Safirul Amar Azmi Blog! jombuatduit UA SIGNATURE SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE IKLAN Biztudung

Friday, November 21, 2014

Siap akhirnya

siap

Akhirnya berjaya menyiapkan 5 essei! Esok dah boleh hantar..dan boleh tengok konsert kris dayanti di KLCC (22 Nov 2014)...siapa pergi ye? Mesti terbaik konsert tu...dengar kata dia bawa anak perempuannya sekali...

2 lagi assignment 80% nak siap...! Belajar sambil bekerja ni kena banyak sabar..kalau nak ikutkan masa memang tak cukup dan lost control , kena pandai uruskan masa...dengan hal keluarga, hal syarikat?...erm erm..alamatnya tengah malam buta lah masa study! Hee

Kos sara hidup, semakin hari semakin tinggi, selagi boleh belajar, belajar lah..sekarang ni yang membezakan kita antara satu sama lain, bukanlah darjat, pangkat, harta benda dan kuasa. Yang membezakan kita setiap insan adalah amal dan penguasaan ilmu. Tanpa ilmu siapalah kita..bagaimana kita nak membezakan samaada perkara baik atau buruk? bertentangan dengan agama atau pun tidak? betul atau salah?   

Jangan menunduk sangat

Tahulah ada handphone canggih, tak payahlah nak menunduk sangat bila berjalan tu...kalau ada tapir lalu kat sebelah pun tak perasan. Semua leka menghadap handphone...yang peliknya pandai pula bila naik tangga walaupun mata pandang handphone je, macam ada saka yang jaga! haha.. dan pandai mengelak bila ada tiang kat depan dia! Errrkkk.. Haha..

Dah macam dekat jepun kan? Sejuk je mata memandang, semua jalan menunduk je..! Haha..kalau jalan meninggi kepala pun salah, jalan menunduk pun salah..entah apa yang boleh..bak kata seniman R.Azmi...serba salah di buatnya ..!

Kalau jalan sambil tenung handphone tuh jangan menyusahkan orang di belakang kamu boleh tak? terhegeh hegeh..senyum sorang sorang..! 

Pengsan

Pernah tak korang secara 'tak sengaja' terlajak bangun dari tidur dan bila tengok jam kat dinding, terlewat 3 jam dari masa sepatutnya yang korang target? terperanjat? haha, tengok telefon ada berpuluh puluh misscall, berbelas belas SMS, notification media sosial jangan cakap lah... Apa perasaan korang masa tu? mesti panik dan takut  nak tengok telefon..kan? hahaha

Sepatutnya pagi ini ada tiga temujanji di pejabat, haha..mampuuih la aku, macamana nak menjawab? haha, takut nak tengok telefon, sempat tengok satu je sms dari big bos yang bertulis..'Mana, meeting nak start ni, orang tunggu kau ni, meeting tak boleh start, kalau kau takde!?', perkataan lain aku tak takut sangat, tapi kalau big bos tanya MANA? tuh ayat paling aku takut! haha pukul 6 pagi baru mula nak tidur sebab buat 3 assignment, sejak akhir akhir ni, time management dengan aku sekali tak terurus dah! , pergi office pun sampai terpakai selipar, dan tak sikat rambut!! Alahai...

Relax bos, aku Pengsan la.. sekarang ni semuanya hanya di hujung jari sahaja, kita buat video conference je ok, tak payah datang office pun tak mengapa beb, mesyuarat dekat rumah je..haha

PENAFIAN

Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan, kematian, atau sebarang kecelakaan. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Terima Kasih

Artikel di dalam blog ini, boleh di ubah, dari semasa ke semasa, bergantung kepada situasi