Safirul Amar Azmi Blog! jombuatduit UA SIGNATURE SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE IKLAN Biztudung

Friday, November 28, 2014

Putus selera nak makan

Perut memang lapar..pantang apa benda yang melintas pasti kena ngap! Haha..macam macam nak makan bila lapar, kan? kan?murtabak? Buah tembikai? Jeruk? Roti canai banjir...erm semuanya menyelerakan...

Jumpa satu kedai ni..aku duduklah di meja yang dekat dengan sinki basuh tangan..ramai orang makan sampai takde meja...ah! Duduk jelah..dah lapar!! Aku pun order nasi lemak ayam.. Bila tengah berselera makan nasi lemak ayam..tiba tiba ada lak sorang mamat ni..kumur kumur ludah dekat sinki...lepas tu kahak...! Eh..cam apa la! Takde sivik..tak hormat orang nak makan langsung ! Nak renjis air kat tangan pun..bukan main bersepah lagi air...! Ermm aku sabar jelah..nak gaduh bertumbuk karang memang jadi hal nya...malas lah nak bertekak bertumbuk..dah tua dah..buat sakit badan dan buang air liur je..heee

Terus panggil kira...! Nak makan pun dah takde selera!! baik...balik tidur lagi bagus!! Aniaya je orang nak makan...!

Salon rambut perempuan di Melaka

Kepada para para suami mithali, jantan sungai, atau yang mempunyai rakan rakan perempuan, kini anda tidak perlu risau lagi jika ingin mencari kedai gunting rambut yang tukang gunting nya adalah perempuan dan berkonsepkan muslimah, anda boleh bawa pasangan anda ke kedai salon ini. harga memang berpatutan. Terletak di Bukit katil, Melaka. Nama kedai ini ialah The Mirror.

Salon ini hanya untuk orang perempuan sahaja ya....rambut kan aurat bagi wanita, ada pasangan terutamanya sang suami yang tak suka dan tak selesa, bila isteri ke kedai yang tukang guntingnya adalah lelaki. dan segala kekusutan telah terjawab, tidak perlu tunggu, was was dan halang isteri anda dari mengunting rambut lagi...ini lah kedainya yang menepati syariat dan akan membuatkan dan mengembirakan kaum lelaki, khususnya yang bergelar suami!

Buang sebab malas nak layan

Dah buang daaa..softcopy design, sebab lama sangat nak tuntut...fail kalau ringan takpe la juga, buat semak dan berat kan komputer je..haha

Ada sorang kawan ni, minta tolong buat kan design majalah..harga minta harga kawan kawan lah..aku kalau barang nak tip top..harga lak erm erm..macam tak boleh blah..hah apa lagi sambil lewa lah..! Bila dah sambil lewa...member push la, cakap nak lusa, lepas lusa nak minggu depan!! Laa..pandai lak tentukan deadline bila!!..aku pun buat walaupun hati tak suka!!..bila dah buat...call tak angkat..mesej tak jawab..aku dengan rasa yang amat kesal remove la design tu..sebab buat semak je kepala....suka suka hati dia jeee..

Dah 5 bulan lebih..baru member tu call balik dan mesej nak design yang dia suruh buat tu..lerkkkk...!! Malas lah aku nak layan...

PENAFIAN

Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan, kematian, atau sebarang kecelakaan. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Terima Kasih

Artikel di dalam blog ini, boleh di ubah, dari semasa ke semasa, bergantung kepada situasi