Banner blog safirulamar 2020 iklansafirul1

5 Des 2018

Pelbagai Dugaan Dalam Hidup

Sebagai manusia kita memerlukan masa untuk bersendiri tanpa memerlukan sesiapa untuk menemani, dengan bersendiri mungkin akan lebih tenteram dan tenang. selagi namanya manusia, memang tidak akan lari dari di uji masalah dan dugaan.

Aku juga manusia biasa yang kadang kadang menghadapi pelbagai dugaan dalam hidup, orang di sekeliling tak faham apa yang kita lalui, dan jika tersalah pilih orang untuk mendengar masalah kita, akan jadi lebih kritikal lagi, kerana orang sekeliling hanya mampu mendengar, dan bersimpati, jika yang tak faham situasi kita, mereka akan 'mentertawakan' kita di dalam diam, kerana mungkin ada yang  mahu melihat kita tersungkur, nasihat aku janganlah mudah percaya pada orang kecuali anggota keluarga kita, dan jangan pula menghebahkan masalah kita pada teman teman, media sosial dan lain lain. Bertenang dan cari cara yang lebih mendamaikan ingat tuhan, lihat pula pada sekeliling kita dan jadikan inspirasi pada kita untuk terus berjaya contoh nya, kalau kita rasa hidup susah sangat di sebabkan ekonomi yang tidak stabil, cubalah lihat pada sekeliling kita ada yang lebih susah dari kita sebenarnya lihat bagaimana mereka menyambung hidup...!


Anda Mungkin Meminati :

16 Nov 2018

Kecewa Pemberian Tidak Di Hargai

Dulu, perkara pertama sekali kalau nak membeli mainan atau terima alat permainan, tengok buatan (made in) dulu dari mana, kalau Made In China, taknak mainan tu, tapi kalau Made In Jepun, memang sayang gila la pada mainan tu. Hehe

Barang Murah Tidak Semestinya Tiada Kualiti, baru baru ini, sedikit kecewa, bila pemberian kita di tertawakan dengan alasan dilihat seperti jam murah pasar malam. Sebenarnya aku tak nyatakan berapa pun harganya, memang harga asalpun berberapa ratus, dan nak di jadikan cerita sempena sale, dan ada duit lebih sedikit, jadi, belilah, tapi, sedih bila pemberian itu di ketawakan penerima begitu sahaja, dah macam lirik lagu roti gardienier kan, begitu saja. Kecewa Pemberian Tidak Di Hargai


Anda Mungkin Meminati :

22 Okt 2018

Cara Mudah Download Video Dari Facebook

Mungkin kita terlihat video yang menarik hati dan mahukan video tersebut, tapi tidak tahu macam mana nak download video dari facebook ini kan? Macam mana Cara Mudah Download Video Dari Facebook ini, sebenarnya banyak cari yang digunakan untuk download video dari facebook ini, tapi salah satu cara yang biasa aku gunakan adalah dengan cara yang begini, Jom cuba Cara Mudah Download Video Dari Facebook di bawah ini.

Di Artikel sebelum ini ada juga tutorial Cara mudah download video dari youtube, boleh menggunakan cara yang sama, cuma tutorial ini, secara terus dari youtube. Boleh klik disini untuk melihat cara caranya. Tapi, bagaimana jika nak download video dalam facebook ? sangat mudah caranya, boleh ikuti langkah demi langkah yang dinyatakan di ruangan bawah ini. 


Anda Mungkin Meminati :

21 Sep 2018

Cara Cara Buat Tulisan Jawi

Tiba tiba customer minta tambah tulisan jawi dalam di artwork design, nasib tahu macam mana Cara Cara Buat Tulisan Jawi ini, memang mudah sebenarnya, cuma bagi yang tiada keyboard jawi, kena cuba setiap huruf di keyboard, kena cuba satu satu huruf, nasib baik emak masukkan kelas mengaji dan kelas agama setiap petang lepas sekolah pagi.

