blogbanner2020betul skytech2020new iklansewa latihanICT

30 Nov 2014

Sebagai Tanda Terima Kasih

Sebagai tanda ucapan terima kasih aku kepada rakan rakan bloggers, dengan ini akan promosi kan blog korang melalui banner header bersaiz 728 piksel x 90 piksel di blog safirul amar, Walaupun blog korang dah ramai pengikut sekalipun. Walaupun blog aku tak di kenali ramai, tapi kan, masih ada yang melihat tau, seperti budak budak sekolah.  Sekurang kurangnya, tak kena bayar pun, aku harap korang suka, dengan terhasilnya banner promosi ni, harap dapat meningkatkan trafik blog korang, mungkin, dan siapa tahu ? nak buat segmen dan give away tu semua aku tak reti dari dulu lagi, mungkin tiada masa.

Hadiah ini adalah bagi top 5 komentar yang paling tinggi komen di blog aku, dan bagi permulaan aku meletakkan banner bloggers anamizu dahulu. tempoh nya, bergantung pada situasi, banner seterusnya seperti bloggers Acik watie, Dr shikin, Mila hilas, Nur As, hikayat seorang budak, at Tarmizi, dan bloggers parihh.


Anda Mungkin Meminati :

28 Nov 2014

Salon rambut perempuan di Melaka

Kepada para para suami mithali, jantan sungai, atau yang mempunyai rakan rakan perempuan, kini anda tidak perlu risau lagi jika ingin mencari kedai gunting rambut yang tukang gunting nya adalah perempuan dan berkonsepkan muslimah, anda boleh bawa pasangan anda ke kedai salon ini. harga memang berpatutan. Terletak di Bukit katil, Melaka. Nama kedai ini ialah The Mirror.

Salon ini hanya untuk orang perempuan sahaja ya....rambut kan aurat bagi wanita, ada pasangan terutamanya sang suami yang tak suka dan tak selesa, bila isteri ke kedai yang tukang guntingnya adalah lelaki. dan segala kekusutan telah terjawab, tidak perlu tunggu, was was dan halang isteri anda dari mengunting rambut lagi...ini lah kedainya yang menepati syariat dan akan membuatkan dan mengembirakan kaum lelaki, khususnya yang bergelar suami!


Anda Mungkin Meminati :

27 Nov 2014

Macam mana nak buat Freeze Panes di Microsoft excel?

Apa itu Freeze Panes? Pergertian aku Freeze Panes ini digunakan untuk membekukan (Freeze) heading dari tidak bergerak, ia adalah tools yang sangat berguna, terutamanya ketika anda ingin membentangkan laporan berbentuk figure seperti belanjawan, maklumat data dan sebagainya, Freeze Panes ini boleh di dapati di Microsoft Excel..

Untuk memudahkan dan tidak mengelirukan pembaca dengan laporan yang di bentangkan,  anda patut menggunakan Freeze panes ini.

Di bawah ini adalah langkah-langkah mudah membuat Freeze pane ini,


Anda Mungkin Meminati :

Macam mana nak bina kata laluan pada dokumen di microsoft word?

Boleh ke kita bina kata laluan pada dokumen fail kita di microsoft word? tutorial kali ini akan mengajar bagaimana untuk melindungi dokumen penting anda dari dicerobohi. Kita ni selalu leka, cuai dan cepat lupa, dan kadang-kadang, maklumat maklumat penting..mudah terlepas di tangan orang lain biasalah, HUMAN MISTAKE.

Tutorial ini, di bina di dalam microsoft word versi 2010, namun begitu kaedah yang sama boleh di gunapakai di versi sebelum. Sila baca pemberitahuan amaran di bahagian bawah terlebih dahulu, tutorial ini hanya sebagai pendedahan sahaja, jika anda terlupa kata laluan ataupun sebarang masalah seperti tidak dapat mencapai maklumat di dokumen anda kerana terlupa KATA LALUAN, penulis tidak akan bertanggunjawab dengan sebarang permasalahan. 


