mati hidup kembali la di dalam arena bloggers ini, harap perkongsian di blog ini bermanfaat dan artikel yang ditulis dapat membantu korang sedikit sebanyak didalam urusan seharian.

Semakin bersemangat untuk aktif berblog kembali selepas menerima berita gembira ini. Apa taknya, ketat betul syarat syarat google adsense ini, bukan mudah nak mohon google adsense ini.

Ok topik kali ini, bukan berkenaan berita google adsense diluluskan sahaja, tapi berkenaan Berjaya Membuat Resepi Asam Rebus, juga, Jujur nak cakap, memang suka dan rindukan masakan emak sebenarnya, selalu balik menjengah dia di kampung, setiap kali pulang ke kampung, mak selalu masak lauk asam rebus, sotong masak hitam, asam ikan bilis, asam pedas ikan parang, telur ikan kunyit dan banyak lagi lah, semasa pulang ke kampung hari itu, sempat minta emak resepi macam mana nak buat  Resepi Asam Rebus.


Anda Mungkin Meminati :

6 Nov 2019

Tiba Tiba Hilang Ingatan

Salam dan hai kepada semua pembaca blog ini, haha, posting kali ini santai, sekadar nak beritahu yang aku 'ada ni haaa'!! Tadi di minda, banyak benda nak tulis, tapi bila nak menulis di blog, tiba tiba hilang ingatan, rasa nak kena sawan pun ada, tulis padam, tulis padam, blurr..haha, ermm tapi pelik bila tutup laptop, tiba tiba banyak pula idea datang, mencurah curah macam air terjun...!

Begitu lah hidup seorang penulis separuh masa, tak boleh imagine kalau yang blogger sepenuh masa ni, tulis, ada income, tak menulis, takdelah income, bagaimana la situasi mereka? Macam mana la mereka dapat idea dalam menulis, suka tak suka, kena teruskan juga menulis demi periuk nasi, siapa kata menjadi blogger senang ? Kadang kadang terpaksa ambil mood untuk menulis, bila nak mula menulis tu,  kena minum kopi, suasana nyaman, buka laptop, korbankan masa untuk bersama keluarga, nampak tak? masa tu emas..jadi tak mustahil lah, jika berkolaborasi atau review any produk blogger meletakkan harga yang mahal, itu bagi bloggers yang top famous la,

Rating saya sebagai bloggers belum sampai tahap level rate macam tu lagi, baru sampai puluh puluh ratus je..haha .


Anda Mungkin Meminati :

5 Nov 2019

Cara Cara Nak Membuat Pendaftaran Online Menggunakan Barcode

Salam, oleh kerana ramai yang bertanya soalan ini kepada aku, kali ini aku nak share kepada korang Macam mana nak buat pendaftaran dan dalam masa yang sama boleh guna handphone, scan dan isi maklumat, selesai! , maksudnya tiada kertas di perlukan (paperless) lagi, ermm lagi satu (1) bulan lebih nak masuk tahun 2020 wei, tapi masih ada yang guna lagi kertas untuk tujuan pendaftaran..haha. Come on la..! 

Ok post artikel pasal Cara cara membina Bar Code korang boleh lihat di SINI . Sangat mudah..aku prefer korang buat form pendaftaran dahulu, sekarang dah mudah, tak perlu ada pengetahuan pasal coding skrip, korang boleh guna kan google form sahaja.

Mari kita lihat Cara Cara Nak Membuat Pendaftaran Online Menggunakan Barcode.


Anda Mungkin Meminati :

PENAFIAN

Ini adalah Blog Peribadi Penulis. Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan,Mulut Berbuih, Kematian, Pengsan atau Sebarang Kecelakaan dan Penyakit Berjangkit. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Artikel boleh di ubah, mengikut situasi semasa, Terima Kasih