banner-2017-mcj bkecik-skytech

Thursday, November 13, 2014

Janji di capati!

QAYYUM

Anak dah tanya..bila nak beli mainan dia? Ya..aku ada cakap nak beli haritu..alahai anak ku...!! Ermm kalau dah cakap sekali...diorang tuntut..hehe..daddy terlupa la, sorry ya...petang ni daddy carikan helikopter..daddy telah mencapati janji..tuh la, lain kali jangan cakap nak beli!! Anak anak sekarang ni dah pandai..dia rekod apa yang kita cakap!! Hee

Kalau nak beli, kena beli 2, tak leh beli satu..karang bergaduh lak nanti dengan adiknya..!! 

Segmen : Blogwalking by Syahirah Valiant #1

SEGMEN

Segmen blogwalking by shahirah Valiant..! jom support bloggers ni..ermm aku pun tak tahu dah berapa banyak segmen yang join dan apa keputusannya, haha tak semak pun, kalau semak pun takde rezeki, keh keh keh!...ermm..kalau korang nak join, boleh tekan sekali pada banner di atas atau tekan SINI . Guna SMS Gmail notification la! boleh reminder..haha

Aplikasi dialog picsay

Anak-Anak Ku Sofiyyah & Qayyum

Seronok pula guna aplikasi dialog PicSay ni, dah tak perlu nak guna photoshop lagi untuk insert dialog box, watermark copyright aku guna aplikasi Phonto, ..haha..seronok bila tengok anak anak happy bila ke sesuatu tempat.....

Segala galanya menjadi mudah, hanya menerusi smartphone..segala yang diperlukan boleh di dapati, gunakan lah aplikasi yang ada dengan sebaik baiknya, boleh jadi membawa keburukan dan boleh jadi membawa seribu kebaikan kepada kita.

Selamat malam, pagi ada jumpa customer untuk job development system..harap harap berjaya dan dapat close deal..!

Hati hati ketika memotong..

HATI HATI

Orang ledang dapat jalan baru..tahniah la..! hehe...dapat lah memudahkan pergerakan penduduk di kawasan situ, walaupun jalan sempit..ok la tu, dapat jalan baru, melaka pun dah nak ada flyover tak lama lagi....dulu kalau nak pergi Muar..kena ikut jalan kampung..1 jam pun belum tentu sampai ke destinasi...tapi sekarang..15 minit dah tiba! itu di Melaka...

Orang ledang boleh minta lampu jalan pula..ye..yelah takut nanti bila waktu malam, gelap lak dekat jalan baru tuh...! untuk tujuan keselamatan. juga, sekarang ni macam macam kejadian jenayah berlaku....ketua kampung, pasti bangga sebab lepas ni, kampung ledang masuk dalam book of records sebab dapat jalan yang ada double line paling pendek di dunia...

Kalaulah memotong camana la tu...ermm, sumber dari facebook, jika ada bloggers yang berasal dari ledang, boleh sahkan perkara ini?, maklumlah sekarang ni, budaya manipulasi gambar dan fitnah semakin berleluasa..

PENAFIAN

Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan, kematian, atau sebarang kecelakaan. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Terima Kasih

Artikel di dalam blog ini, boleh di ubah, dari semasa ke semasa, bergantung kepada situasi