Safirul Amar Azmi Blog! jombuatduit SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE IKLAN Biztudung

Wednesday, November 12, 2014

1st giveaway by Anamizu

GA

Jom join 1st giveaway by anamizu ni, korang boleh tekan sekali pada gambar di atas untuk join! tak menang takpe, mungkin belum ada rezeki, bukan kena bayar pun kan? kan? mana tahu melekat url blog korang semua,! alhamdulillah.. yang penting join....mari kita meriahkan program program anjuran bloggers seperti ini..di samping dapat meningkatkan trafik, kita juga dapat mengeratkan silaturrahim bersama rakan rakan bloggers. mana tahu esok esok, jadi besan....hahaha

Aku ni kawan tak ramai, ada pun kawan online je la, anti sosial tul, programming have no life!....hahaha

Demi cinta sejati..Sampoooo!

CINTA

Sampoo hebat..! haha..ini yang aku suka tengok cerita tamil, telegu dan hindustan...di luar jangkaan kita, hero sebenar...sampoo hebat...yang tak tahan tu lidah terjelir..haha, apa tak nya, kena kapak kat belakang badan..sampoo kembali menidakkan kezaliman..syabas behte..!! 

Kesan effects nya sangat bagus, hindustan atau tamil filem ni, yang bagusnya..effect, motion, CGI nya gempak.. walaupun lokasi pengambaran nya tidak lah sehebat di milan atau venice, tapi kesan dan teknik pencahayaan dan editing terbaik..! nama filem ni, hrudaya kaleyam, polis pun tak boleh buat apa-apa....menangis tengok filem ni, serius..hahahaha




Peh! mendidih cam ni..haha


Orang perempuan ni apa yang dia conteng dekat kertas, barang yang nak dibeli, yang dibelinya mesti lain! Entah apa apa la...aku kalau bini pergi shopping, hantar jela.....baik melepak je dalam kereta sambil cuci mata..haha..tak kuasa nak temankan lama-lama dia shopping! Baik sementara tunggu dia bershopping aku lepak dekat kedai makan!...erm kalau aku temankan karang boleh pengsan aku, rimaslah ramai orang!!

Shopping di kedai alatan memancing ke..ok la gak! itu kalau duduk 2-3 jam pun ok! haha... orang perempuan ni shopping sampai pasaraya dah nak tutup, !!!..10 jam menunggu...last last beli pendrive je...! Aku shopping setengah jam je..ambil dan terus jalan..mudah dan simple..malas nak fikir fikir..! Haha..

Entah apa yang terbeliak mata dan seronok duduk lama lama dekat pasaraya...aku pun tak faham! 

Keropok lekor...

Adik aku nombor dua haritu ada lawatan sambil belajar di kelantan, audit masjid di sana katanya!...cam biasa la..bila dah pergi sana, dalam kepala otak aku dah fikir keropok ikan parang dan keropok lekor! Apa lagi kirim la! Haha...

Pagi ni, sebelum pergi kerja..apa lagi goreng dulu keropok ni semua..sedap cicah dengan sos cili..! Erm..baru aku nak makan banyak sikit..bebudak 2 orang ni dah bangun...tak gosok gigi terus makan...lepas tu bergaduh..! Haha

keropok lekor

Si adik ni mulut kepoh sikit..si abang cool je...hahaha...dah jangan gaduh gaduh..makan semua...takpe..daddy dah kenyang...! Hee

Udang mengamuk!

MENGAMUK

Pagi sebelum pergi kerja, bagi ikan makan dulu...tiba tiba udang keluar, dari celah kayu! Siapa letak udang dalam akuarium aku ni?? Patutlah ada ikan mati..! Makanan ikan terapung kat atas air..kesian udang...! Ermm tkpela....jangan mengamuk ye udang..nanti aku masak dan goreng kau habis cerita...! 

Tak boleh telan la nek! jangan la nek..!

Nenek aku ada bela ayam kampung, lepas tu sampai masa ayam kampung tu bertelur..dan nenek aku jual telur dengan harga RM 0.50 sen sebiji..bagus juga kan buat duit! Cuma takde blog je..nanti nak buat kan blog www.telur.com boleh la buat import eksport online!! Itu kalau nenek aku nak la..kalau taknak takpe! kalau mahu? boleh lah charges lebih harga kawan kawan! Haha..daging ayam kampung sedap kalau goreng atau buat lauk kari! 

Setiap pagi..aku mesti kena telur separuh masak..dah terbiasa dari kecik macam tu..mak buat kan..lepas tu letak kicap manis..wah! Memang sedap dan berkhasiat..! 

Di pendekkan cerita, Nenek aku ada bagi 15 biji telur ayam kampung, katanya aku suka makan..sebagai tanda sayangnya seorang nenek kepada cucu nya..dia bagi percuma! Haha..dan kini aku cuba untuk makan...! Lepas pecah kan telur tu, dan letak kicap...terus masuk dalam mulut..! Phui! Terkeluar balik...hanyirrr nek...! Takpela aku telan ayam karen pun ayam karen la!....tak boleh telan la nek...! Telur penyu pun takde macam ni..eh jangan la nek...!

Kasau nye! dont mess with melaka?


Slogan baru melaka kini, DONT MESS WITH MELAKA...hah, bagus lah...baik nau kasau nye ayat...pelancong luar ramai dah complaint...bila masuk je melaka terus takde mood dah ! slogan macam menghalau je..! mungkin membawa maksud yang berbeza bagi setiap orang.. haha..itu rakan rakan luar cakap...bukan aku...! niat nye satu je...tak nak orang buang sampah merata rata di Melaka...ermm! kan ada baiknya...letak ayat seperti JANGAN BUANG SAMPAH MERATA-RATA LA LAHABAU..direct to the point kan?

PENAFIAN

Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan, kematian, atau sebarang kecelakaan. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Terima Kasih

Artikel di dalam blog ini, boleh di ubah, dari semasa ke semasa, bergantung kepada situasi