Anda Mungkin Meminati :

Fungsi red eye tools di adobe photoshop

Ok, pernah tak korang, bila ambil gambar bersama rakan rakan, keluarga, nenek, teman wanita atau sebagainya dan bila tengok output gambar yang di ambil ada yang matanya berwarna merah (Red eye)? Mungkin kesan dari pantulan cahaya flash ataupun cahaya di sekeliling. Sayang sekali, bila gambar yang kita nak abadikan dan gantung di rumah, tak berapa 'sempurna'. 

Tapi jangan lah risau..adobe photoshop ada tools yang boleh membuang kesan pantulan cahaya tersebut, segala galanya tidak mustahil. haha..masalah red eye akan dapat di atasi! Ikuti langkah langkah mudah di bawah..


Anda Mungkin Meminati :

26 Nov 2014

Macam mana nak buat isi kandungan atau TABLE OF CONTENTS di Microsoft word

TABLE OF CONTENTS
TABLE OF CONTENTS
Macamana nak buat TABLE OF CONTENTS atau TOC? Apa itu TABLE OF CONTENTS ? nama melayu nya ialah isi kandungan.

Masih ada lagi yang membuat isi kandungan secara manual, di mana amat menyusahkan dan lambat. Jika tahu bagaimana mahu membina TABLE OF CONTENTS, segala-galanya menjadi mudah dan cepat, dan macam mana cara cara nak buat isi kandungan TOC ini?

Ikuti langkah langkah yang diberikan, jangan skip, tiada jalan pintas untuk berjaya.


Anda Mungkin Meminati :

Macam mana nak buat Mail Merge di Microsoft Excel

Apa itu mail merge? Macam mana nak buat Mail Merge di Microsoft Excel? bagi aku mail merge di gunakan untuk mengimport table data yang sedia ada, sebagai contoh ke dalam surat dan boleh di cetak dalam kuantiti yang banyak tanpa perlu membuang masa dan pergabungan antara dua perisian antara Microsoft word dan microsoft excel.

Mail merge ini bagus digunakan untuk penghasilan sijil (jika banyak senarai nama), surat panggilan, memo jemputan dan sebagainya yang berkaitan jika terdapat ramai orang yang perlu dihubungi melalui surat jemputan atau pun sebagai contoh bagi percetakan sijil penyertaan bila melibatkan data yang banyak.

Tutorial yang ditunjukkan ini di dalam microsoft word dan excel 2010, namun begitu boleh di gunakan dan praktis di microsoft office versi 2007 dan 1997-2003. 

Ia cara yang mudah dan menjimatkan masa, kini anda tidak perlu membuang masa lagi, dengan buat segala galanya dengan kaedah yang lambat dan satu per satu.

Kadang-kadang data anda telah tersedia, dan telah extract dari sistem ataupun sebaliknya..moga dapat di praktikkan dengan sukses.


Anda Mungkin Meminati :

25 Nov 2014

Hari Kualiti Bersama Anak Anak

Masa aku kecil, aku tak dapat keseronokan seperti ini, anak anak aku kini dapat merasakan kebahagiaan walaupun mommy dan daddy nya busy dengan tugas dunia, tetapi tetap dapat hari kualiti, dan ternyata mereka sangat seronok, kami pun happy..! 

Hari Kualiti Bersama Anak Anak

Bila bercuti cuti macamni, lupa lah sekejap hal masalah yang melanda, lupa sekejap, dan dapat meredakan tekanan di tempat kerja..


Anda Mungkin Meminati :

24 Nov 2014

Bawa Anak Mandi Manda

Bawa Anak Mandi Manda

Hari ini bawa anak anak dan keluarga pergi A famosa resort, segala galanya mahal disini, air tin je dah rm 3.50..hehe..nak sewa tempat rehat untuk letak barang barang...ala yang macam gazebo tu..kena bayar rm 180, ingat dalam rm 70-80 cam tu..!!..erm erm..takpela..duduk dan letak barang dekat kerusi kaki lima je lah...

Semuannya mahal...tapi takpela..anak anak nye pasal..!


