Safirul Amar Azmi Blog! SKYTECH CREATIVE IKLAN UA SIGNATURE SKYTECH CREATIVE

Thursday, November 06, 2014

Tak puas hati lagi....haha!

Apa gunanya ada korang kan? kan? kan? boleh lah bincang, dan bertukar pendapat! aku nak posting semula pasal isian minyak ikut liter atau RM, mana yang lebih menguntungkan kita? adakah balance liter menguntungkan syarikat minyak?

Aku perlukan pendapat dari korang, hehe...hari ni aku cuba la mempraktikalkan isian RM 40.00, sepatutnya jumlah liter yang masuk kedalam tangki kereta berjumlah 17.3913043478..dari mana aku mendapat nilai liter itu? teknik kiraan dia 1 liter = RM 2.30, jadi, untuk mendapat nilai liter bagi isi RM 40.00, RM 40.00 / 2.30 = 17.3913043478 lah! kan? kan?

Renung-renungkan #1!


Renungan Bersama


Di zaman rasullullah, baginda pun berpolitik, tak salah kita berpolitik, asalkan niat kita betul dan apa tujuan kita menyertai?, dan jangan sampai disebabkan ideologi yang berbeza, kita bermusuhan antara satu sama lain, termasuklah di dalam dunia bloggers! masing masing ada pandangan, jangan dipendam, 1 Malaysia mah! cina, india dan melayu hidup di bawah satu bumbung, yang penting hormat dan menghormati antara satu sama lain!

Manusia itu sendiri yang mencorak kan perjalanan politik samaada baik atau buruk..Peace no war!

Minda power!

Setiap manusia yang lahir di dunia ini, mempunyai kelebihan masing-masing, kenali potensi diri dan diri sendiri dahulu, apakah kekuatan kita! Allah SWT telah menciptakan manusia itu sebaik baik kejadian, terokai lah kehebatan itu..ada! cuma kita je yang tidak sedar kehebatan diri yang ada..

Kalau kita cakap kita boleh buat, niat dan ada matlamat apa yang mahu di capai, pasti anda akan temui kehebatan yang ada di dalam diri kita...pokok nya, kena yakin dan usaha dan terus usaha untuk mencapai matlamat ...! Sebelum tidur aku selalu pesan dengan diri aku, esok aku nak pergi kerja pukul 7.00 pagi dan nak bangun awal seawal jam 6.00 pagi, walaupun jam di dinding ketika itu dah pukul 5.37 pagi...! Pasang niat dan bersungguh sungguh, kita pasti mencapai apa yang kita nak...kalau kita tanamkan perasaan malas, kita akan jadi seperti apa yang kita nak, iaitu malas sepanjang hari! Haha

Merujuk kepada kenyataan David j. Schwartz, The Magic of thinking, kata nya "Believe it can be done. When you believe something can be done, really believe, your mind will find the ways to do it. Believing a solution paves the way to solution", dan tertarik juga dengan kenyataan dari Stephen Richards yang berbunyi "When you concentrate your energy purposely on the future possibility that you aspire to realize, your energy is passed on to it and makes it attracted to you with a force stronger than the one you directed towards it"

Semua di jemput hadir

ICON

Dapat jemputan untuk menghadiri apps mobile iOS/Android, wah!! Peluang yang bagus ni, biasanya kena bayar, tapi kali ini percuma...! 

Jika ada masa terluang, Jangan lepaskan peluang ini!! Aku memang dah lama nak belajar application mobile ni..boleh buat duit jual apps game, yang macam game korang selalu download dekat play store handphone korang tu, penyertaan percuma...jom le kita ke pasar malam..eh! Salah..jom le kita ke taklimat ni...! 

Haha..best gak lagu jom ke pasar malam! Dah setahun lebih tak pergi pasar malam..lagu ni tengah hot di radio sekarang...! Walaupun aku rock dan metal sejati..sekali sekala layan rap ...best gak...hahaha!! 

PENAFIAN

Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan, kematian, atau sebarang kecelakaan. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Terima Kasih

Artikel di dalam blog ini, boleh di ubah, dari semasa ke semasa, bergantung kepada situasi