Proses untuk menghasilkan tulisan jawi mudah sahaja, boleh lihat pada artikel yang ditulis sebelum ini di SINI .Sebenarnya tidak lah susah mana pun, hanya perlu ikut langkah langkah satu persatu Cara Cara Buat Tulisan Jawi ini, tak perlu lah nak muat turun font jawi di internet, hanya lakukan berberapa setting didalam komputer anda sahaja. Sebagai contoh, aku boleh memilih font jawi jenis maghribi, boleh pilih tulisan jawi gaya dari negara mana,  yang penting orang ramai faham apa mesej yang cuba hendak disampaikan.

Biasanya, didalam kelas Microsoft Word ataupun di dalam kelas grafik design, aku akan mengajar topik berkaitan penulisan jawi ini juga. Pernah juga, ada sebuah agensi yang meminta membuat kelas photoshop semata mata nak tahu bagaimana mahu buat tulisan jawi, tujuan utama, nak memartabatkan bahasa jawi, dan meletakkan di papan tanda di tepi tepi jalan raya,


Anda Mungkin Meminati :

16 Agu 2018

Cara Cara Hilangkan Error Di Web Page

Artikel ini adalah cara cara untuk hilangkan error di Web Page Joomla ataupun langguage php, error seperti Notice : Undefined index option : search in C:\xampp\htdocs\ . Bila error dipaparkan tiba tiba setiap page web korang, mesti pening kepala kan? apa koding yang error tu, variable apa yang tak declare dan sebagainya, kalau di Joomla versi 2.5 atau 3.6 - ke atas, ada bahagian enable or disable error teletak di global configuration. Tapi bagaimana kalau di script language PHP? Kenapa keluar error undefined index ini di webpage korang ?

Jawapan kenapa terjadi error seperti ini ialah kerana versi PHP / Apache yang di bangunkan pada ketika itu tidak relevan lagi di gunakan pada masa ini kerana telah update versi PHP yang paling terbaru. Haish...! Cara nya untuk membaiki error Notice : Undefined index in C:\xampp\  ialah dengan menyalin dan meletakkan coding ini di bahagian atas di dalam setiap fail.php anda  yang keluar error itu. letakkan di bahagian paling atas sekali di dalam coding anda (di setiap fail php yang keluar error undefined).


Anda Mungkin Meminati :

13 Agu 2018

Tiga Sebab Kita Kesempitan Wang

Berikut ada lah tiga (3) sebab kenapa kita Kesempitan wang, mengikut pengalaman diri sendiri (apa yang terjadi) dan tidak membabitkan dengan sesiapa bagi yang hidup. Mungkin boleh ambil iktibar sedikit dari apa yang aku ingin cuba sampaikan di bawah.

Ya, banyak lagi sebab sebab kenapa kita selalu kesempitan wang kalau menurut Agama antaranya seperti wang tak berkat, wang di perolehi dari sumber yang haram, makan harta anak yatim dan sebagainya, maka nya, wang sentiasa tidak cukup, 3 (tiga) sebab yang di nyatakan di bawah adalah perkara yang biasa kita dengar, kadang kadang terjadi di dalam hidup kita, apa yang kita hadapi, dan mungkin kita lakukan dan namun masih boleh dijadikan pedoman dan iktibar.

Walau macamana pun, jika kita mempunyai Cash Flow yang teruk buat masa ini, cuba jual barang apa yang boleh di jual, tutup hutang mana yang boleh, dan taubat seterusnya bina semula hidup dan kekayaan anda. Jangan lupa belajar untuk memberi, lagi banyak kita memberi walaupun sedikit, pasti akan ada rezeki kita perolehi nanti. Boleh baca kisah memberi di sini


Anda Mungkin Meminati :

8 Agu 2018

Aplikasi Find My Device

Pening kepala sebab mencari barang yang hilang ? memang pening kepala kalau mencari barang hilang atau tercicir, apatah lagi barang yang kerap kita pegang hari hari seperti telefon, tab, ipad dan sebagainya, selagi nama nya teknologi, sudah pasti boleh di temui (inshallah), jika kita bersedia dari awal, seperti memasang (install) siap siap aplikasi Find My Device.  Jika gajet anda hilang, tercicir, atau terlupa letak di mana ? Dengan aplikasi Find My Device, inshallah pasti akan dapat di kesan...