Anda Mungkin Meminati :

Latihan Photoshop Di Telok Mas Melaka

Latihan Photoshop Di Telok Mas Melaka

Pada 23 November 2014, aku di panggil untuk mengajar subjek photoshop kepada penduduk kampung Telok mas, melaka, masa tak berapa mengizinkan kerana mengikut waktu dari pihak penganjur, maaf tak sempat ajar bahagian yang seterusnya, sebab kebanyakkan peserta takde asas komputer, jadinya pembelajaran menjadi perlahan sedikit. Dari pagi sampai ke petang fokus pada penggunaan tools je, dari teori hingga praktikal! 

Yang diorang suka dan tersengih, masa tiba part manipulate gambar guna healing brush dan clone stamp, impian mereka nak buang jerawat, tahi lalat, dekat muka yang ada sekian lama di wajah mereka!! Haha..


Anda Mungkin Meminati :

23 Nov 2014

Nasi Beriani Telok Mas Melaka

Kalau korang pergi ke Telok Mas melaka, jangan lupa singgah ke nasi beriani batu pahat dekat Alai, melaka, ingat tau, bukan di batu pahat, nama nya nasi beriani batu pahat, tapi di Telok Mas Melaka, haha memang terbaik dan murah pula tu nasi beriani dekat warong ni...

Konsep rekabentuk style warung papan macam dulu dulu, terasa seperti di zaman kesultanan melayu melaka lah! Sambil melihat dayang dayang ke hulu hilir, feeling sambil cuci mata!!...kali ni dah 2 kali aku datang dekat warong ni...menu dia boleh lah, masih boleh makan lagi, berselera juga lah!! makan nasi briyani ni satu yang best nye, kenyang lepas tu mengantuk dan migrain sakit kepala,

Kalau korang pergi ke Telok Mas melaka dan ingin mencari nasi beriani di area situ, boleh la pergi di sini, murah dan sedap. Saya kalau lalu di telok mas mesti singgah, RM 12.00 boleh dapat dua pinggan nasi beriani daging. Memang terbaik dan sedap. Jom makan nasi beriani di telok mas melaka, tak rasa, tak cuba tak tahu.


Anda Mungkin Meminati :

22 Nov 2014

Cara Cara Membuat Clipping Mask Di Photoshop

tutorial clipping mask adobe photoshop
Ok, kita akan belajar bagaimana Cara Cara Membuat Clipping Mask Di Photoshop dalam photoshop, bukan masked rider bajak hitam tu, ala yang macam logo 1 malaysia tu..tapi yang ni, aku tunjuk kan untuk 1 Melaka..tak tahu la pulak ada 1 siam ke, 1 jawa ke.. so kalau korang nak buat Clipping mask menggunakan photoshop..begini caranya..


Anda Mungkin Meminati :

20 Nov 2014

Ambil Kesempatan Dari Kesempitan?

Semua orang termasuk rakyat marhaien terutamanya peniaga kecil kecilan merasai kesan dari pengurangan subsidi minyak, Ada peniaga kecil yang mengambil kesempatan dari kenaikan harga minyak dengan menaikkan harga barang..jika dulu pau kaya harganya dikedai yang sama dibeli sebelum kenaikan, berharga RM 1.00, selepas kenaikan harga minyak, sudah jadi RM 1.20 sen? kenapa menjadi begini? sebabnya, kos barang yang lain bagi membuat pau mungkin meningkat sekali, namun selepas penurunan harga minyak? adakah harga pau akan turun? 

Yang kaya terus kaya...yang miskin terus miskin...yang kaya adalah penghasil & pengeluar barang-barang dan yang menguasai ekonomi, yang rata rata bukan terdiri dari bangsaku, aku turut merasa tempias dari kesan kenaikan harga minyak, kerana rata-rata supplier mula memberi alasan menaikkan harga barang mereka sekali ganda.... 


