Safirul Amar Azmi Blog! jombuatduit UA SIGNATURE SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE IKLAN Biztudung

Saturday, November 15, 2014

Jom shopping..

Jom shopping!..akhirnya credited juga earning ni, ingatkan mandul! haha, apa apa pun terima kasih kepada bloggers dan orang ramai yang view blog aku., erm ada isu berkenaan masalah teknikal berkaitan pemberian banyak CPUV yang sama kan tempohari? 

Bila aku double check..memang nuffnang bayar pun kedua duanya, jika terdapat dua, jika keluar 4, ermm banyak lah kiraan nya! Sebagai contoh yang transition optical tu..mula mula ingat kan betul betul masalah teknikal dari nuffnang, sebab keluar dua kali, kan? kan? tapi bila kredit bayaran..ermmm..alhamdulillah!!

1 hari lagi..!

Erm 1 hari lagi aku nak dapat kuota baru digi 3 gig plan internet, setiap 16hb update.hehe....penat menunggu kuota baru ni..haha maklumlah bila sampai hujung bulan je bandwidth internet dah penuh! Makanya menjadi lembab la internet dekat handphone ni..nak kemana mana pun tak seronok..terpaksalah duduk rumah melayan wifi streamyx..!! Haha

Dulu pakai 100Mb..lepas tu convert 2Gig, masih tak cukup lagi?..convert pula ke 3 Gig..tuh pun masih tak cukup lagi? Dasyat dasyat...! Sabar jela....internet takde..hidup ibarat tanpa kad pengenalan..haha

Kena ubah pendekatan

Sekarang ini, semua perkara urusan konvesional mungkin tidak relevan di zaman siber ini, kos sara hidup naik, semua naik!! Orang semakin berkejar kejar untuk mencari duit..! Tiada masa...Mana kaedah yang cepat, itulah yang digunapakai..

Ok, kita di dedahkan dan di kejutkan dengan pelbagai isu membabitkan pelajar sekolah kini..mungkin salah satu faktor disebabkan mereka tertekan dengan cara pembelajaran yang masih konvesional di sekolah, di fahamkan ada lab komputer yang disediakan kerajaan, tetapi tidak digunakan sebaiknya, mungkin guru ict tak berapa nak faham yang apa patut dibuat dengan makmal komputer tu dan tujuan nya di bina?

Teringin nak makan...

Teringin nak makan nasi briyani dekat tangkak...! pernah pergi sekali bulan lepas..ermm sampai sekarang tak pernah rasa briyani yang pelik..semua rasa sama je..takde yang unik pun...tapi tetap best dan suka makan! Hehe

Ramai cakap..dekat batu pahat sedap..! Ermm tak pernah pergi lagi..banyak makan dekat melaka je la..sebab dekat sini, dah ada briyani JDT dan ada kedai yang ada menu nasi briyani batu pahat..jadinya, kenapa nak pergi sampai ke batu pahat?? Haha .

Keliru dengan nasi  minyak, nasi kandar dengan nasi briyani...ermm..tertanya tanya..! Warna nasi dan jenis pun sama..! Haha..

Ala senang je tu..

Cakap memang mudah, ala senang je..simple je, apa yang susah sangat?, 2 hari boleh siap..? Ramai orang selfish sekarang ni...!! Dah la makan duit atas angin, modal air liur je...lepas tu sub projek dekat company kecik macam aku ni...? Ingat aku ni animal ke? Masa memang takde..! Siang dan malam macam takde je..ermm

Mahu web 10 bintang, siap dengan form online registration , hosting dan domain baru, online payment lagi!! siap tunjuk form lagi nak yang sama macam di tunjukkan..bayar? 2k..! Entah apa apa la..stress memikirkan orang orang yang nak bizness..tapi guna air liur je..! Itu tak kira nak kena bayar , orang 1, orang 2 dan orang 3 lagi!!! 

Main order je!!..biar lah hidup susah asalkan jangan menyusahkan orang lain...mana larat nak terkejar..dengan study lagi..kerja hakiki lagi, hal company lagi..training ict lagi...!! Banyak orang gila dan ambil kesempatan sekarang ni! 

Duit bukanlah takde, memang cukup pun makan, minum..tapi karenah orang yang bizness atas angin ni...membuatkan aku termuntah darah! Diorang ni tak faham situasi..yang diorang tahu..lepas dah explain pada sub company, tunggu duit masuk je..ambil bahagian dia dan balance baru beri pada aku! Yang buat kerja semua, aku!! Pui!

Harga kalau buka direct deal..rm 10k..deal dengan sub boleh jadi selepas tawar menawar 2K..erm 8k yang si pemakan duit atas angin dapat! Bijak, bijak!! Lu bagi muka sikit la bro!!

PENAFIAN

Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan, kematian, atau sebarang kecelakaan. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Terima Kasih

Artikel di dalam blog ini, boleh di ubah, dari semasa ke semasa, bergantung kepada situasi