Bagi aku aplikasi ini, memang terbaik, unik dan mudah untuk install. Tapi, tutorial Find My Device ini, lebih kepada setting di smartphone VIVO V5, sebab aku guna versi ini (agak ketinggalan). Namun begitu, smartphone terkini, keluaran seperti Vivo, Oppo, Hua Hwei ataupun jenama dari android yang lain, mungkin juga telah tersedia find apps di bahagian setting, korang hanya perlu enable dan install sahaja. Mungkin berbeza layout ataupun term ayat yang berbeza, tapi boleh cuba lihat tutorial di bawah..mana tahu sama..! Boleh ikuti langkah yang aku sediakan di bawah ini, 


Anda Mungkin Meminati :

Kisah Berjumpa Dengan Perempuan Tua

Seperti kebiasaan apabila pulang menuju ke rumah...setiba di perhentian lampu isyarat di persimpangan akan muncul si perempuan tua (india muslim) dengan bingkai gambar anak nya..meminta sedikit wang kepada orang ramai dari sebuah kereta ke sebuah kereta...perempuan tua tu bukan meminta saja saja..malah dia juga menjual tisu dan pen.

Pada suatu hari memang tiada langsung duit kecil di dalam dompet...yang ada hanyalah 2 (dua) keping RM 50, wang itu aku ingin gunakan untuk urusan kenderaan dan selebihnya belanja harian...cukup lah rasanya sampai hujung bulan....huhu.

Nak di jadikan cerita...perempuan tua itu semakin hampir...seperti biasa aku tetap 'memberi' walaupun sedikit tanpa mengambil sebarang bentuk fizikal dari perempuan itu samaada tisu mahupun pen...tapi pada kali ini, bukan terpaksa..tapi bila memikirkan kesusahan yang aku lalui pada ketika itu, rupa rupanya masih ada lagi insan yang susah, kais pagi makan pagi..kais petang makan petang..kesian.


Anda Mungkin Meminati :

6 Agu 2018

Program Amal Tanggungjawab Sosial Korporat Di SRA Jaim Limbongan

Pada 8 Julai 2018 (Ahad) yang lalu, aku bersama rakan rakan di tempat belajar, telah menjayakan aktiviti Program Amal Tanggungjawab Sosial Korporat Di SRA Jaim Limbongan Melaka, alhamdulillah aktiviti ini berjalan dengan lancar dengan cuaca yang baik, penyertaan daripada pelajar pelajar pun ramai dan mendapat sambutan mengalakkan. 

Pada hari tersebut, kami bersama sama ahli jawatankuasa alumni kelab pelajar Open Universiti Malaysia OUM, mengecat bilik kelas, menyusun buku, meja dan kerusi, dan lebih kepada aktiviti pembersihan dan mencantikan bilik kelas. program tersebut bermula pada jam 8.30 pagi hingga pukul 4.00 petang. Ahli jawatankuasa di bahagikan kepada berberapa kumpulan.

Bagi aku program CSR (corporat social responsibility) ini sangat baik dan secara tidak langsung dapat memberikan tambah nilai dan memberikan persepsi yang baik dari masyarakatkepada sesebuah agensi yang menjayakan program komuniti seperti ini. Terima kasih pihak Open Universiti Malaysia kerana menjayakan program amal sosial ini, dalam beramal, tubuh badan pun sihat.