Anda Mungkin Meminati :

18 Nov 2014

Sekat Nombor Jalan Terbaik

Erm nampak macam kejam, tapi itulah realiti yang berlaku apabila berniaga dengan kawan-kawan ni, bayar nak murah, kualiti nak yang terbaik, macam tak masuk akal, kisahnya ada seorang kawan, suruh buat portal baru siap CMS, online form, payment gateway online, cetak report, daftar domain dan hosting, Erm nak bayar dalam RM1800-RM 2000dua ribu (2k), aku dah biasa tolong ramai member, tapi yang ini memang melampau...! rasa dah tak boleh tahan lagi hati ini, macam nak menangis pun ada, nak gelak pun ada! Bercampur campur lah.. haha

Aku pun ada anak bini, nak bagi makan apa? pasir? sesiapa yang berniaga sikit sebanyak mestilah mahu sedikit untung, dari modal yang di keluarkan, untung tu bukan la sampai boleh beli banglo!! kawan kawan jugalah, bussiness tetap bussiness, tapi jangan la melampau sangat, aku nak bayar gaji budak lagi, kejap kejap member aku ni call dan mesej, minta tolong buat dan selesaikan hal dia, macam mana lagi nak cakap, entahlah di luah mati emak, ditelan mati ayah.


Anda Mungkin Meminati :

Apabila Sudah Tidak Tahu Beza

Awak dari mana ya

Berat dan kisah benar, apabila orang sekeliling dah tak tahu beza rakyat negara sendiri, kisah sedih ini bermula, apabila saya hadir di suatu majlis, tiba tiba ada makcik bawang bertanya, awak dari mana ya, dari pakistan ke ? nampak macam orang sana...Hei! saya orang malaysia lah, bukan pakistan! Teruk sangat ke bila ada jambang ni? Sedih tau bila jumpa orang, orang dah tak kenal lagi..lepas tu dah lama sikit baru member tegur dari pakistan ke? Hah??


Anda Mungkin Meminati :

Download video dari youtube

Ramai yang suka tengok video dan dengar lagu di Youtube, tapi tidak tahu bagaimana nak memuat turun audio atau video tersebut? Jika tahupun cuma copy embed code dan paste di blog. Ada banyak akaun web yang digunakan untuk muat turun, namun terpulanglah kepada masing-masing, aku lebih selesa muat turun video dari youtube menggunakan cara ini, korang juga boleh convert video kepada format audio (mp3). mudah sahaja, hanya perlu copy dan paste dan mahir dalam ilmu hisab matematik..haha 

Tutorial di bawah ini adalah Cara mudah download video dari Youtube, langkah pertama, pergi www.youtube.com dan lakukan carian video dan audio kesukaan anda.


Anda Mungkin Meminati :

17 Nov 2014

Sekejap je masa berlalu

Sekejap je masa berlalu, hari bertukar hari, tahun bertukar tahun dan masa terus berlalu begitu sahaja, dalam masa yang sama, tiga bulan masa diberi, hilang dan berlalu begitu saja..! tahu tahu lagi seminggu nak tiba deadline!! ermm..baru mencabar buat last-last minit, kan? kan? haha apa pun result tetap ok

Adrenalin ku bergerak laju, pandangan ku ke langit biru, berlari laju, ku terbang tinggi, menuju ke langit itu..nah! rasakan bahang nya! sambil buat assignment sambil mendengar lagu adrenalin dan gemuruh dari faizal tahir membuatkan semangat membuak dan semakin memuncak muncak nak menyiapkan tiga assigment ni...sekejap je masa berlalu...hero hindustan biasanya last-last minit datang dia punya kuasa sakti..

