banner-2017-mcj bkecik-skytech

Sunday, November 16, 2014

November rain

November rain

Banjir memang la musibah, namun di sebalik dugaan seperti banjir ni ada hikmah di sebalik kejadian. Ada keseronokan juga di setiap dugaan yang datang dari Nya..baru call member di kelantan..aku tanya lah dia macamana persiapan menghadapi banjir nanti..ada ke patut dia cakap...seronok bila banjir kat sini, boleh mengail, mandi air...dan berpesta..! 

Wah best dan seronok nya!!..aku baguslah susah hati dengan nasib diorang di sana..haha..kalau nak tahu, rumah orang orang di kelantan ni semuannya tinggi tinggi, ala macam rumah orang dulu dulu, di bahagian bawah dibuatnya garaj kereta...tak banyak  rumah yang jejak tanah di kelantan, jadinya, bila banjir je, sekurang kurangnya dapatlah selamatkan apa yang patut, terutamanya barang barang yang penting!!..hehe..

Dulu pernah banjir besar dekat melaka...masa tuh la nak buat rakit, dan berenang...! Bestnye..tapi berhati hatilah..jangan berseronok sangat..kena lah beringat...kadang kadang malang tuh tak berbau..

Indahnya setiap pemberian dari tuhan ..kan? Kan?

November rain

Yela tu..

Bukan sekarang ni harga minyak dunia turun ke? Subsidi minyak di kurangkan sebab nak tampung perbelanjaan negara, itu kata perdana menteri. 

Alahai..takpela kalau macamni..entah apa apa la agenda politik mereka!!..kalau pondan baca tweet ni, mungkin pondan percaya. Malas nak cakap banyak, sebab aku bukan orang ekonomi..kelas ekonomi asas pun failed. Biarlah orang yang faham ekonomi menilai..

Yela tu..
Yela tu..

Sumber gambar dari Facebook

Nak gambar jugak!

Unchain

Kalau cakap banyak dan  sumpah bagai pun tak guna dengan bini!!..kena tunjuk gambar, baru nak percaya!..alahai..bila aku ambil gambar kawan kawan..kena gelak lak dengan diorang!! weii tolonglah..aku bukan takut bini lah..bini yang tak takut aku! Bukan aku suka suka nak ambil gambar korang...!

Apa ingat aku hingin ke? Terpaksa je ni Haha..erm yang korang ni buat buat main game dekat handphone masing masing, angkat handphone tinggi tinggi lak tu snap gambar makanan konon konon nak masukkan dalam instagram dan facebook?..entah yer yer je..padahal ambil gambar aku la tu.. nak hantar report dekat bini? Kan? Kan? Haha

Ok dah bebas!

Ok dah bebas!

Yippi! Dah dapat semula data plan 3gig..haha..rasa seperti bernyawa semula..bukan apa, senang nak buat kerja..sekarang ni semua urusan guna phone je, email, create time table, reply mail, blog, update system dan macam macam lagi lah..hee

Laptop leceh juga..nak buka tutup..on off..lambat! Guna handphone je..senang dan cepat..!!

Tak perlu tanya mamak apa password wireless lagi haha..mamak pun jadi takut..hari ni datang password wifi abc1234, tahu tahu esok dah tukar lain, kalau 10 kali datang, 10 kali tukar password..hahaha..

Burung hantu..

Baru nak jadi burung hantu malam ni, merayau rayau dekat blog kawan kawan dan godeh godeh sikit apa yang patut kat blog aku! tiba tiba lecturer sms esok ada kelas ganti! puii la! tak boleh lah nak tengok orang senang-senang sikit dan rehat, dah la bagi assignment susah kena buat design dalam C++ programming language, nasib baik ada member belajar C++ dan javascript , boleh lah bantu aku, apa susah kan, tak faham tanya lah, jangan diam je, boleh sakit kepala di buatnya...hahaha

Subjek di IPTS pun makin susah sekarang ni, sebab kena ikut peredaran masa yang kini kearah mobile applikasi, so suka atau tidak, kenalah belajar perisian seperti javascript dan C++ ,  susah betul lah! dah biasa dengan web based dan multimedia...kalau programming language tu, asas html dan php sikit sikit boleh lah...! 

Takpe lah, usaha, kerja keras..dan tawakal..bak kata orang putih, NO PAIN NO GAIN...susah susah dahulu, senang senang kemudian. positif..positif..!

PENAFIAN

Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan, kematian, atau sebarang kecelakaan. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Terima Kasih

Artikel di dalam blog ini, boleh di ubah, dari semasa ke semasa, bergantung kepada situasi