Anda Mungkin Meminati :

Ternampak Sesuatu Yang Berbulu

Pada suatu malam ketika balik dari kerja, Ternampak Sesuatu Yang Berbulu, bergerak gerak kelihatan seperti kucing jinak ini di perkarangan rumah, comel dan kembang bulunya, dalam fikiran aku, mungkin dia lapar, terus pergi beli makanan kucing paket kecik dan letakkan air di dalam satu bekas, seronok bila lihat kucing tu gembira dan menikmati makanan nya, cantik kucing ini, bersih.

Puas juga hebahkan kan di media sosial, minta tuannya datang ambil, tapi tiada siapa yang mengaku kucing mereka, selagi tiada yang menuntut kucing ini, biar aku jaga sementera, lagipun aku teringin nak bela kucing sebenarnya, seronok bila pergi balik kerja ada kawan yang menemani setia, cantik dan bersih bulu nya.


Anda Mungkin Meminati :

17 Jul 2018

Menjadi Penganggur Akhirnya

Salam, dah bersarang rasanya blog ini, dari puasa sampai la habis raya, baru nak update blog, ini pun sebab datang angin baik tiba tiba nak update blog, haha. terlalu banyak cerita yang hendak di kongsikan, cuma berita sedih nak beritahu, program percuma ICT telah pun dimansuh kan oleh kerajaan negeri melaka. Jadi, dengan dukacitanya aku bergelar penganggur,

Apa pun nak buat macamana..kehendak mereka, alasan nak jimatkan kos....! Baru selesai buat open house raya kecil kecilan, sebagai penutup kepada raya bagi tahun ini, Alhamdulillah ramai yang hadir, terima kasih pada semua, Berberapa perkara gembira yang perolehi walaupun bergelar penganggur ketika ini ialah ;


Anda Mungkin Meminati :

14 Mei 2018

Misteri Senduk Di Gerai Rembia

Sebuah lagi Misteri Berlaku Di Rembia yang berlaku pada diri ini, berlaku di sebuah medan selera yang terletak di RNR Rembia Alor Gajah. Masa tu ada tugas mengajar di daerah alor gajah, nama tempatnya brisu, ermm macam tuh lah tapi sebelum ke sana, ingat nak isi perut dulu yang kelaparan yela nak mengajar kan, kena bersemangat dan bertenaga, macam mana student nak faham, kalau perut pengajar.

Dalam kebetulan menuju ke lokasi mengajar, ternampak perhentian rawat dan rehat (R&R) rembia, baik juga kalau berhenti di sini, bolehlah alas perut. Misteri Senduk Di Rembia Alor Gajah ini mula hadir apabila tiada senduk di setiap bekas lauk yang di sajikan, macam mana nak ambil kuah dan lauk ni? aku ni jenis bukan yang kuat makan, kalau ambil lauk pun sikit je, semasa jengah lauk, tuan kedai datang, diam je, aku pun tanya dia, Cik, mana senduk, saya nak ambil lauk ni, dia jawab, nak ambil apa ? aku jawab lah nak ambil kuah dan bendi sedikit, boleh ?


Anda Mungkin Meminati :

18 Apr 2018

Hidangan Dari Sisa Bahan Buangan

Beruntungnya kita menjadi rakyat Malaysia, semuanya serba serbi cukup, walaupun bersederhana, namun bersyukur kerana masih lagi dapat hidup aman, dapat menikmati makan dan minum, walaupun nasi, sambal dan telur dadar sahaja pun itu sudah cukup menyelerakan, Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah, terlalu banyak makanan melimpah ruah sehinggakan berlaku pembaziran, makanan yang tak habis, di buang begitu sahaja ke dalam tong sampah.

Di luar negara, golongan miskin khususnya luar bandar di Filifina amat terlalu daif dan keadaan ini memaksa golongan ini agar terpaksa melakukan aktiviti untuk menyambung hidup dengan mengutip lebihan sisa makanan di dalam longgokan plastik sampah yang dibuang oleh pekerja pekerja restoran mewah di sana. Bahan buangan dari restoran atau kedai makanan minuman di ambil, sisa ayam ini akan diproses dan dimasak semula untuk dimakan. Makanan ini dipanggil ‘PagPag’ iaitu istilah Tagalog untuk makanan yang dihasilkan daripada sampah ini.