Aku cinta hayat lalu...berikan aku kuasa sakti! layan lagu carpenters jap la..kasi tenangkan jiwa lara ni...haha




Anda Mungkin Meminati :

Cara Cara Install Brushes Photoshop

Ada banyak perisian yang menyokong pembinaan rekabentuk, antarannya seperti adobe illustrator, adobe pagemaker, paint, adobe photoshop dan sebagainya, bagi pemasangan brushes kali ini dan Cara Cara Install Brushes Photoshop, di posting artikel kali ini, ditunjukkan Cara Cara Install Brushes Photoshop bagi versi CS3, namun boleh juga diguna pakai cara yang sama di perisian versi sebelum atau bagi yang terkini

Sebagai designer, anda mungkin tiada masa dan tiada idea kadang kala memerlukan masa yang lebih untuk membuat rekabentuk, kaedah ini mungkin mempercepatkan proses merekabentuk (design) artwork anda semua, boleh di katakan ini adalah cara yang pantas untuk membuat design, ok, lepas ni dah tak payah nak fikir sangat idea atau lukis 'manual'. Guna brushes preset sahaja dan ikut langkah langkah Cara Cara Install Brushes Photoshop di bawah ini.


Anda Mungkin Meminati :

16 Nov 2014

Bukan Takut Tapi Hormat

Bukan Takut Tapi Hormat

Kalau cakap banyak dan sumpah bagai pun tak guna dengan bini!! dia bukan faham pun, kalau faham, pun dia akan buat buat tak faham, susah nak menerangkan, kena tunjuk gambar, baru nak percaya!..alahai tapi bila aku ambil (snap camera) guna handphone depan kawan kawan, kena gelak pula dengan diorang,weii tolonglah, aku bukan takut bini lah, bini yang tak takut aku! Bukan aku suka suka nak ambil gambar korang la wei, harap faham lah...!

Apa ingat aku suka suka ke ambil gambar ni? Terpaksa je ni haha erm yang korang ni buat buat main game dekat handphone masing masing, angkat handphone tinggi tinggi tu snap gambar makanan konon konon nak masukkan dalam instagram dan facebook? entah yer yer je padahal ambil gambar aku la tu nak hantar report dekat bini dan teman wanita? Kan? Haha

Anda Mungkin Meminati :

13 Nov 2014

Bila Daddy Nak Belikan Mainan

Muhammad Qayyum Rayqal dah tanya, bila daddy nak beli mainan? Ya, aku ada cakap nak beli haritu, alahai anak ku...!! kalau dah cakap sekali, diorang ingat eh, siap tuntut lagi bila nak bagi, hehe, maaf ya, daddy terlupa, banyak benda nak fikir, petang ni daddy cuba carikan helikopter mainan, , lain kali jangan cakap nak beli, menganyah sangat!!

Muhammad Qayyum Rayqal My Son

Anak anak zaman sekarang, macam komputer otak diorang, ingat apa yang kita cakap!! Kalau nak beli, tapi yang kesiannya aku, tak boleh beli satu, kena beli dua (2),  karang bergaduh lak nanti dengan adiknya si Sofiyyah Az Zahra. Bawa dia makan roti canai dan milo ais di kedai yang berhampiran, kata nya dah lama tak makan roti canai cicah gula. Sambil makan, mulut sempat lagi tu bagitahu, bila daddy nak belikan mainan?

Anda Mungkin Meminati :

12 Nov 2014

Sarapan Pagi Dengan Keropok Lekor

Adik aku haritu ada pergi lawatan sambil belajar di kelantan, ada tugasan mengaudit masjid di sana katanya! macam biasa la, bila dah pergi sana, dalam kepala otak aku dah fikir keropok ikan parang dan keropok lekor ! hah apa lagi kirim la! terus mesej dia, kirim keropok lekor, nanti bayar, haha...

Keropok lekor ni memang sedap di makan, lagi sedap ketika panas panas dan goreng garing, cicah sos cili, ermm memang sedap, boleh di makan tak kira waktu, ketika santai, waktu pagi, selepas makan malam, sambil menonton televisyen. Pagi ini, sebelum pergi pejabat, goreng dulu keropok, sedap cicah dengan sos cili..! Indahnya sarapan pagi aku hari ini, baru nak makan banyak sikit, bebudak dua (dua) orang ni dah bangun, tak gosok gigi dan terus makan, bangun pagi semua perut lapar, lepas tu bergaduh dan ada sahaja ceritanya..! Kalau di layan, memang alamatnya tak pergi kerja la..haha

