Safirul Amar Azmi Blog! jombuatduit SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE IKLAN Biztudung

Thursday, November 20, 2014

Ambil kesempatan atau kesempitan?

Semua orang termasuk rakyat marhaien terutamanya peniaga kecil kecilan merasai kesan dari pengurangan subsidi minyak, Ada peniaga kecil yang mengambil kesempatan dari kenaikan harga minyak dengan menaikkan harga barang..jika dulu pau kaya harganya dikedai yang sama dibeli sebelum kenaikan, berharga RM 1.00, selepas kenaikan harga minyak, sudah jadi RM 1.20 sen? kenapa menjadi begini? sebabnya, kos barang yang lain bagi membuat pau mungkin meningkat sekali, namun selepas penurunan harga minyak? adakah harga pau akan turun? 

Yang kaya terus kaya...yang miskin terus miskin...yang kaya adalah penghasil & pengeluar barang-barang dan yang menguasai ekonomi, yang rata rata bukan terdiri dari bangsaku, aku turut merasa tempias dari kesan kenaikan harga minyak, kerana rata-rata supplier mula memberi alasan menaikkan harga barang mereka sekali ganda.... 

Masa senang dan susah...

Masa senang dan ada jawatan semua orang mengaku saudara, mengaku sahabat lah bagai, nama sentiasa di sebut-sebut setiap masa, siang dan malam, yelah ada jawatan...jika berkawan pula bermusim lah juga..kalau 4 tahun pegang jawatan, maka selama 4 tahun tuh la dia lah kawan dan sahabat...namun, tidak pula di masa susah dan tiada apa apa, semua kawan menghilang begitu sahaja, tiada pelawaan, tiada gurau senda, jika di hubungi, tidak pula di angkat telefon..kalau angkat pun, di buat buat nya tak kenal...

Manusia cepat lupa diri bila mempunyai kuasa, jawatan, kemewahan dan pangkat sedangkan mereka tidak sedar, yang hidup ini karma dan bersifat tidak kekal, ibarat roda yang berpusing, what goes around come around. kehidupan ini penuh dengan kepura-puraan , prejudis dan hipokrit. 

Jangan di banggakan dengan status jawatan, pangkat, dan kuasa kamu, jika di akhirmya kamu ke tanah juga, ini semua sementara, macamana cara kamu mendapatkan jawatan,pangkat dan kuasa tersebut dengan cara yang paling tidak beretika, pasti akan di balas dengan cara yang sama...begitu juga sebaliknya..

Tak faham nak guna

Haha..serius cakap, dalam banyak banyak media sosial, yang paling aku tak faham nak guna ialah Instagram..! tapi kan? Kan? aku dah register akaun instagram, so pada sesiapa yang follow tu..maaf la kalau aku tak approve! Maybe sekadar ada je kot..haha..puas belek belek camana nak guna, nak post ..rupa rupanya lebih kepada gambar...ermm instagram ni memang untuk masukkan gambar kan? boleh capture live ataupun boleh masukkan gambar yang sedia ada..

Aku tak minat selfie dan ambil gambar...erm mungkin media sosial ni, tak sesuai dengan aku. Yang biasa aku guna lah , twitter, path..dan facebook. Facebook pun dah jarang online, sebab banyak cerita pasal politik..! bosan..!

Yang part bagusnya instagram aku minat bila boleh link kan dengan akaun media sosial yang lain seperti facebook dan twitter. haha..paling rare dan global world wide TWITTER lah..! baru 1 Malaysia....haha

Tahun depan...

Pukul 4.30 petang 2 hari lepas, aku hantar SMS dekat adik aku pasal budak kampung aku kemalangan dan meninggal di tempat kejadian..aku sms cuma nak beritahu je, sekadar mengingatkan, mana tahu boleh lah datang ke rumah keluarga rakan untuk ucap takziah dan melawat! dengar katanya kebumi hari tu juga! 

Kalau tunggu dia reply teks...memang sakit hati..! esok pukul 10.00 pagi,  baru  dia reply teks SMS tulis "bila kebumi?" ermm kebetulan aku pun baru lepas melawat keluarga arwah..aku reply balik dan teks SMS tulis "2 hari lepas" pada keesokan hari nya selepas dia reply semula SMS...bukan main lama lagi dia nak reply..nah ambik! 

Dia bagi aku...aku bagi dia balik!! rupa rupanya adik aku dah datang melawat dah masa nak kebumi jenazah, ada orang lain dah remind dia...ermm bagus lah.. harini hari mereka, esok hari kita pula!  

PENAFIAN

Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan, kematian, atau sebarang kecelakaan. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Terima Kasih

Artikel di dalam blog ini, boleh di ubah, dari semasa ke semasa, bergantung kepada situasi