PagPag bukan sahaja sisa ayam daripada sampah, malah boleh jadi daging beku yang sudah tamat tempoh,ikan atau sayur-sayuran yang dibuang oleh pasaraya. Adakah korang semua sanggup melakukan ini jika keadaan ekonomi memaksa ? bersyukurlah hidup di Malaysia yang mana, semua rakyatnya mendapat 'kemewahan' makanan, sehinggakan berlaku pembaziran.



Anda Mungkin Meminati :

26 Mar 2018

Kerap Mimpi Duit Syiling

Teringat kenangan pelik semasa waktu masa kecil dahulu, Kerap Mimpi Duit Syiling yang berada di suatu tempat, bila ke tempat tu, ada duit syiling, teringat semula, sebabnya terjumpa syiling seperti syiling RM 0.20 sen di area parking kereta, tapi tulisan di syiling tu dah tak jelas. tu yang bila nampak je syiling ni teringat zaman kecik dulu dulu.

Begitulah kisah nya, nampak lucu kan ? tapi itulah kebenaran nya..hanya menceritakan semula kisah kisah waktu kecik dahulu...! selalu juga mimpi syiling emas.


Anda Mungkin Meminati :

22 Mar 2018

Jangan Sampai Salah Faham

Takut tengok flyers untuk event besar di negeri melaka, anjuran syarikat penyiaran yang telah bertapak lama, pengisian program nya bagus dan berkonsepkan edutainment , aku sokong, cuma bila terpandang flyers ini, antara artis artis yang di jemput, nama band antaranya yang sertai, adui! cadangan aku, bagus lah di letakkan singkatan sahaja, ada ke letak full name, apa pun apa apa artis sudah okay, bagi aku lah, rata rata peminat setia bagi syarikat penyiaran lama, terdiri daripada orang orang tua atau veteren, cuba kau bayangkan, kalau dia nampak nama band ini ? haha

Apa pun, aku tak salah kan band itu, nama pun band indie...mestilah gila gila! kan ? aku pun dulu main band gak...nama band guna bahasa english, kalau pakai nama melayu, karang takut orang salah faham! haha....


Anda Mungkin Meminati :

19 Mar 2018

Adobe Photoshop Giat Mara

Pada 14 Mac 2018 , mengajar perisian grafik adobe photoshop kepada pelajar pelajar dari Giat Mara Simpang Ampat, pelajar yang menyertai latihan photoshop ini daripada jurusan Beauty Spa. kenapa mereka terlibat di dalam kelas grafik ini? Tujuan utama adalah untuk mempelajari teknik teknik mempromosi beauty spa mereka dengan cara menyebarkan flyers seterusnya dapatlah mempromosikan kursus spa yang mereka anjurkan. Langkah dan usaha yang bagus, menimba ilmu dan dalam masa yang sama, menambah pendapatan.

Di dalam kursus ini, mereka diajar bagaiamana menggunakan setiap tools,cara cara membina banner, bunting, majalah dan flyers mengikut ukuran sebenar, dan cara cara membuat layout design di adobe photoshop. Banyak kebaikan dan kelebihan apabila mempelajari perisian photoshop ini.


Anda Mungkin Meminati :

6 Feb 2018

Program Mengajar Di Awal Tahun

Tiada apa yang menarik untuk di kongsikan di awal tahun baru 2018 ini, seperti biasa lah, laporan dari program mengajar di bulan januari yang lalu, di panggil sebagai pengajar untuk mengajar di dua kelas iaitu, Kelas Google 3D untuk anak anak dari akademi tamil, majoriti anak tamil, dan Microsoft Office Word (Intermediate dan Advance).

Bagi program Microsoft Office:Word pula, peserta terdiri dari Giat Mara, Melaka, kebanyakkannya masih baru sambung pengajian dan baru semester pertama, jadi di kelas Microsoft Word itu, lebih memfokuskan pada cara cara menghasilkan assignment supaya lebih baik dan menepati kriteria pemarkahan assignment.