Sarapan Pagi Dengan Keropok Lekor

Si adik ni mulut bising sedikit, namun Muhammad Qayyum Rayqal tetap tenang macam daddy dia, dah jangan gaduh gaduh, makan semua nya habiskan, takpe daddy dah kenyang, nak rasa je, mengidam kan...! Gambar dan dialog di atas tu, ayat dan penceritaan yang sebenarKeropok lekor ni memang sedap di makan. Hehe

Anda Mungkin Meminati :

Ada Udang Di Sebalik Batu

Kejadian Amuk Yang Mengerikan

Pagi sebelum pergi tempat kerja, sempat bagi ikan ikan makan, tiba tiba, terkejut ada seekor udang galah keluar dari celah batuAda Udang Di Sebalik Batu rupanya, Eh, siapa yang pandai pandai letak udang galah dalam akuarium aku ni?? Patutlah ada ikan mati dan tahu tahu hilang je, Tapi yang kelakarnya, bila dah tuang makanan ikan, makanan ikan tu, terapung kat atas air, haha kesian udang tu...!

Ermm tak apa lah, jangan mengamuk ye udang, nanti makanan tu turun, kalau susah sangat, awak makan je ikan dalam tu, itu namanya rantaian makanan, lepas udang makan ikan dalam tu, nanti aku masak dan goreng kau habis cerita...! Selesai kes !! haha begitulah cerita Ada Udang Di Sebalik Batu

Anda Mungkin Meminati :

Telur Ayam Kampung Separuh Masak

Nenek aku ada menternak ayam kampung, entah dari mana datang ayam tu aku pun tak faham, dan bila musim bertelur, nenek akan kutip jual telur dengan harga RM 0.50 sen sebiji, untuk menjadikan ayam ni sihat bertenaga dan kejap kejap bertelur ni, kena bagi makan beras padi dan apa entah, dah lupa, tapi bagus juga kan, boleh buat duit! Hidup di suasana kampung, ni memang sesuai la, tak kisah pun pasal bau, dan bunyi bising ayam. Orang kampung sempoi, santai.

Dalam masa yang sama, aku memang minat makan telur separuh masak, hampir setiap pagi, aku mesti kena telur separuh masak, dah terbiasa dari masa kecil macam tu, telur separuh masak, mak buat kan lepas tu letak kicap manis kipas udang, wah! Memang sedap dan berkhasiat..!  berkhasiat dan menambah protein dalam badan.


Anda Mungkin Meminati :

Kasau nye! dont mess with melaka?

dont mess with melaka

Slogan baru melaka kini, DONT MESS WITH MELAKA...hah, bagus lah...baik nau kasau nye ayat...pelancong luar ramai dah complaint...bila masuk je melaka terus takde mood dah ! slogan macam menghalau je..! mungkin membawa maksud yang berbeza bagi setiap orang.. haha..itu rakan rakan luar cakap...bukan aku...! niat nye satu je...tak nak orang buang sampah merata rata di Melaka...ermm! kan ada baiknya...letak ayat seperti JANGAN BUANG SAMPAH MERATA-RATA LA LAHABAU..direct to the point kan?


Anda Mungkin Meminati :

11 Nov 2014

Hilang Penat Seharian Bekerja

Betul Betul Letih Si Sofiyyah

Letihnya hari ni banyak hal nak kena urus, tapi masih boleh buka blog dan blogwalking di blog rakan rakan bloglist. Apa guna ada smartphone, kan? Hehe, kalau menguap, tutup mulut la adik...! Macam macam ragam anak bongsu aku ni!

Haha..kadang kadang bila aku pulang rumah dari tempat kerja, yelah penat kan, sebab seharian sibuk dengan pelbagai ragam dan karenah hal pejabat!! tapi secara tiba tiba menjadi tenang dan tersenyum, bila melihat perangai anak anak ni macam si Sofiyyah ni, betul betul letih tu!

Hilang penat seharian bekerja! Love you my daughter.

