Safirul Amar Azmi Blog! SKYTECH CREATIVE IKLAN UA SIGNATURE SKYTECH CREATIVE

Monday, November 03, 2014

Giveaway By Mamaniza.com


Assalamualaikum

GA


Masuk lagi...!

CPUV

Hari ini masuk lagi cpuv Mah Sing-Avenue Street. Terima kasih lah kepada nuffnang...bulan 10 banyak betul cpc dan cpuv yang masuk...syukur, semoga di hujung tahun ini, lebih banyak rezeki tiba..walaupun sikit amaun dia, tetap syukur. Bukan kena bayar pun, daftar nuffnang ni...!!

Sikit sikit lama lama jadi bukit...!! Terima kasih kepada bloggers yang berkunjung ke blog aku! Sayang nuffnang...keh keh keh..tak berani nak curang lagi! Haha....duduk la lama lama ye cpuv ni semua..lagi 2 tahun pun takpe..!

Kanda sedia menunggu hingga akhir hayat! 

Masih ada lagi..



Ermm masih ada lagi sihir tuju tuju ni ya, bila duduk sorang sorang dekat bilik lepas tu buka tingkap ambil udara luar di waktu 3-4 pagi...macam macam benda bolih nampak! Serius..!! Kalau nak cerita apa yang nampak..macam macam!! Tapi yang aku nampak pukul 3 pagi tadi...cahaya api !!! Ingat tahi bintang, wah apa ni? duit jatuh dari langit? ataupun ada mahluk asing mendarat?...tapi bila pandang hilang! Tanya kawan, dia kata itu sihir santau tu..nama nya tuju tuju..cara nak matikan sihir tu..kita pandang je..terus dia hilang!!

eMelaka

Kalau korang terutamanya yang duduk di Melaka yang berminat nak belajar 3D modelling, flash animation, Video editing termasuk green screen teknik, web based, system development and database, microsoft office, adobe photoshop, illustrator, pagemaker, blog dan sebagainya berkaitan subjek ICT, boleh layari eMelaka ( www.emelaka.gov.my).

Cuba lihat di sebelah kiri, ada kursus latihan 2014, boleh pilih. Semua kursus percuma. Selepas kursus akan diberikan sijil. Kalau nak buat latihan berkelompok, sebagai contoh di tempat korang, hanya sediakan balairaya atau tempat yang ada bekalan elektrik untuk kegunaan komputer, meja dan kerusi. Jika tiada perkakasan komputer, Pihak eMelaka akan menyediakan komputer dan sebagainya, hanya berikan tarikh, jika tiada masalah, program akan diadakan di kawasan anda.

Latihan dalaman Microsoft Word

Pada 04/11/2014 aku kena beri taklimat dan latihan bagi kursus microsoft office word! Faham faham lah, dah nak hujung tahun...semua nak achieve apa yang belum capai!!  Dalam taklimat dan latihan ni, level pembelajaran, intermediate dan advanced. Nota diberi selepas habis latihan, kalau bagi awal awal, bukannya diorang belajar, diorang mengenyam nanti!

Kalau ajar terlalu asas, nanti peserta main-main. Masa latihan lepas yang kursus asas internet komputer, aku dah maki sorang peserta ni, kalau kau dah pandai sangat, jangan ganggu peserta lain dan buat bising! Aku cakap dengan minah ni, kalau tak berminat..boleh berambus! Kalau kau pergi kursus berbayar pun belum tentu kau akan dapat apa yang aku ajar hari ni. Bila tanya, tak dapat jawab! Dah tu kenapa nak interrupt dan influence orang lain??! 

Latihan ni, modul yang akan di ajar ialah seperti table of contents, security protection document, customization interface, table, mail merge, web, page orientation, shortcut key, paragraph setup dan lain lain.

Aku banyak guna microsoft word untuk buat content web based...microsoft word ni banyak kegunaannya!! Belajarlah...selagi boleh. Duit kumpul macamana sekalipun, ada susut nilai dan akan habis bila di belanjakan, sebaliknya dengan ilmu! Ilmu makin bertambah dan tidak akan berkurangan bila kita belanjakan dan kongsikan dengan orang lain.

Korang ada idea? apa lagi part yang nak aku ajar untuk microsoft word ni? Saja je, nak minta idea korang, apa salahnya...!!? Kan..hee

PENAFIAN

Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan, kematian, atau sebarang kecelakaan. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Terima Kasih

Artikel di dalam blog ini, boleh di ubah, dari semasa ke semasa, bergantung kepada situasi