Program Mengajar Di Awal Tahun
Google 3D


Anda Mungkin Meminati :

4 Jan 2018

Ramai Yang Tersenyum Lebar

Awal tahun 2018, memang busy, tahun baru kan ? so..kena kerja lebih keras, sebab saban tahun semakin mencabar, tak boleh duduk senang lenang dan goyang kaki, kena bergerak...! hehe, proses penghantaran hadiah pemenang di tunda sehingga minggu depan ya, di sebabkan seorang peserta masih belum respon, nanti kena ke pejabat pos dua kali...jarak antara pejabat pos dan rumah pun, boleh tahan jauh nya...! so, penghantaran adalah lebih baik, sekali jalan! huhu

Sudah pasti di tahun baru ini, ramai yang tersenyum lebar sebab macam macam bonus insetif di terima, dividen asb dan bonus dari kerajaan, apa pun, jimat cermat lah, langit tak selalu cerah, kalau rasa duit tu tak nak hangus begitu sahaja, boleh buat akaun emas, tukar kan wang kertas kamu kepada emas fizikal...!



Anda Mungkin Meminati :

2 Jan 2018

Cara Untuk Membuka Akaun Emas

Tutorial kali ini, ialah bagaimana cara untuk membuka akaun simpanan emas public gold, akaun emas ini di panggil Gold Accumulation Program ataupun lebih di kenali sebagai GAP. Sesiapa yang berminat untuk membuka akaun emas Gold Accumulation Program boleh pelajari tutorial bagaimana mahu membuka akaun emas. 

Ada yang membuat pelaburan seperti ASB, Fixed Deposit dan sebagainya, ya, itu semua pelaburan yang baik untuk masa depan, bagi Gold Accumulation Program pula, ia juga sebagai simpanan aset kita dan convert duit kertas kepada dalam bentuk fizikal, sesuai bagi mereka yang boros dan tak tahu duit mereka kemana, boleh baca kelebihan menyimpan emas di SINI

Di akaun simpanan Public gold ini, tiada GST, dan patuh syariah, dimana anda simpan anda dapat, ok mari kita lihat cara-cara untuk membuka akaun emas.


Anda Mungkin Meminati :

Misteri Sikat Di Luar Rumah

Selamat Tahun Baru 2018, ya kepada semua rakan rakan blog dan pembaca blog ini, masa berlalu begitu cepat, sedangkan masih lagi terasa seolah seolah di tahun 90 an lagi..hehe, kadang kadang terasa berada di tahun 2050 pun ada, di sebabkan kesan inflasi mata wang pada aku..dulu, kalau ada RM 100 pun sudah cukup untuk beli barang dapur penuh satu troli, sekarang ? Ermm di tahun baru ini, kena kerja kuat lagi, bila tiba tahun baru, bermakna kita semakin hampir dengan kematian, sedarlah kita semakin tua, lakukan perkara yang bermanfaat sebagai bekalan kita di sana nanti..

Ok, kisah misteri yang nak di ceritakan ini, kisah satu sikat yang berada di luar rumah..aku pelik dan sungguh misteri, apa, kenapa dan atas tujuan apa sikat tu berada di situ...? Oh sungguh misteri...! Aku tidak buat onar pada orang lain, kenapa sikat itu di situ ? Semakin pelik apabila bila buka pintu je, ternampak sikat di atas meja! tiba tiba bulu roma berdiri...sedangkan pada waktu itu, jam di dinding menunjukkan waktu pukul 3.50 petang, eh, semakin misteri!


Anda Mungkin Meminati :

PENAFIAN

Ini adalah Blog Peribadi Penulis. Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan,Mulut Berbuih, Kematian, Pengsan atau Sebarang Kecelakaan dan Penyakit Berjangkit. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Artikel boleh di ubah, mengikut situasi semasa, Terima Kasih