Anda Mungkin Meminati :

Susah Bercampur Dengan Orang Lain

Alahai, sekejap je masa berlalu kan , tahun depan si abang Muhammad Qayyum Rayqal dah nak mula bersekolah, adik dia lagi 2 tahun, haritu pra daftar di genius aulad setiap sabtu bagi dia serasi dengan budak budak yang lain, semasa daftar di sekolah tu, nampak Qayyum macam Susah Bercampur Dengan Orang Lain, mungkin ikut ayahnya, anti sosial macam ayahnya.

Dari apa yang aku lihat, Qayyum ni minat nak belajar, keinginan untuk nak tahu suatu benda tu kuat sangat, semua benda nak ambil tahu, tu sebab banyak tanya soalan, suka melukis, mewarna dan dengar cakap cikgu ustazah yang comel. Cuma tak reti nak bergaul je, takpe lama lama nanti okay la nanti, biasalah kanak kanak kan.


Anda Mungkin Meminati :

10 Nov 2014

Ternampak Seorang Budak Lelaki Aneh

Hari ini agak stress di pejabat, Entahlah asyik nak marah je, maybe banyak error keluar di dalam sistem, pening dah tengok koding, kena isi markah untuk staff lagi, markah bebudak ni semua aku bagi 90 keatas, baik tak aku? bagi diorang semangat sikit nak bekerja, kesian diorang penat kerja, bila markah tinggi takkan lepas ni nak kerja sambil lewa kan? mestilah menunjukkan hasil yang cemerlang selari dengan markah yang diberikan.

Baik aku keluar minum jap di kedai, sampai je di kedai, Ternampak Seorang Budak Lelaki Aneh, yang kerja kat kedai ni, bukan main geleng anguk kepala, lain macam lagu dia dengar, bila aku perhatikan betul lagu apa yang dia layan tu sambil mulutnya seperti bercakap sesuatu, Oh! pakai walkman rupanya, bila aku tanya mee goreng itu berapa harganya, dia tak respon, aku pun tanya lagu apa kau dengar tu dik? Budak tu cakap, lagu biasa biasa je bang, saja layan kepala bang.


Anda Mungkin Meminati :

Entah Apa Yang Di Menungkan


Entah apa lah yang dimenungkan si Sofiyyah Az Zahra ini, mungkin tengah fikir, apa menu nak dimasak di malam nanti agak nya kot? atau sedang fikir masalah dalam dan luar negeri? Bila lepak dengan daddy, banyak lah masalah yang di dengarnya. Entah Apa Yang Di Menungkan

Daddy ok je lah kalau kena marah dengan orang dalam panggilan, kejap kejap orang call dan kadang kadang bila daddy mengeluh dan termenung mengenang nasib, si kecik ni pun ikut sama termenung sekali, si kecik yang sangat memahami bapanya, lepas ikut termenung berberapa minit dan tak berani bersuara bila daddynya diam, tapi suasana mula normal, bila dia tengok daddy mula senyum, terus dia minta tolong belikan mainan untuk dia.

Termenung siap berkerut dahi dia, haha. Kadang kadang lepas kerja pergi ke kedai minum air nescafe, hilangkan lelah penat kerja, bawa lah budak budak ni semua, buat naikkan semangat semula.


Anda Mungkin Meminati :

8 Nov 2014

Menyambut Hari Jadi Emak

Menyambut Hari Jadi Emak

Semalam 7 November 2014, aku, ayah dan adik beradik menyambut birthday mak yang ke 54! Semua anak anak wajib datang, kalau tak datang alamatnya! Haa..esok kena hantar report. Selamat hari jadi emak...! Terima kasih kerana membesarkan kami semua dan harapan kami semua, semoga mak di murahkan rezeki, cekal, panjang umur, tabah dan kelihatan muda selalu!
Menyambut Hari Jadi Emak


Anda Mungkin Meminati :

6 Nov 2014

Masih Tidak Puas Hati Lagi

Apa gunanya ada korang kan? boleh lah bincang, aku masih tidak puas hati lagi dan bertukar pendapat! aku nak posting semula pasal isian minyak ikut liter atau RM, mana yang lebih menguntungkan kita? adakah balance liter menguntungkan syarikat minyak?

Aku perlukan pendapat dari korang, hehe hari ni aku cuba la mempraktikalkan isian RM 40.00, sepatutnya jumlah liter yang masuk kedalam tangki kereta berjumlah 17.3913043478..dari mana aku mendapat nilai liter itu? teknik kiraan dia 1 liter = RM 2.30, jadi, untuk mendapat nilai liter bagi isi RM 40.00, RM 40.00 / 2.30 = 17.3913043478 lah! kan?


Anda Mungkin Meminati :

Minda power!

Setiap manusia yang lahir di dunia ini, mempunyai kelebihan masing-masing, kenali potensi diri dan diri sendiri dahulu, apakah kekuatan kita! Allah SWT telah menciptakan manusia itu sebaik baik kejadian, terokai lah kehebatan itu..ada! cuma kita je yang tidak sedar kehebatan diri yang ada..

Kalau kita cakap kita boleh buat, niat dan ada matlamat apa yang mahu di capai, pasti anda akan temui kehebatan yang ada di dalam diri kita...pokok nya, kena yakin dan usaha dan terus usaha untuk mencapai matlamat ...! Sebelum tidur aku selalu pesan dengan diri aku, esok aku nak pergi kerja pukul 7.00 pagi dan nak bangun awal seawal jam 6.00 pagi, walaupun jam di dinding ketika itu dah pukul 5.37 pagi...! Pasang niat dan bersungguh sungguh, kita pasti mencapai apa yang kita nak...kalau kita tanamkan perasaan malas, kita akan jadi seperti apa yang kita nak, iaitu malas sepanjang hari! Haha

Merujuk kepada kenyataan David j. Schwartz, The Magic of thinking, kata nya "Believe it can be done. When you believe something can be done, really believe, your mind will find the ways to do it. Believing a solution paves the way to solution", dan tertarik juga dengan kenyataan dari Stephen Richards yang berbunyi "When you concentrate your energy purposely on the future possibility that you aspire to realize, your energy is passed on to it and makes it attracted to you with a force stronger than the one you directed towards it"


Anda Mungkin Meminati :

4 Nov 2014

Hidangan Makanan Jepun Gyudon

Kalau dah nama pun anak jati Melaka, memang hari hari makan asam pedas!! kalau tak pekena asam pedas melaka, makan pula asam pedas johor, memang terbaik! lepas makan makanan pedas-pedas, mulalah bercakap pun 'pedas' sampai keluar 'api' ala ala orang melaka hahaha!  emm gurau gurau je ya, emm daging salai masak lemak negeri sembilan pun sedap juga.

Kadang kadang kita kena tukar selera,kan? baru kemanisan sebuah kehidupan dirasai begitu juga bila kita berblog, setiap entri tidaklah menjurus kepada sesuatu kategori, kadang kadang perlu ada entri yang serius, berkaitan kerjaya, keluarga, perniagaan, politik dan sebagainya, sekadar berkongsi pengalaman dan idea. apa salahnya? namun, terpulang kepada masing-masing.

Ok, kali ini nak buat review tentang Hidangan Makanan Jepun iaitu Gyudon, hidangan ini boleh di dapati di Restaurant Sukiya, biasanya ada di Aeon Jusco, cari je nama nya Sukiya.  


Anda Mungkin Meminati :

Pandai bergaya!

Pandai anak anak aku ni posing bergambar, gambar ini diambil semasa konvokesyen adik aku di ukm bangi minggu lepas, Aku takde dengan anak anak masa ni, ada kelas ganti di open universiti, kena prepare assignment dan cari bahan di library



Diorang ni kejap kejap nak minta ambil gambar, suka selfie, cepat besar ye anak anak, macam macam posing dan gaya diorang buat bila bergambar

Anda Mungkin Meminati :

PENAFIAN

Ini adalah Blog Peribadi Penulis. Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan,Mulut Berbuih, Kematian, Pengsan atau Sebarang Kecelakaan dan Penyakit Berjangkit. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Artikel boleh di ubah, mengikut situasi semasa, Terima Kasih